Polis menyifatkan tiada unsur jenayah terhadap tahanan di Penjara Sungai Petani yang meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah berkata hasil bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar pada Rabu mendapati R.Gopal Krisnan, 21, meninggal dunia disebabkan terdapat jangkitan kuman pada injap jantungnya.
"Sehubungan itu, berdasarkan hasil bedah siasat pakar forensik HSB ini, kita klasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut.
"Malah, masa hari pertama dia dibawa ke hospital pada 24 Julai lepas, rekod doktor yang merawatnya pada ketika itu memaklumkan lelaki ini tidak mengadu dipukul. Apabila doktor bertanya, dia hanya mengadu mengalami demam, lemah badan dan muntah-muntah," katanya dalam sidang media di sini, pada Rabu.
Katanya, walaupun kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan tunang Gopal Krisnan yang membuat laporan polis pada Selasa mendakwa lelaki itu dipukul semasa dalam tahanan.
Menurut Adzli, sekiranya polis menemui bukti baharu berkaitan kematian Gopal Krisnan termasuk unsur jenayah, kes tersebut akan disiasat di bawah peruntukan undang-undang yang berkaitan.
"Saya telah mengarahkan pegawai penyiasat yang senior teruskan siasatan kes ini. Rakaman percakapan beberapa saksi telah diambil iaitu pegawai perubatan yang merawat lelaki ini, tunangnya, pegawai penjara yang terlibat mengendalikan lelaki tersebut dan akan merakam percakapan banduan lain," katanya.
Adzli turut menggesa agar mana-mana pihak tidak membuat sebarang spekulasi dan tafsiran sendiri mengenai kes itu sehingga boleh menjejaskan siasatan.
Dalam pada itu, keluarga kepada tahanan itu mahu pihak polis menjalankan siasatan secara telus bagi mengetahui punca sebenar kematian Gopal Krisnan.
M. Rajalingam 48, berkata anaknya, dimasukkan ke HSAH pada 24 Julai lalu dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 2.30 petang semalam dan doktor memaklumkan anaknya mengalami masalah jangkitan kuman pada paru-paru.
"Saya dan ahli keluarga lain bagaimanapun mengesyaki Gopal dipukul ketika berada di penjara kerana terdapat kesan lebam pada perut, tapak kaki melecur, leher dan kepalanya bengkak," katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Jabatan Perubatan dan Forensik HSB pada Rabu.
Rajalingam berkata anaknya ditahan polis pada 12 Mei lalu atas kesalahan memiliki dadah ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Paya Terubong, Pulau Pinang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 31 2019

Walaupun kes diklasifikasi sebagai mati mengejut, polis akan menjalankan siasatan lanjut berhubung laporan polis tunang Gopal Krisnan yang mendakwa lelaki itu dipukul semasa dalam tahanan. - Gambar hiasan

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Suami maut ditikam isteri akibat selisih faham
Perselisihan faham dipercayai menjadi punca seorang wanita menikam suaminya sehingga mati dalam kejadian di hadapan sebuah pangsapuri di kawasan Kajang, semalam.

Bunuh gelandangan, dua rakan terlepas hukuman mati
Dua rakan terlepas hukuman gantung selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan pilihan menyebabkan kematian seorang lelaki gelandangan tanpa niat, tiga tahun lepas. H

Nahas helikopter: Bedah siasat mangsa nahas selesai petang ini - Polis
Bedah siasat ke atas jurutera warga Indonesia yang maut dalam insiden helikopter jenis Bell 206L4 terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak di sini pagi semalam, telah selesai hari ini.

Bedah siasat mangsa nahas helikopter dijalankan esok
Bedah siasat jurutera warga Indonesia yang maut dalam insiden helikopter jenis Bell 206L4 terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak di sini pagi tadi, akan dijalankan pada 11 pagi esok.

Nahas helikopter: Kedutaan Besar Indonesia serah sepenuhnya kepada Malaysia untuk siasat
Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa Malaysia untuk menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden nahas helikopter pengangkut.

Lelaki Pakistan lemas ketika mandi-manda di pantai Port Dickson
Percutian sekumpulan pekerja dari Klang, Selangor bertukar tragedi apabila seorang daripadanya ditemukan lemas ketika mandi-manda di Pantai Batu 5, Port Dickson dekat sini semalam.

Tahanan mati di Penjara Taiping: Polis rakam keterangan pegawai penjara, banduan
Polis setakat ini telah merakam keterangan dua pegawai Penjara Taiping serta 80 banduan berkaitan kes seorang banduan meninggal dunia dipercayai dipukul oleh warden penjara berkenaan.

Kanak-kanak enam tahun lemas, jatuh sungai ketika memancing
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditemukan lemas di dalam sungai di Kampung Mujur, Jelawat, Bachok, hari ini.

Lima sekeluarga maut kereta bertembung dengan MPV di Jalan Nenasi-Rompin
Lima sekeluarga maut termasuk seorang bayi selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah MPV di Jalan Nenasi-Rompin, berhampiran Kampung Sembayan, Nenasi, Pekan, malam ini.

Ibu dan teman lelaki disyaki dera kanak-kanak berusia tujuh tahun hingga mati ditahan
Seorang wanita dan teman lelakinya ditahan kerana disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun sehingga meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Bukit Ampang dekat sini semalam.