Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan keputusan yang membebaskan anggota Parlimen Batu Tian Chua daripada pertuduhan menghasut berhubung kenyataannya berkaitan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, tiga tahun lepas.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen di sini pada 14 Nov 2014 yang melepas dan membebaskan Tian Chua, atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 52, daripada pertuduhan itu.
Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim, ketika ditanya sama ada akan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu, berkata beliau akan mendapatkan arahan lanjut daripada ketuanya.
Nordin dalam penghakimannya berkata mahkamah mendapati pendakwaan gagal mengemukakan bukti bahawa Tian Chua mengeluarkan perkataan menghasut berkaitan insiden pencerobohan di Lahad Datu dalam satu portal berita.
Katanya tiada bukti kukuh menunjukkan artikel yang ditulis dalam portal berita Keadilan Daily.com oleh seorang wartawan portal berita itu, Siti Nooraishah Geoffery, mempunyai kaitan dengan Tian Chua.
Nordin berkata mahkamah mendapati bekas wartawan portal itu dalam keterangannya sebelum ini di Mahkamah Sesyen menyatakan Tian Chua tidak menyebut secara spesifik perkataan "menakutkan-nakutkan rakyat" dan "serangan tembak-menembak", sebaliknya diolah oleh subeditor.
Katanya Siti Nooraishah dalam keterangannya sebelum ini menyatakan ayat yang terkandung dalam artikel terbabit adalah hasil perbualan telefonnya dengan Tian Chua tetapi saksi utama pihak pendakwaan itu tidak merekod perbualan berkenaan.
"Dengan itu, rayuan pihak pendakwaan ditolak dan keputusan hakim Mahkamah Sesyen dikekalkan," kata Nordin.
Pada 14 Nov 2014, Hakim Norsharidah Awang melepas dan membebaskan Tian Chua tanpa dipanggil membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap anggota Parlimen Batu itu.
Tian Chua didakwa membuat kenyataan kononnya pencerobohan di Lahad Datu adalah konspirasi terancang UMNO untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Fraser Business Park, Jalan Metro Pudu, off Jalan Yew di sini pada kira-kira 11 pagi 1 Mac 2013 mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.
Pertuduhan itu membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama, dan penjara lima tahun bagi kesalahan seterusnya.
Tian Chua yang hadir pada prosiding hari ini diwakili peguam N. Surendran dan Latheefa Koya.
Bernama
Wed Mar 02 2016

Tian Chua didakwa membuat kenyataan kononnya pencerobohan di Lahad Datu adalah konspirasi terancang UMNO untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat. - Gambar fail

Lelaki lengan emas Australia yang selamatkan 2.4 juta bayi meninggal dunia
James Harrison yang telah menderma plasmanya lebih daripada 1,100 kali meninggal dunia pada usia 88 tahun.

Kebakaran hutan terbesar Jepun dalam dekad ini, kediaman di Iwate dalam bahaya
Kebakaran hutan besar di timur laut Jepun terus merebak pada Isnin dengan lebih 2,100 hektar musnah sejak minggu lepas.

Festival Makanan Ramadan ASEAN Putrajaya tampilkan hidangan serantau
Raikan kepelbagaian budaya ASEAN melalui keunikan tradisi kulinari sekali gus menyatukan masyarakat dalam semangat perpaduan.

Forum Antarabangsa Astana 2025 tumpu dialog kritikal mengenai isu global dan keutamaan
Forum itu antara lain akan meneroka penyelesaian praktikal terhadap cabaran dunia dalam suasana ketidaktentuan dan polarisasi global.

EU salur AS$70.9 juta untuk tangani krisis Rohingya
Dana itu akan diguna untuk membantu komuniti tuan rumah di Bangladesh serta penduduk yang terjejas akibat keganasan di Rakhine, Myanmar.

CAAM bakal lancar peraturan sistem pengurusan trafik UAS baharu suku keempat 2025
Peraturan itu merupakan satu langkah besar dalam usaha negara menangani peningkatan permintaan bagi teknologi dan industri UAS yang semakin pesat membangun.

Kapal Tentera Laut Korea Selatan 'Cheonjabong' singgah di Pelabuhan Klang
Kapal Pendaratan Dok (LSD) itu membawa peralatan Tentera Darat Korea Selatan, termasuk Kereta Kebal Tempur Utama (MBT) K2, dan Howitzer Gerak Sendiri (SPH) K-9.

Presiden Lubnan lakukan lawatan luar negara pertama ke Arab Saudi
Joseph Aoun dijadual menghadap Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman semasa lawatannya ke negara itu.

Thailand pertimbang bina tembok sempadan sekat pergerakan sindiket pusat panggilan
PM Thailand tekankan keperluan untuk usaha berterusan dan mencadangkan beberapa langkah, termasuk mengkaji kebolehlaksanaan tembok sempadan.
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: 13 remaja diarah bela diri
Hakim membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kesemua tertuduh di akhir kes pendakwaan.

Lelaki menyamar polis, samun ditahan di Lahad Datu
Polis menahan seorang lelaki di sebuah rumah di kawasan kebun sawit Kampung Tanjung Labian, Tungku di sini semalam kerana disyaki menyamar sebagai pegawai polis dan menyamun penduduk di kawasan Felda.

Tular: Syarikat konsesi sukar baiki jalan disebabkan bantahan pihak ketiga
Syarikat konsesi terlibat dengan kerja penyelenggaraan jalan raya negeri menghadapi kesukaran untuk membaiki Jalan Kilang yang rosak teruk, berikutan terdapat bantahan daripada pihak ketiga.

Bunuh pelajar kolej vokasional: Kesan darah ditemukan di lokasi kejadian
Saksi pendakwaan kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu terdapat beberapa kesan darah ditemukan di tiga bilik asrama di kolej berkenaan.

Bunuh pelajar kolej vokasional: Mangsa mengaku curi wang - Saksi
Seorang pelajar memberitahu dia mendengar Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, mengaku kepada seorang tertuduh bahawa dia ada mencuri wang.

JHL tembak mati empat buaya di Lahad Datu
Jabatan Hidupan Liar (JHL) menembak mati empat buaya jantan setiap satu berukuran lebih 3 meter dalam operasi tiga hari di sekitar Ladang Felda Sahabat 46, Tungku bermula Isnin lepas.

Polis siasat laporan khianat libat 11 kereta di Lahad Datu
Kejadian itu tular di media sosial dan warganet mendakwa terdapat 20 kereta yang terlibat dalam kejadian berkenaan, namun siasatan polis mendapati hanya melibatkan 11 kenderaan.

Tiga maut, dua parah dalam nahas tiga kenderaan di Lahad Datu
Kejadian melibatkan pertembungan tiga kenderaan iaitu sebuah Nissan Frontier, Proton Iswara Aeroback dan sebuah motosikal.

Kes Lahad Datu: Keputusan mahkamah setimpal dengan sifat, kezaliman tertuduh - Azalina
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ia juga satu keputusan yang positif kepada negara.

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman mati terhadap tujuh warga Filipina kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati terhadap tujuh lelaki warga Filipina, termasuk anak saudara Jamalul Kiram.