GERIK: Polis mengesahkan kematian seorang lelaki yang mayatnya dijumpai di atas jalan di Kilometer 19, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, dekat sini hari ini, tiada unsur jenayah.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, keputusan bedah siasat yang dijalankan di Unit Forensik Hospital Gerik mendapati, tiada kesan tusukan senjata ke atas mangsa.
Sebaliknya, kata beliau, hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan parah akibat dilanggar.
“Kita percaya mangsa mungkin dilanggar kenderaan berat seperti lori.
"Ketika ditemui, mangsa hanya memakai tuala dan tiada dokumen pengenalan diri ditemui bersamanya mahupun berhampiran lokasi kejadian," katanya.
Beliau meminta orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat lanjut berkaitan kemalangan berkenaan, tampil bagi membantu siasatan.
Menurutnya, setakat ini, pihak polis tidak menerima sebarang laporan mengenai orang hilang yang boleh dikaitkan dengan mangsa.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti identiti lelaki itu dan kenderaan yang melanggarnya. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.
Terdahulu, mayat seorang lelaki dengan kesan kecederaan parah di seluruh badan dijumpai di atas jalan di laluan Jeli menghala ke Gerik oleh orang awam sekitar jam 8 pagi.
Lelaki disyaki pejalan kaki itu dipercayai menjadi mangsa langgar lari oleh kenderaan yang belum dikenal pasti.
Abd Razak Mohd Ali
Thu Apr 14 2022

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan parah akibat dilanggar.- Gambar hiasan
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Tiada tusukan pada mayat lelaki mati digilis - Polis
Polis mengesahkan kematian seorang lelaki yang mayatnya dijumpai di atas jalan JRTB Gerik-Jeli hari ini, tiada unsur jenayah.

Penunggang motosikal warga emas maut dirempuh, diseret pacuan empat roda
Mangsa lelaki berumur 65 tahun itu meninggal dunia di lokasi kerana kecederaan parah.

Pelajar Tingkatan 2 maut dalam kemalangan di Jalan Kuala Terengganu-Kuantan
Ketika kejadian, Muhamad Danial yang menunggang motosikal jenis EX5 sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu ke Kuantan.

Warga emas maut basikal digilis treler
Mangsa yang berusia 58 tahun itu datang dari arah Behrang, sebelum digilis sebuah treler dari arah belakang.

Lelaki maut digilis pacuan empat roda
Mangsa hilang imbangan dan terjatuh tepat di bawah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu lelaki 40 tahun yang datang dari laluan bertentangan.

Ibu muda baru 7 bulan melahirkan maut digilis treler
Suami mangsa yang dipercayai secara kebetulan melalui tempat kejadian, terus meluru ke arah jasad isterinya itu.

Penunggang motosikal maut digilis beberapa kenderaan
Seorang penunggang motosikal maut dalam keadaan tragis apabila tercampak di tengah jalan sebelum digilis beberapa kenderaan lain.

Ibu cedera, anak maut digilis ditolak ke landasan kereta api
Seorang kanak-kanak lelaki maut digilis kereta api sementara ibunya cedera apabila seorang lelaki menolak mereka ke landasan kereta api.

Tidak tahan dibuli, pelajar baring atas landasan kereta api sebelum digilis
Seorang murid sekolah rendah, Sam Connor baring di atas landasan kereta api sebelum maut digilis pengangkutan itu akibat tidak tahan dibuli di sekolah dalam kejadian di Chertsey, Surrey, England.

Lori muatan pasir rempuh 13 kenderaan, seorang maut digilis
Mangsa yang ditercampak keluar selepas kenderaannya dirempuh lori tersebut yang turut merempuh 12 buah lagi kenderaan pelbagai jenis.