SHAH ALAM: Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua mengesahkan beliau telah memfailkan rayuan secara rasmi kepada parti itu berhubung pemecatannya.
Memetik laporan The Star, Tian Chua yang juga bekas Ahli Parlimen Batu berkata, rayuan itu dibuat sebelum tempoh akhir yang ditetapkan oleh PKR.
"Ya sudah lama (saya hantar rayuan) mengikut tarikh akhir yang telah diberikan parti,"katanya pada Jumaat.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika sidang akhbar pada Khamis memaklumkan bahawa lembaga tatatertib parti masih belum memaklumkan kepada majlis pimpinan pusat mengenai sebarang keputusan berhubung rayuan oleh ahli yang dipecat.
Pada 8 Januari lalu, Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan parti itu secara rasmi memecat Tian Chua ekoran tindakan pemimpin itu bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Jelas Yee Kew, keputusan pemecatan Tian Chua bersama empat lagi anggota PKR itu dibuat semasa mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) sebelum itu.
Menurutnya, empat lagi anggota lain ialah Puah Chee Haur daripada Cabang PKR Parit Buntar, Ahmad Tarmizi Mohd Ghazali (Cabang Gopeng) dan M Mohganan (cabang Taiping) dan Nur Khairunisa Abdullah (Cabang Sadong).
Tian Chua pernah menjadi Ahli Parlimen Batu di bawah PKR selama dua penggal bermula pada tahun 2008 hingga 2018. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Mar 17 2023

Tian Chua yang juga bekas Ahli Parlimen Batu berkata, rayuan itu dibuat sebelum tempoh akhir yang ditetapkan oleh PKR. -Gambar fail/Bernama

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Tian Chua, pakar seru tindakan ekonomi lebih tegas terhadap Israel di persidangan Palestin
Situasi di Gaza boleh dianggap sebagai definisi sebenar genosid, tegas bekas Ahli Parlimen Batu itu.

Bahasa Melayu berpotensi sebagai bahasa kedua ASEAN
Tian Chua berkata Bahasa Melayu telah lama berfungsi sebagai bahasa serantau yang menghubungkan masyarakat pelbagai latar belakang.

Himpunan Hari Bertindak Global: Jangan biar AS matikan nilai kemanusiaan - Tian Chua
Dunia tidak boleh membiarkan Amerika Syarikat mematikan nilai kemanusiaan susulan kekejaman berterusan Israel terhadap rakyat Gaza.

Tian Chua sahkan fail rayuan pemecatannya
Bekas Ahli Parlimen Batu berkata, rayuan itu dibuat sebelum tempoh akhir yang ditetapkan oleh PKR.

Isu pemecatan: Saya nasihat Tian Chua ikut proses rayuan Lembaga Parti, bukan rayu ihsan Presiden - Rafizi
Tian Chua antara lima ahli PKR yang dipecat selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) membuat keputusan pada 8 Januari lalu.

Perbuatan sangat tidak profesional, tidak sopan - Tian Chua
Tian Chua berkata, beliau amat kesal dengan tindakan yang dilakukan Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datin Dr Tan Yee Kew.

PKR secara rasmi pecat Tian Chua - Laporan
Selain Tian Chua, empat lagi anggota parti itu turut menerima nasib yang sama kerana bertanding pada PRU15 sebagai calon Bebas atau atas tiket parti lain.

PRU15: Prabakaran pertahan Parlimen Batu dalam pertembungan 10 penjuru
PH berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini selepas penyandang P. Prabakaran (PH-PKR) meraih kemenangan.

PRU15: Tian Chua dirikan 8 arca 'Kerusi Rakyat' gergasi
Arca itu mengingatkan semua pihak bertanding maksud sebenar kerusi Parlimen yang dipertandingkan setiap kali pilihan raya.

PRU15: Veteran PKR seru Tian Chua kembali ke pangkal jalan, tarik diri di Batu
Seseorang pemimpin itu masih boleh berkhidmat walaupun tidak lagi menyandang gelaran Yang Berhormat.