KUANTAN: Tiada unsur jenayah dalam kes melibatkan seorang remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang meninggal dunia di sebuah rumah di Kampung Padang Tenggala, Temerloh, Selasa lepas.
Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mazlan Hassan ketika dihubungi Bernama berkata kes melibatkan remaja berusia 15 tahun itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
"Bedah siasat telah selesai dijalankan dan mendapati kematian remaja terbabit tidak melibatkan unsur jenayah," katanya.
Remaja OKU autisme itu dilaporkan ditemukan meninggal dunia oleh abangnya yang berusia 17 tahun selepas melihatnya terbaring kaku di dalam sebuah bilik kira-kira 10.30 malam, Selasa lepas.
Remaja itu dilaporkan diletakkan di dalam sebuah bilik tanpa dikunci oleh ibunya berusia 44 tahun kerana berkelakuan agresif dan kehidupan mereka dipercayai tidak terurus selepas kematian ketua keluarga.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 08 2023
Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mazlan Hassan berkata kes melibatkan remaja berusia 15 tahun itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. -Gambar fail/PDRM
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
YTL Group akan labur £4 bilion di UK, sedia lebih 30,000 peluang pekerjaan
Pelaburan tersebut yang merangkumi bandar baharu paling pintar, akan turut menyediakan lebih 30,000 pekerjaan di seluruh UK.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas, menurut kenyataan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar.
Penyertaan UK dalam CPTPP peluang tingkat perdagangan dengan Malaysia
Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pelaburan oleh syarikat perniagaan Malaysia di UK bukan hanya sekadar memacu pertumbuhan ekonomi, tetapi juga mencerminkan komitmen untuk memupuk perkongsian yang membawa pembangunan secara bersama.
Gencatan senjata: Keutamaan untuk hentikan derita rakyat Palestin - PBB
Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, badan dunia itu bersedia untuk menyokong pelaksanaan perjanjian ini dan meningkatkan penghantaran bantuan kemanusiaan berterusan kepada rakyat Palestin yang terus menderita.
Lebih setengah juta kanak-kanak Afghanistan berisiko kurang nutrisi pada 2025
Antara punca situasi membimbangkan itu adalah keadaan iklim yang ekstrem "membataskan keupayaan orang ramai memberi makan kepada keluarga".
Gencatan senjata: Ini langkah yang diperlukan - Israel
Herzog menyokong perjanjian tersebut dan berkata bahawa pembebasan tebusan Israel, sama ada yang telah meninggal dunia atau masih hidup, yang telah ditahan di Gaza selama 15 bulan, adalah satu kewajipan moral dan kemanusiaan
Gencatan senjata: Ini satu kejayaan selepas 400 hari perjuangan - Biden
Perjanjian yang kompleks ini merangkumi fasa gencatan senjata awal selama enam minggu dan termasuk penarikan berperingkat tentera Israel dari Semenanjung Gaza serta pembebasan tebusan yang ditahan oleh Hamas sebagai pertukaran dengan tahanan Palestin yang ditahan oleh Israel
Sangkal program tiada manfaat, GMWA 2024 iktiraf kreativiti pencipta kandungan
Syazwan berkata dakwaan itu bergantung kepada individu untuk menilai kerana dunia digital tidak terlepas daripada menerima kritikan.
Tiada unsur jenayah dalam kematian remaja OKU di Temerloh - Polis
Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mazlan Hassan berkata kes melibatkan remaja berusia 15 tahun itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.