KUALA LUMPUR: Kementerian Luar melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla mengesahkan tiada rakyat Malaysia setakat ini dilaporkan terlibat dalam insiden letupan gudang mercun di Mukim Mundok, Daerah Sungai Golok, Wilayah Narathiwat, Thailand, hari ini.
Kementerian Luar dalam kenyataan malam ini memaklumkan berdasarkan laporan awal, letupan itu berlaku di gudang penyimpanan bunga api dan mercun yang telah menyebabkan sembilan kematian dan 114 orang mengalami kecederaan.
"Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai insiden tersebut.
"Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla di talian +6674311062 atau +66936570707 (untuk kecemasan) atau melalui e-mel [email protected] dan sebarang perkembangan terkini mengenai insiden ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," menurut kenyataan itu.
Terdahulu Gabenor Narathiwat Sanan Pongaksorn dilaporkan berkata letupan pada 3.30 petang (waktu tempatan) itu berlaku di Pasar Mundok, destinasi beli-belah popular bagi rakyat Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 29 2023
Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia setakat ini dilaporkan terlibat dalam insiden letupan gudang mercun di Narathiwat. - Foto AP
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 22 Januari 2025.
176 warga asing ditahan di Bukit Bintang
Seramai 176 warga asing ditahan dalam satu operasi yang dijalankan Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur di sekitar Jalan Alor, Bukit Bintang, malam ini.
Wanita hilang selama 11 hari di Sitiawan ditemui di Kajang
Ling Siew Siew disahkan berada di Kajang oleh ahli keluarganya yang memaklumkan perkara tersebut kepada pihak polis.
WEF 2025: Selatan Global perlu gesa kepada pembaharuan struktur antarabangsa - PM
Anwar berkata pakatan seperti BRICS adalah penting sebagai mekanisme untuk membincangkan mengenai pembaharuan dan membolehkan semua pihak mendapat manfaatnya.
AWANI Ringkas: Najib anggap surat derma daripada Arab Saudi tulen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Beberapa orang ditikam di stesen keretapi di tengah Jepun, seorang tidak sedarkan diri
Beberapa orang ditikam pada petang Rabu di sebuah stesen kereta api yang merupakan hab pengangkutan ke kawasan ski, terletak di tengah Jepun.
Trump umum pelaksanaan 10 peratus tarif ke atas import dari China mulai 1 Februari
Trump pada Selasa berkata tarif 10 peratus ini adalah tindak balas terhadap peranan China dalam krisis fentanyl.
Seludup besi: Enam ditahan, barangan bernilai RM113 juta dirampas
Enam individu ditahan terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan warga tempatan serta tiga lelaki warga asing berumur antara 33 hingga 50 tahun.
Banjir di Sarawak: Jumlah mangsa di PPS Saratok kini 91 orang
Sebanyak 91 orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Rumah Dayak, Saratok susulan banjir yang melanda daerah itu, setakat 8 malam tadi.
PM tekankan nilai kemanusiaan, kebersamaan rakyat di perantauan
Anwar menyeru rakyat Malaysia di luar negara agar berganding bahu bersama semua pihak dalam usaha membangun dan memajukan negara.
Rakyat Malaysia di luar negara perlu punyai hak yang sama untuk mengundi - PM Anwar
SPR perlu memberi peluang kepada setiap rakyat Malaysia untuk mengundi, kata Perdana Menteri.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
Jangan pandang rendah teknologi dan bakat yang ada di Malaysia, kata Anwar
Rakyat Malaysia di luar negara tidak seharusnya memandang rendah terhadap kemajuan teknologi, kepakaran dan bakat yang ada di tanah air, kata Perdana Menteri.
Penyanyi wanita sohor Kelantan tiba di Mahkamah Wilayah Narathiwat
Difahamkan perbicaraan kes terbabit dijangka bermula jam 1 petang waktu Thailand.
Rakyat Malaysia antara mangsa letupan bom berhampiran balai polis di selatan Thailand
Seorang warga Malaysia dan enam anggota sukarelawan pertahanan cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran Balai Polis Daerah Mueang Pattani, Wilayah Pattani, selatan Thailand, pagi Isnin.
Wisma Putra pantau kebakaran hutan di Los Angeles; tiada rakyat Malaysia terjejas setakat ini
Kementerian Luar Malaysia - melalui Konsulat Jeneral di Los Angeles, Amerika Syarikat - sedang memantau dengan teliti kebakaran hutan di Los Angeles.
Tiada rakyat Malaysia terjejas gempa bumi di Nepal - Wisma Putra
Kementerian Luar mengesahkan, setakat ini tiada laporan tentang rakyat Malaysia terjejas akibat gempa bumi berukuran 6.5 magnitud yang melanda kawasan kira-kira 84km dari Lobuche, Nepal.
Kawalan, peraturan ketat pastikan perjalanan tahanan rakyat Malaysia selamat
Tahanan akan dipindahkan ke dalam trak dalam blok bangunan dan dibawa terus ke mahkamah tanpa pengetahuan sesiapa baik keluarga atau kenalan.
Polis kenal pasti dalang utama dadah di Sungai Golok
Suspek lelaki berumur 24 tahun dari Kelantan dipercayai memainkan peranan utama dalam sindiket dan mempunyai hubungan rapat dengan seorang wanita warga Laos.