KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu setakat ini tidak mengesan sebarang petunjuk atau usaha untuk menghidupkan semula ajaran Ayah Pin yang difatwakan sesat pada 1997 itu.
Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata menerusi tinjauan pihaknya di Kampung Batu 13, Hulu Besut baru-baru ini, didapati tiada aktiviti mencurigakan dijalankan oleh 124 orang penduduk di perkampungan itu yang terdiri daripada ahli keluarga dan saudara-mara Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhamad.
"Secara kasarnya, kami masih tidak kesan apa-apa. Cuma baru-baru ini mereka ada berkumpul buat macam doa selamat, jadi mungkin bila berkumpul itu dikatakan nak hidupkan semula ajaran ini.
"Memang kami ada terima maklumat dan pemantauan berterusan sentiasa dibuat bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).
"Tiada kompromi dan akan pastikan perkara ini tidak akan berulang lagi. Kalau ada kesalahan maka kita akan ambil tindakan sewajarnya," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Mazli berkata pihak polis telah merakam keterangan seorang wanita yang membuat laporan di Pahang mengatakan ajaran sesat itu cuba dihidupkan kembali manakala pihaknya masih dalam pertimbangan sama ada hendak merakam keterangan pemilik akaun Facebook 'Imam Muda Kulan' yang turut mendakwa perkara sama.
"Polis mengalu-alukan segala maklumat dan bukti daripada orang ramai berhubung perkara ini.
"Pada masa sama, diingatkan untuk tidak membuat kenyataan yang belum disahkan lagi dan tidak membesarkan isu ini yang masih dalam siasatan pihak berwajib," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 17 2024

Polis Terengganu setakat ini tidak mengesan sebarang petunjuk atau usaha untuk menghidupkan semula ajaran Ayah Pin yang difatwakan sesat pada 1997 itu. -Gambar fail/Sinar Harian
Malaysia harus percepatkan pertumbuhan produktiviti
Produktiviti Malaysia telah menunjukkan pertumbuhan bagaimanapun tidak cukup pantas terutamanya jika dibandingkan dengan negara lain yang pernah berada pada kedudukan sama, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beberapa kerjasama baharu Malaysia-Bahrain dijangka dimeterai sebelum Mei - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beberapa kerjasama yang dibincangkan dalam lawatan rasmi pertamanya ke Bahrain termasuk berkaitan teknologi kewangan dijangka dimeterai sebelum Mei ini.
#AWANIRingkas 21 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 21 Februari 2025
1️⃣ Syarat menjadi jururawat lebih longgar
2️⃣ Pembinaan Terminal 3 KLIA bersyarat
3️⃣ Tolak usaha pindah Palestin secara paksa
#awaniringkas
1️⃣ Syarat menjadi jururawat lebih longgar
2️⃣ Pembinaan Terminal 3 KLIA bersyarat
3️⃣ Tolak usaha pindah Palestin secara paksa
#awaniringkas

TikTok LIVE Malaysia lancar kempen #BersamaDiRamadanRaya sempena musim perayaan
Inisiatif musim perayaan itu berlangsung selama lapan minggu dengan merubah platform tersebut menjadi hab yang meriah dengan reka bentuk baharu.
AWANI Pagi: Merancang kewangan 2025: Persiapan raya dan keperluan sekolah
Tahun ini, cabaran besar menanti keluarga apabila musim persekolahan bertembung dengan sambutan Ramadan dan Aidilfitri.
Bagaimana hadapi cabaran-cabaran ini menguruskan kewangan? Bersama Prof. Dr.Nurul Shahnaz Ahmad Mahdzan, Profesor di Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya (UM), membincangkan mengenai perancangan kewangan 2025 melihat kepada persiapan Aidilfitri dan keperluan sekolah.
Bagaimana hadapi cabaran-cabaran ini menguruskan kewangan? Bersama Prof. Dr.Nurul Shahnaz Ahmad Mahdzan, Profesor di Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya (UM), membincangkan mengenai perancangan kewangan 2025 melihat kepada persiapan Aidilfitri dan keperluan sekolah.

Boikot berterusan Starbucks, Maybank IB potong unjuran pendapatan Berjaya Food RM95 juta pada FY25
Katanya, kerugian bersih teras kumpulan pada 2QFY25 sebanyak RM31 juta menjadikan kerugian bersih teras 1HFY25 kepada RM65 juta.

Kes tembak di Simpang Renggam, empat lagi suspek ditahan
Kesemua individu berusia 34 hingga 41 tahun ditahan di kawasan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, pada kira-kira 12.30 tengah hari Isnin.

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

Melaka kesan cubaan sebar ajaran 'The Ahmadi'
Kerajaan negeri menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa yang berlangsung pada 3 Oktober tahun lalu juga telah fatwa ajaran itu sebagai sesat dan menunggu untuk diwartakan tidak lama lagi.

Tuanku Muhriz mahu tindakan tegas terhadap pihak menyimpang daripada Islam
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir mahu supaya tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang menyimpang daripada ajaran Islam sebenar.

Tiga lelaki, lima wanita didakwa berkaitan ajaran "Tuhan Harun"
Lapan individu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini atas pertuduhan berkaitan ajaran sesat "Tuhan Harun".

Lapan orang termasuk pesara kerajaan aktif ajaran sesat Millah Abraham ditahan
Ada dalam kalangan yang ditahan mengaku sudah beberapa tahun tidak menunaikan solat fardu lima waktu sehari dan solat Jumaat.

Johor negeri terbaharu fatwakan GISB sesat, menyeleweng
Johor menjadi negeri terbaharu memfatwakan ajaran, pegangan dan fahaman GISB sebagai sesat selaras ketetapan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan.

Tiada keperluan mendesak fatwakan GISB sesat di Terengganu - Mufti
Mohamad Sabri berkata, pihaknya akan mendapatkan penjelasan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia terlebih dahulu mengenai isu tersebut.

Pesara bomba dipenjara enam bulan, denda RM4,500 ajar anak ajaran salah
Dia didakwa mengajar bahawa Abdullah Hashim adalah Imam Mahdi ketiga dan menyatakan al-Quran ditokok tambah oleh Saidina Umar, serta mengizinkan perkahwinan adik-beradik secara biologi.

JHEAINS tahan tiga beranak disyaki pengikut ajaran Ahmadi Religion
Suspek ialah sepasang suami isteri masing-masing berusia lingkungan 50 hingga 60 tahun dan anak perempuan mereka yang berumur lewat 20-an.

Lapan ajaran sesat dipantau, 12 dalam risikan - Zulkifli Hasan
Jakim akan terus memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh akidah dan pegangan umat Islam, termasuk ahli-ahli GISB.

Status fahaman GISB Wilayah Persekutuan dimuktamad Khamis ini - Mufti
Beliau berkata perkara itu akan dibincang dan dimuktamadkan dalam mesyuarat fatwa Wilayah Persekutuan.