Tiada penajaan baharu daripada mana-mana agensi kerajaan untuk pelajar tempatan menyambung pelajaran ke Mesir memandangkan keadaan di negara itu masih belum stabil, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.
Bagaimanapun bagi pelajar yang masih berkeinginan untuk menuntut ilmu di sana secara persendirian, itu hak dan pilihan masing-masing, katanya.
"Sepatutnya ibu bapa yang hendak menghantar mereka ke luar negara, mereka seharusnya tahu selok-belok dan hal ehwal semasa sesebuah negara itu.
"Sekarang keadaan di Mesir pun belum tenang sepenuhnya...keadaan keselamatan pun masih dipantau oleh pihak kedutaan kita di sana," katanya kepada media selepas majlis penyerahan Tabung Pendidikan Pelajar Malaysia di sini hari ini.
Idris berkata buat masa sekarang difahamkan pelajar-pelajar yang ditaja agensi kerajaan di Mesir adalah mereka yang masih meneruskan baki pengajian mereka.
Pada majlis itu, Idris menyerahkan sumbangan tabung pendidikan anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) berjumlah US$94,000 kepada 16 pelajar Malaysia tahun akhir jurusan perubatan dan pergigian yang sedang menuntut di Mesir.
Beliau dalam pada itu berkata hasil kutipan sumbangan tabung pendidikan itu diberikan kepada pelajar persendirian di Mesir yang menghadapi kekangan kewangan menyelesaikan yuran pengajian universiti masing-masing.
"Sumbangan GPMS pada hari ini adalah untuk fasa kedua yang mana untuk fasa pertama sebanyak US$92,000 telah diserahkan kepada 10 pelajar yang belajar di institut pengajian tinggi di Mesir," katanya.
Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Jailani Ngah yang hadir mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan sumbangan sebanyak RM1 juta untuk tabung pendidikan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 16 2017

IDRIS: Tiada penajaan baharu daripada mana-mana agensi kerajaan untuk pelajar tempatan menyambung pelajaran ke Mesir. - Gambar fail

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

'Kanak-kanak bantu ibu bapa bekerja bukan buruh paksa' - Pengerusi Felda
Datuk Seri Idris Jusoh menjelaskan kanak-kanak yang bekerja untuk membantu ibu bapa di ladang adalah sebagai budaya kerja tempatan dan bukannya sebagai buruh paksa.

Idris Jusoh dilantik Pengerusi FELDA
Datuk Seri Idris Jusoh dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Pengerusi Lembaga Pengarah FELDA yang berkuatkuasa pada 1 Mei lalu.

Kolej Komuniti tawar kursus sesuai untuk rakyat setempat
Kolej Komuniti Lenggong menawarkan kursus pelancongan dan pengembaraan, sesuai dengan Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia yang diiktiraf oleh UNESCO.

Pekasam Opah Aishah kini dikenali ramai
Pengusaha ikan pekasam, Aishah Ahmad, 70, komited mengikuti kursus pelabelan di Kolej Komuniti Lenggong.

KPT komited tingkatkan peranan wanita dalam pendidikan tinggi
Menerusi sektor pekerjaan, wanita kini diberi lebih banyak peluang untuk terus aktif dalam Industri Revolusi 4.0.

KPT ucap tahniah, bangga dengan pencapaian universiti tempatan
Bagi tahun 2018, kedudukan UM di tangga ke-46, UTAR meningkat kepada 99 dan UTP kepada 114.

UM hampiri sasaran tempatkan diri di kelompok 100 universiti terbaik dunia
Mengikut kedudukan terkini yang dikeluarkan oleh Quacquarelli Symonds (QS) hari ini, Universiti Malaya menduduki tangga ke-114 terbaik dunia ketika ini.

Golongan belia perlu ikon capai aspirasi TN50 - Idris Jusoh
Golongan belia memerlukan seorang ikon yang tepat dalam memeta hala tuju kehidupan dan pencapaian dihasratkan dalam usaha merealisasikan Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Pelajar boleh mohon BB1M mulai hari ini - Idris
Seramai 1.3 juta pelajar pra-universiti dan institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara boleh memohon Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) bernilai RM250 mulai sekarang.

Tiada tawaran baharu untuk penajaan pengajian ke Mesir - Idris
Tiada penajaan baharu daripada mana-mana agensi kerajaan untuk pelajar tempatan menyambung pelajaran ke Mesir memandangkan keadaan di negara itu masih belum stabil, kata Datuk Seri Idris Jusoh.