Kerajaan tidak akan menyekat sebarang program debat berkaitan agama selagi ia mematuhi undang-undang dan peraturan, Dewan Negara diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata perdebatan mengenai sebarang perbezaan pendapat perlu dibuat dengan tujuan mencari kebenaran.
"Di peringkat kerajaan, tiada sebarang sekatan selagi dalam lingkungan undang-undang dan peraturan.
"(Tetapi) kita tidak mahu ia mencetuskan mainan emosi dan memutuskan silaturrahim sesama umat Islam di negara ini," katanya menjawab soalan tambahan Senator Abdul Shukor Mohd Sultan yang meminta penjelasan sama ada trend berdebat antara tokoh agama yang berbeza pendapat merupakan sesuatu yang sihat.
Sementara itu, Asyraf Wajdi berkata antara langkah kerajaan untuk memastikan perpaduan ummah terus diperkukuhkan adalah melalui penubuhan Institut Wasatiyyah Malaysia dan memperkenalkan konsep wasatiyyah yang bermaksud sederhana, pertengahan dan berimbang sebagai pemangkin kepada Gagasan 1Malaysia.
Selain itu, kerajaan turut memperkasakan peranan Badan Perundingan Islam yang ditubuhkan pada 1982 sebagai badan pemikir dan penasihat kepada kerajaan dalam melaksanakan pembaharuan dan pembangunan negara terutama dalam hal ehwal Islam.
"Dalam usaha meningkatkan kefahaman dan penghayatan Islam ke arah mewujudkan kesatuan dan perpaduan dalam kalangan umat Islam, kerajaan telah memperkemaskan sistem pengurusan dasar, fatwa, garis panduan dan sumber rujukan berkaitan hal ehwal Islam sebagai panduan," katanya.
Bernama
Thu Apr 28 2016

ASYRAF WAJDI: Perdebatan mengenai sebarang perbezaan pendapat perlu dibuat dengan tujuan mencari kebenaran. -Gambar fail

Spotify catat rekod pembayaran tahunan terbesar cecah US$10 bilion
Spotify telah mencatatkan rekod pembayaran tahunan tertinggi kepada industri muzik daripada mana-mana peruncit tunggal dengan pembayaran sebanyak US$10 bilion.
Tumpuan Khamis – 13 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Tujuh lelaki ditahan jadikan gerai bazar Ramadan 'port' hisap dadah
Polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai menjadikan gerai bazar Ramadan sebagai 'port' untuk menghisap dadah dalam dua serbuan di Bayan Baru, semalam.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh kedua mengaku tendang, pijak mangsa
Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menampar muka, memukul bah
10 Berita Pilihan - (12 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.

Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran rebut peluang tukar hak milik
Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran merebut peluang melaksanakan pertukaran status pegangan hak milik daripada pajakan kepada kekal di PDT sebelum tawaran itu ditamatkan.

Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Lelaki itu secara berseloroh mendakwa bagasi milik rakannya mengandungi bom ketika pemeriksaan barang di kaunter daftar masuk LTAPP.

Tindakan tegas terhadap sesiapa saja cuba timbul perpecahan dalam negara - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak sesekali cuba mencetuskan perpecahan di negara ini.

Persatuan Hartanah Bumiputera bantah RUU Pembaharuan Semula Bandar
Persatuan Hartanah Bumiputera itu juga mempersoalkan mengapa RUU URA perlu dibentangkan ketika ini.

Tiada sekatan debat antara tokoh agama - Asyraf Wajdi
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata perdebatan mengenai sebarang perbezaan pendapat perlu dibuat dengan tujuan mencari kebenaran.