Singapura tidak mempunyai sebarang rancangan, buat masa ini, untuk membina jambatan ketiga menghubungkan dengan jirannya Malaysia.
"Buat masa ini kami tidak merancang membina jambatan ketiga.
"Saya ada melihat kenyataan di Malaysia yang mencadangkan pembinaannya, tetapi kereta api berkelajuan tinggi (HSR) itu adalah satu projek yang amat besar," kata Perdana Menteri Singpura Lee Hsien Loong dalam satu temu bual eksklusif dengan Bernama, hari ini.
Lee ditanya sama ada dengan adanya HSR itu, jambatan ketiga masih diperlukan ataupun masih berdaya maju.
Terdapat cadangan daripada kumpulan perniagaan yang mahukan hubungan darat ketiga ke Singapura.
Menurut mereka jambatan ketiga 'bukan lagi satu pilihan' memandangkan kesesakan lalu lintas di sepanjang Tambak Johor dan jambatan Link Kedua.
Oleh kerana desas-desus mengenai jambatan ketiga telah lama diperkatakan, mereka berharap kedua-dua kerajaan akan berbincang dengan serius mengenai perkara itu.
Mereka berpendapat bahawa dua jambatan yang sedia ada sekarang tidak lagi mampu menampung.
Malahan mereka mencadangkan jambatan ketiga dibina di kawasan Kong Kong di Pasir Gudang, memasuki ke Sembawang di Singapura.
Mereka berkata adalah wajar dari segi ekonomi jambatan itu dibina di kawasan tersebut kerana ia akan merangsang perdagangan antara Malaysia dan Singapura.
Malaysia akan dihubungkan dengan Singapura menerusi projek HSR sejauh 350 kilometer yang akan mengurangkan masa perjalanan antara kedua-dua negara kepada hanya 90 minit sahaja dengan kelajuan kereta api lebih 300km sejam.
Bagi Singapura, terminal HSR akan terletak di Jurong East manakala Malaysia akan mempunyai tujuh stesen, iaitu Bandar Malaysia, Putrajaya, Seremban, Ayer Keroh, Muar, Batu Pahat, dan Iskandar Puteri.
Jika semuanya berjalan lancar, kereta api pertama akan mula beroperasi pada 2026, hanya 10 tahun daripada sekarang.
"Saya akan menumpukan semua tenaga saya melaksanakan projek itu (kereta api berkelajuan tinggi) sebelum melancarkan projek besar baharu," kata Lee.
Lee and Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyaksikan majlis permeteraian Memorandum Persefahaman bagi HSR pada 19 Julai lepas.
--BERNAMA
Bernama
Wed Nov 30 2016

LEE: Bagi Singapura, terminal HSR akan terletak di Jurong East manakala Malaysia akan mempunyai tujuh stesen, iaitu Bandar Malaysia, Putrajaya, Seremban, Ayer Keroh, Muar, Batu Pahat, dan Iskandar Puteri. - Gambar fail

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Kerajaan sedang muktamad parameter utama projek HSR
Kerajaan sedang memuktamadkan parameter utama bagi cadangan pelaksanaan projek HSR KL-SG dengan diterajui sektor swasta.

Negeri Sembilan optimis HSR dapat dilaksanakan, tingkatkan pembangunan negeri - Aminuddin
Negeri Sembilan optimis projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur-Singapura akan dapat dilaksanakan meskipun ia belum dimuktamadkan setakat ini.

Penilaian cadangan konsep HSR fokus untuk minimumkan implikasi kewangan kerajaan - Anthony
Kementerian Pengangkutan akan meneliti cadangan konsep projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dengan fokus untuk meminimumkan implikasi kewangan kepada kerajaan.

7 konsortium merangkumi 31 firma swasta kemuka cadangan konsep pembinaan HSR KL-Singapura
Tujuh konsortium telah mengemukakan cadangan konsep kepada MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp) hari ini.

Tanpa penglibatan kerajaan, HSR KL-Singapura sangat mencabar dilaksanakan - Maybank IB
Projek HSR KL-Singapura yang dianggar menelan belanja RM100 bilion adalah sangat mencabar untuk dilaksanakan tanpa penglibatan kerajaan.

Projek HSR tidak terjejas, walaupun firma Jepun tarik diri - Loke
Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura tidak terjejas, walaupun firma Jepun menarik diri daripada terbabit.

HSR KL-Singapura: Firma Jepun tarik diri, China dan Eropah berpotensi jadi pembida berjaya - Laporan
Penarikan diri firma Jepun adalah kerana projek HSR itu mempunyai risiko tiada jaminan kewangan dari pihak Kerajaan Malaysia.

HSR: Mahkamah Tinggi batal saman terhadap kerajaan, empat tokoh politik
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan dan empat tokoh politik untuk membatalkan saman yang difailkan seorang individu berhubung pembatalan projek HSR.

Negeri Sembilan sambut baik projek HSR KL-Singapura diteruskan - Aminuddin
Cadangan meneruskan pembinaan HSR KL-Singapura, merupakan usaha yang baik terutama dalam meningkatkan ekonomi di Negeri Sembilan.

Pelaksanaan HSR, LRT di Johor ambil kira faktor kewangan negara - Loke
Pelaksanaan projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dan Transit Aliran Ringan (LRT) di Johor perlu mengambil kira faktor kewangan negara.