Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyeru masyarakat supaya menolak amalan politik yang tidak beretika dan sebaliknya memperjuangkan budaya politik yang berintegriti tinggi.
"Bagi saya, (kita) mesti memberikan tekanan (kepada ahli politik) dan mesti menegaskan bahawa kita tidak akan bertolak ansur lagi dengan politik yang tidak beretika.
"Kita mesti dengan jelas dan tegas memberitahu bahawa politik hendaklah diamalkan dengan integriti yang tinggi," katanya.
Tegas Tengku Razaleigh, politik itu tidak kotor tetapi yang kotor adalah orang politik.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis pelancaran buku 'Malaysia Kaya, Rakyat Miskin' tulisan Anas Alam Faizli, pada Khamis.
Tengku Razaleigh berpendapat politik berintegriti tinggi boleh dicapai dengan merombak sistem pendidikan daripada sistem yang mengutamakan keputusan peperiksaan kepada sistem yang memberi penekanan kepada pemikiran kritikal dan logik serta pembacaan umum.
"Kita mesti menyemak semula falsafah pendidikan untuk memberikan kepentingan yang sama kepada kegiatan dalam kelas dan di luar kelas dalam mendidik generasi muda Malaysia menjadi pemimpin," katanya.
Tengku Razaleigh membangkitkan isu politik beretika itu sebagai mengulas isu-isu semasa yang dibangkitkan dalam buku Malaysia Kaya, Rakyat Miskin itu khususnya mengenai Petronas dan pendidikan.
Menyentuh soal ekonomi, Tengku Razaleigh memuji falsafah serta perancangan pelan program sosial bagi Dasar Ekonomi Baru (DEB), serta menyifatkannya sebagai 'sangat adil dan baik'.
Namun kata beliau pelaksanaan dasar tersebut menjadi kelam kabut kerana terdapat unsur kronisme dan merentir oleh sesetengah pihak dan menurut beliau, akibatnya sasaran yang dibuat gagal dilaksanakan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Selain itu, Tengku Razaleigh juga menegur wang yang dibelanjakan syarikat petroleum negara, Petronas yang telah membantu banyak syarikat dan bank termasuk pembinaan menara berkembar KLCC dan juga Putrajaya yang menelan kos sebanyak hampir RM500 bilion.
Katanya wang sebegitu sebaliknya boleh digunakan dengan lebih produktif untuk program pesara bagi rakyat Malaysia seperti yang dilaksanakan di setengah negara Eropah utara.
Buku tulisan Anas itu merupakan himpunan esei beliau dalam setahun yang mengulas pandangannya tentang tenaga, ekonomi dan pendidikan di Malaysia.
Haider Yutim
Fri Apr 04 2014


Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.

Sokong PM: 'Saya masih Ahli Parlimen PN' - Mohd Azizi
Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim akhirnya bersuara di Dewan Rakyat pada Selasa susulan kontroversi sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bersatu jumpa Pas, bincang tindakan terhadap Ahli Parlimen Gua Musang
Bersatu Kelantan akan berjumpa dengan pimpinan Pas negeri bagi membincangkan tindakan Ahli Parlimen Gua Musang, mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Demi rakyat Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi daripada PN isytihar sokong Anwar
Ahli Parlimen Gua Musang daripada Perikatan Nasional, Datuk Mohd Azizi Abu Naim mengisytiharkan sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkuat kuasa pada Selasa.

Bajet 2023: Kerajaan kena kawal kejatuhan nilai ringgit - Ku Li
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengharapkan supaya kerajaan mengawal kedudukan tukaran asing bagi menangani isu kos sara hidup menerusi pembentangan Belanjawan 2023 nanti.

PRU15 pilihan raya paling sukar, bakal timbul banyak lagi masalah - Ku Li
Semua parti politik termasuklah BN akan berhadapan kesukaran disebabkan banyak faktor termasuklah ekonom.

Demi kepentingan rakyat, Ku Li sedia jadi PM Interim
Veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah berkata, beliau tidak menolak sekiranya diberi kepercayaan untuk dipilih sebagai Perdana Menteri interim.

'As soon as possible' beri pelbagai tafsiran - Ku Li
Ujarnya, ada pihak yang berpendapat, ungkapan itu dalam bahasa Inggeris membawa erti 'it is like yesterday' atau 'semalam'.

Pemimpin UMNO terlampau memikirkan diri sendiri - Ku Li
Beliau berpendapat sikap sebegini tidak seharusnya disebatikan dalam tugas sebagai pemimpin masyarakat.

Tengku Razaleigh tidak berniat jadi Perdana Menteri
Ahli Parlimen, Gua Musang itu bagaimanapun menyuarakan sekiranya diberi peluang, beliau mahu mengukuhkan nilai Ringgit.

Tindakan Ku Li tidak senada pendirian UMNO - Penganalisis
Tindakan Tengku Razaleigh Hamzah bersama Dr Mahathir persoal kepimpinan Muhyiddin beri kesukaran kepada UMNO.