KUALA LUMPUR:Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya (ERC) berpandangan sudah tiba masa untuk satu semakan menyeluruh dibuat berhubung undang-undang sedia ada bagi membolehkan pilihan raya, sama ada pilihan raya kecil ataupun pilihan raya umum ditangguhkan semasa krisis.
Pengerusi ERC, Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman berkata, penangguhan itu termasuklah ketika krisis kesihatan, huru-hara dan bencana alam atau ketika keadaan yang membahayakan keselamatan negara.
Menurut Ab Rashid, ERC berpendapat, satu peruntukan khusus boleh dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pilihan Raya 1958 bagi memberi kuasa kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mengambil tindakan-tindakan perlu apabila berlaku apa-apa keadaan krisis yang memudaratkan negara.
"ERC kekal berpandangan bahawa ciri-ciri asas pilihan raya demokratik tidak boleh diabai dan kaedah-kaedah yang sempurna mengikut undang-undang yang ada tidak harus diketepikan semata-mata untuk menyelesaikan sesuatu pilihan raya," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.
Menerusi kenyataan itu juga, ERC menjunjung kasih atas perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk pengisytiharan Proklamasi Darurat di Batu Sapi yang sekali gus membatal dan menunda Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen tersebut.
Menurut Ab Rashid, keputusan tersebut satu langkah yang tepat dan jelas sesuai dengan keadaan yang wujud ketika ini.
BACA: Agong isytihar darurat di Parlimen Batu Sapi, Sabah - Istana Negara
BACA: Sabah sokong isytihar darurat di Parlimen Batu Sapi - Hajiji
BACA; Persediaan PRK Batu Sapi dihentikan, SPR akan tetap tarikh baharu
Katanya, ERC menyifatkan keputusan itu sekali gus membantu mengekang dan menghalang daripada berlakunya gelombang keempat penularan wabak COVID-19 di Sabah dan seluruh negara.
"ERC berpandangan bahawa sementara kita harus menjunjung hak asasi yang diperuntukkan oleh Perlembagaan, terutama dari sudut pilihan raya demokrasi, kita juga perlu memberi keutamaan yang sama bagi menjaga kebajikan rakyat dan pengundi dan mengambil segala tindakan yang perlu agar tidak memburukkan lagi krisis kesihatan dan mengelakkan kehilangan lebih banyak nyawa akibat pandemik," kata beliau lagi.
ERC juga, kata Ab Rashid, menyambut baik jaminan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa PRK Batu Sapi akan diadakan segera apabila pandemik COVID-19 berakhir.
Jelas beliau, kenyataan Perdana Menteri itu membuktikan amalan pilihan raya demokrasi di negara ini akan terus terpelihara.
"Justeru itu, ERC yakin bahawa gelanggang pilihan raya yang adil akan disediakan apabila PRK membabitkan bahagian tersebut diadakan semula selepas COVID-19 berakhir," katanya lagi.
ERC yakin tempoh darurat di Batu Sapi itu akan digunakan oleh SPR untuk memperkemaskan segala mekanisme dan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi memastikan PRK semasa bencana termasuk di bahagian Gerik, Perak dan Bugaya, Sabah kelak dapat diuruskan dengan efektif.
Astro Awani
Thu Nov 19 2020
ERC, kata Ab Rashid menjunjung kasih atas perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk pengisytiharan proklamasi darurat di Batu Sapi. - Gambar Fail
Malaysia perlu tunjuk keupayaan memimpin, tentukan hala tuju ASEAN
Sultan Ibrahim bertitah Malaysia perlu menunjukkan keupayaan dalam memimpin dan menentukan hala tuju ASEAN serta kekal tegas mendukung prinsip keamanan, menentang keganasan dan penindasan.#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Pelihara kedaulatan negara, walaupun seketul batu karang - Agong
Agong bertitah tindakan tegas melalui saluran diplomatik, undang-undang & pertahanan perlu diambil, bagi pastikan hak kedaulatan kekal terpelihara, walaupun hanya seketul batu karang di tengah lautan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
MPV rempuh lima kenderaan, seorang penunggang motosikal maut
Siasatan awal mendapati semasa kejadian sebuah kenderaan telah masuk ke laluan bertentangan dan merempuh kelima-lima kenderaan.
"Hentikan tindakan bermain politik atas setiap isu" - Agong
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menegaskan ahli Dewan Rakyat untuk menggunakan dewan yang mulia untuk membahaskan agenda kepentingan rakyat dan kemakmuran Negara.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Ahli-ahli Dewan banyak berubah, tunjuk sikap lebih sopan”- Agong
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim zahir ucapan tahniah kepada Ahli Dewan Rakyat yang tunjuk sikap lebih sopan dalam persidangan tahun lalu, namun, ada segelintir sukar buang tabiat lama.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Bahas kepentingan rakyat dan negara, bukan maki hamun atau tabur fitnah - Agong
Baginda bertitah, Parlimen adalah gelanggang pertemuan suara rakyat jelata, tempat undang-undang digubal, medan semak dan imbang pentadbiran
AWANI Ringkas: Titah YDP Agong jadi tumpuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sebuah rumah, tujuh kenderaan musnah dalam kebakaran di Hulu Besut
Sebuah rumah dan tujuh kenderaan termasuk lima motosikal musnah dalam kebakaran di Kampung Gong Duek di Hulu Besut.
Sultan Ibrahim berangkat rasmikan istiadat pembukaan Parlimen
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat merasmikan Istiadat Pembukaan.
Rumah didiami lapan beranak musnah dijilat api
Ahli keluarga menanggung kerugian sebanyak RM100,000 termasuk kenderaan yang rosak dijilat api.
Reformasi pilihan raya: 15 perkara utama perlu diperbaiki - Ab Rashid
Ia perlu dilaksanakan secara bersama supaya mempunyai impak lebih besar untuk memperbaiki sistem sedia ada.
Perkembangan syor ERC tersekat akibat pertukaran kerajaan, COVID-19
Ab Rashid mahu berjumpa kerajaan untuk bincang semula tindakan susulan syor mereformasi sistem pilihan raya yang diajukan pihaknya.
Struktur semula SPR: Cukup dua entiti, urus pendaftaran, audit parti politik - ERC
Ia termasuk memberi hak kepada SPR untuk mengendalikan pendafataran dan menguruskan perjalanan parti politik termasuk mengaudit kewangan parti.
ERC yakin kerajaan terima semua syor reformasi pilihan raya
Ab Rashid berkata, pelaksanaan itu akan mengikut keutamaan dan kesesuaian selain melihat ia akan segera dilaksanakan dalam masa terdekat.
Dewan Rakyat: Jawatankuasa khas ditubuhkan kaji laporan ERC
ERC telah menjalankan kajian selama lebih dua tahun dan telah selesai pada awal bulan Ogos lalu.
Pelan rancangan pulih aliran tunai Felda dibangkitkan di Dewan Rakyat hari ini
Perkara itu terkandung semasa sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan yang akan diajukan Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) kepada Perdana Menteri.
Tiba masa untuk semakan dibuat bagi tangguh pilihan raya ketika krisis - ERC
ERC menyambut baik jaminan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa PRK Batu Sapi akan diadakan segera apabila pandemik COVID-19 berakhir
Pilihan raya ketika krisis COVID-19: PRK Batu Sapi perlu ditangguh
Pilihan Raya Negeri Sabah bulan lalu telah membekalkan satu pengajaran tentang implikasi mengadakan pilihan raya dalam persekitaran pandemik.
Syor ERC: Ahli politik perlu ada keikhlasan serta iltizam jujur - Akhbar Satar
Ahli politik perlu mempunyai keikhlasan serta iltizam politik yang jujur untuk memberi rakyat kuasa memilih wakil yang berwibawa dan jauh dari menyalahguna kuasa dan fraud.
Ini 10 syor dikemuka ERC kepada PM
Pengerusi ERC, Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman berharap kesemua cadangan itu akan dipertimbangkan dan dilaksanakan bagi memastikan amalan demokrasi melalui pilihan raya dapat dipertingkatkan.