SHAH ALAM: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini dimaklumkan bahawa tiada unit Rumah Selangorku dijual oleh pemilik kepada pihak ketiga tanpa kelulusan kerajaan negeri setakat Oktober lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri Rodziah Ismail berkata, ini adalah berdasarkan rekod Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) bagi permohonan kebenaran pindah milik hartanah harga kawalan Selangor dalam tempoh yang sama.
Katanya, menurut rekod LPHS, kesemua urusan penjualan Rumah Selangorku kepada pihak ketiga telah melalui permohonan secara sah.
Rodziah berkata demikian bagi menjawab soalan asal Leong Tuck Chee (PH-Pandamaran) yang ingin tahu berapa unit Rumah Selangorku yang telah dijual oleh pemilik kepada pihak ketiga tanpa kebenaran kerajaan negeri.
Jelasnya dasar kerajaan negeri menetapkan permohonan kebenaran pindah milik hartanah kos rendah, kos sederhana rendah atau harga kawalan lain termasuk Rumah Selangorku, perlu dikemukakan kepada LPHS untuk kelulusan pelepasan syarat pindah milik oleh pihak berkuasa negeri.
"Bakal pembeli perlu mematuhi syarat-syarat pemilikan hartanah kos rendah, kos sederhana rendah atau Rumah Selangorku secara pindah milik atau jualan semula (subjualan) iaitu LPHS menetapkan danmengguna pakai syarat-syarat bagi tempoh pemilikan hartanah mestilah mencukupi lima tahun pemilikan daripada tarikh diterima bagi pemilik pertama.
"Sementara bagi transaksi seterusnya, tempoh lima tahun berasaskan kepada perjanjian jual beli atau kontrak lelongan. Tujuan dasar ini dilaksanakan adalah untuk memastikan hanya golongan yanglayak memiliki hartanah harga kawalan di Selangor," katanya.
Beliau bagaimanapun tidak menafikan bahawa berdasarkan rekod, pihaknya mendapati terdapat penjualan Rumah Selangorku antara dua pihak yang tidak didaftarkan.
"Jadi pada kita (penjualan Rumah Selangorku yang tidak didaftarkan), kita memegang rekod asas iaitu nama penama pertama dan untuk pindah milik macam mana pun, mereka tidak boleh lari iaitu mesti melalui LPHS untuk mengesahkan boleh ataupun tidak," katanya menjawab soalan tambahan Leong yang ingin tahu sama ada kerajaan negeri mempunyai kuasa menghalang pemilik menjual Rumah Selangorku sebelum tempoh lima tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 06 2021
Rodziah bagaimanapun tidak menafikan bahawa berdasarkan rekod, pihaknya mendapati terdapat penjualan Rumah Selangorku antara dua pihak yang tidak didaftarkan. - Astro AWANI
[TERKINI] Ucapan sulung Trump di pentas WEF 2025
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyampaikan ucapan sulung di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davois, Switzerland secara dalam talian.
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Isu Pangsapuri Harmoni 1: Kerajaan Selangor mahu pemaju bertanggungjawab
Kerajaan Negeri Selangor menggesa syarikat pemaju yang terkait dengan isu perumahan di Pangsapuri Harmoni 1 untuk bertanggungjawab terhadap segala permasalahan yang telah dibangkitkan penduduk.
[LAPORAN KHAS] Pemaju kayangan, rumah 'cap ayam?'
Penduduk Pangsapuri Harmoni 1 berang dengan kualiti projek perumahan mereka yang seperti tidak setimpal dengan harga dan kos yang dikenakan terhadap pembeli.
Tiada unsur kroni dalam pembelian Rumah Selangorku - Rodziah
Kerajaan Selangor hari ini menafikan dakwaan wujudnya unsur kroni berkaitan pembelian rumah pertama Rumah Selangorku.
60,000 unit Rumah Selangorku ditawar menjelang 2025
Insentif Rumah Selangorku 3.0 yang diperkenalkan kerajaan negeri ini dijangka mampu menambah stok Rumah Selangorku dengan sasaran 60,000 unit bakal ditawarkan menjelang 2025.
6,379 Rumah Selangorku akan dibina pada 2020
Selangor akan membina 6,379 unit Rumah Selangorku menerusi 19 projek perumahan khusus buat rakyat negeri itu pada tahun 2020
Syarat ketat bank jejas pemilikan Rumah Selangorku
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Kehidupan Bandar Haniza Talha berkata jumlah yang berjaya mendapatkan rumah itu agak rendah kerana berlaku kekangan pembiayaan daripada pihak bank.
Pembangunan rumah mampu milik tidak melebihi RM250,000 - Amirudin
Pembangunan 100 peratus rumah mampu milik di atas tanah milik Menteri Besar Diperbadankan (MBI) berharga tidak melebihi RM250,000.
ADUN BN ketengah 10 kelemahan kerajaan Selangor
Isu air masih membelenggu rakyat Selangor meskipun kerajaan sedia ada memerintah negeri ini selama 10 tahun, dengan krisis air terbaru menjejaskan hampir 2.5 juta pengguna.
LBS Bina Group Bhd sasar jualan RM1.2 bilion 2016
LBS Bina Group Bhd mensasar jualan hartanah RM 1.2 bilion bagi 2016.