IPOH: Tiada unsur jenayah dalam kejadian runtuhan kren yang menyebabkan dua lelaki maut dan seorang cedera di sebuah kilang di kawasan perindustrian Kampung Acheh, Sitiawan, petang semalam.
Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata kejadian itu melibatkan empat pekerja termasuk seorang lelaki berusia 34 tahun yang patah kaki kanan dan seorang lagi berusia 36 tahun tidak mengalami kecederaan.
"Berdasarkan saksi, kedua-dua mangsa yang merupakan rakan sekerjanya sedang melakukan kerja pemotongan kren di tempat pelupusan sebelum secara tiba-tiba kren terjatuh lalu menghempap mereka sehingga mati di tempat kejadian," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kerian daripada pemangku jawatan itu Timbalan Ketua Polis Daerah DSP Hudri Mohd Arshad kepada Supt Juna Yusoff di Mes Pegawai Kanan PDRM Perak di sini hari ini.
Mohd Yusri berkata operasi kilang itu dihentikan sementara sehingga siasatan di tempat kejadian selesai.
"Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Manjung untuk menerima rawatan dan bedah siasat ke atas dua mangsa maut akan dilakukan bagi mengetahui punca kematian hari ini," katanya dan menambah kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Semalam, pihak bomba menerima maklumat mengenai runtuhan kren yang mengorbankan Abdul Rajim Hasmki, 33, dan Maiyden Asibin, 29.
Sementara itu, Mohd Yusri berkata polis sedang mengesan pihak yang membuang sebanyak 33 tong berisi cecair bahan kimia ditemukan di kawasan lapang berhampiran Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng semalam.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak dilaporkan berkata kesemua tong itu yang mengalami kebocoran dipercayai telah dibuang secara haram oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 01 2022

Runtuhan kren pada Isnin mengorbankan Abdul Rajim Hasmki, 33, dan Maiyden Asibin, 29.- Foto JBPM
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

Tiada unsur jenayah dalam kejadian runtuhan kren - Polis
Tiada unsur jenayah dalam kejadian runtuhan kren yang menyebabkan dua lelaki maut dan seorang cedera di sebuah kilang di kawasan perindustrian Kampung Acheh, Sitiawan, petang semalam.