Tiada wabak Leptospirosis atau kencing tikus yang dilaporkan berlaku di tiga kawasan rekreasi di Tapah sejak tahun lalu, seperti yang tular di media sosial sejak Khamis.
Tiga kawasan itu ialah Lata Kinjang, Lata Iskandar dan Kuala Woh.
Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Ding Lay Ming berkata, sehingga 22 Februari lalu, sebanyak dua kes disahkan Leptospirosis telah dilaporkan dari Daerah Batang Padang.
“Kedua-dua kes ini tinggal di kawasan yang berhampiran dengan Kuala Woh. Kes-kes ini merupakan kes sporadik (kes terpencil),” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Menurutnya, Leptospirosis adalah penyakit berjangkit disebabkan oleh bakteria Leptospira yang berasal daripada haiwan (penyakit zoonotik).
Katanya, penyakit ini berlaku di seluruh dunia dan endemik (boleh dijumpai di merata tempat) di negara-negara beriklim tropika termasuk Malaysia.
“Pada umumnya, semua pusat rekreasi air semulajadi yang tidak diselenggara dengan baik adalah berisiko berlaku jangkitan Leptospirosis,” ujarnya.
Sehubungan itu, Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKNP) menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan jangkitan Leptospirosis.
Menurut Dr Ding, antara langkah itu ialah:
* memastikan sampah dan sisa makanan dibuang secara sempurna bagi mengelakkan hurungan tikus dan haiwan perosak yang lain;
* menjaga kebersihan persekitaran rumah/premis, premis makanan dan tempat rekreasi; dan
* mengelakkan daripada melakukan aktiviti riadah di tempat yang berpotensi dicemari oleh air kencing haiwan, seperti berkelah dan berenang di kolam/sungai yang tidak diselenggara dengan sempurna.
Orang ramai juga dinasihatkan mengelakkan daripada berenang atau bermain air di kawasan air bertakung atau saliran air/sungai yang aliran airnya perlahan di samping tidak minum air sungai/kolam yang tidak dimasak dan memilih premis makanan yang bersih.
Pemilik tempat rekreasi pula diminta mengambil tindakan kawalan dan pencegahan jangkitan itu dengan membersihkan kawasan persekitaran premis serta premis makanan di samping memastikan kawasan bebas daripada tikus dan haiwan perosak lain dengan mengambil langkah-langkah kawalan seperti memasang perangkap tikus dan menyediakan racun tikus di kawasan berisiko.
Selain itu, mereka juga perlu memastikan bilangan tong sampah bertutup adalah mencukupi mengikut keluasan kawasan rekreasi dan diletakkan di tempat-tempat yang strategik; mempunyai sistem perlupusan sampah dan sisa makanan secara sempurna dan berjadual dan memaparkan papan tanda tentang risiko jangkitan Leptospirosis.
“JKNP akan sentiasa memantau keadaan kesihatan persekitaran serta bekerjasama dengan jabatan dan agensi berkaitan mengawal dan mencegah jangkitan Leptospirosis,” kata beliau.
Sementara itu, Bernama turut melaporkan penafian dari Jabatan Perhutanan Negeri Perak berhubung kes Leptospirosis dikatakan di tiga kawasan riadah serta mandi-manda Taman Eko Rimba tersebut.
Menerusi penafian yang dimuat naik di Facebook, jabatan itu menyatakan komitmen akan segera memaklumkan kepada umum jika berlaku kes tersebut di kawasan berkenaan yang berada di bawah kendaliannya.
Terdahulu, tular satu memo Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Tapah bertarikh 27 Feb mengenai amaran terdapat banyak kes jangkitan Leptospirosis di Lata Kinjang, Lata Iskandar dan Kuala Woh.
Menerusi memo itu, pihak Pusat Perubatan Angkatan Tentera Batallion Keempat, RAMD, Kem Tapah menasihati semua anggota tentera serta keluarga agar tidak mengunjungi ketiga-tiga kawasan yang dinyatakan.
Menurut Jabatan Perhutanan, pihaknya telah membuat semakan serta siasatan dan memohon RAMD supaya memperbetulkan semula kenyataan itu.
Sementara itu, menurut sumber memo itu hanyalah untuk edaran dalaman kepada para anggota dan keluarga sebagai langkah berjaga-jaga.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Feb 28 2020

Antara lain, sebagai langkah berjaga-jaga, orang ramai dinasihatkan mengelak daripada berenang atau bermain air di kawasan air bertakung atau saliran air/sungai yang aliran airnya perlahan. - Gambar hiasan
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Hannah optimis tiada lagi isu air bertakung di Stadium Nasional
Episod air bertakung di padang sewaktu hujan lebat hampir pasti tidak akan berulang lagi di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Air hujan bertakung di bumbung Gerbang Malam kejadian lama - MBI
Kejadian tersebut berlaku ketika kerja-kerja pemasangan bumbung pada bazar berkenaan sedang berjalan, dua bulan lalu.

Kes demam denggi di Ipoh meningkat 151 peratus
Peningkatan dikatakan berpunca daripada hujan yang berterusan sejak awal Mei tahun ini.

Hujan lebat, KL banjir lagi
Setakat jam 12.20 tengah hari, sebanyak sembilan lokasi di ibu negara yang terjejas.

Air bertakung punca kesesakan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu
Kerja-kerja pengorekan laluan air sedang dilaksanakan oleh petugas Jabatan Kejuruteraan MBPP.

Proses naik taraf Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus ambil masa sebulan
MBPP menambahkan 10 saluran keluar air di kedua-dua arah jalan, di samping menukar sistem paip sedia.

MBPP arah jurutera beri penjelasan insiden air bertakung hujung jejantas semasa hujan
Siasatan awal menunjukkan takungan berlaku disebabkan sampah sarap yang banyak dan daun-daun kering yang menghalang laluan air ke sistem perparitan sedia ada.

Banjir Termenung: Sudah lima hari Kampung Padang Garam masih digenangi air
Penduduk di Kampung Padang Garam masih 'terperangkap' di pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan paras air di kawasan rumah masing-masing masih tidak banyak berubah.

Tiada wabak Leptospirosis di tiga kawasan rekreasi di Tapah
Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Ding Lay Ming berkata, sehingga 22 Februari lalu, sebanyak dua kes disahkan Leptospirosis telah dilaporkan dari Daerah Batang Padang.

Bumbung rumah tidak dibaiki punca wabak denggi di Klang
Bumbung blok yang tidak selenggara diburukkan lagi dengan masalah air bertakung menjadi punca utama penularan wabak denggi lebih 100 hari di Pangsapuri Taman Teluk Gedung, di sini.