KUALA LUMPUR:Kekerapan gangguan bekalan air tidak berjadual di Lembah Klang sudah seperti "acara bulanan" kepada lebih satu juta pengguna yang terpaksa menanggung beban dan kesengsaraan apabila terputus bekalan air untuk beberapa hari.
Umpama mimpi ngeri, pencemaran sungai yang acap kali berlaku terus mengundang resah dan bosan rakyat yang mahu tindakan lebih konkrit diambil kerana 90 peratus sumber air mentah negara ini diperoleh dari sumber air sungai atau air permukaan.
Lembangan sungai yang terdedah dengan pencemaran terutama di muka sauk menyebabkan banyak pihak mencadangkan agar kerajaan menggunakan teknologi tinggi bagi merawat air mentah dari sumber lain seperti yang dilakukan di negara-negara Arab dan Singapura.
Negara-negara Arab misalnya menggunakan air laut sebagai sumber air mentah yang diproses menjadi air minum dan kegunaan harian manakala Singapura, menggunakan air sisa kumbahan yang diproses menjadi air minuman.
Meningkatkan rizab air dengan mencari sumber lain seperti air laut dan air bawah tanah antara pilihan terbaik yang boleh dilakukan bagi menjamin sumber air daripada sebarang krisis dan tidak terlalu bergantung kepada sumber air dari sungai semata-mata.
Pengerusi Malaysia Water Engineers Action Committee (MyWAC) Ishak Hasnan berkata sudah tiba masanya loji rawatan air (LRA) dilengkapi dengan sumber air mentah alternatif yang lebih terjamin bebas daripada pencemaran yang dapat mengurangkan kebergantungan kepada air sungai.
Sumber air tanah, katanya dilihat sebagai pilihan terbaik kerana kualiti air bawah tanah yang ada di negara ini berpotensi untuk dieksploitasi dan digunakan sebagai sumber air mentah.
"Negeri Kelantan telah menggunakan 53 peratus air bawah tanah sebagai sumber air mentah di LRA-nya. Kajian kuantiti, kualiti dan kaedah rawatan yang sesuai ke atas air bawah tanah perlu dicari," katanya kepada Bernama, baru-baru ini.
Ini kerana air bawah tanah biasanya mengandungi bahan seperti ferum dan mangan terlarut yang lebih tinggi berbanding air sungai di samping bahan-bahan mineral terlarut lain. Bahan-bahan ini memerlukan kaedah yang khusus untuk mengurangkannya ke paras yang selamat digunakan.
Menjelas lanjut, Ishak berkata sudah terdapat teknologi dari luar untuk merawat air bawah tanah tetapi kosnya agak tinggi dan bagi mengurangkan kos tersebut, teknologi dan kepakaran tempatan perlu dibangunkan.
"Di negara barat mereka memelihara sungai dengan baik tetapi mereka banyak menggunakan air bawah tanah sebagai sumber air mentah. Denmark menggunakan 99 peratus air bawah tanah sebagai sumber air, Switzerland sebanyak 83 peratus. Ini menyebabkan mereka tidak terlalu bergantung kepada air permukaan sebagai sumber air mentah," katanya.
Sejak September, tiga kali gangguan bekalan air berlaku disebabkan pencemaran sungai dengan yang terbaharu Selasa lepas apabila LRA Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 serta LRA Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas setelah pencemaran bau dikesan di Sungai Selangor, dikatakan berpunca daripada pembuangan sisa dari sebuah premis di Taman Velox, Rawang yang melakukan pelepasan secara haram.
Ishak berkata kadar rizab air yang tinggi perlu disediakan yang meliputi rizab air mentah, rizab kemampuan rawatan loji dan rizab air bersih.
Takat simpanan air bersih yang ada di sebahagian negeri adalah kurang daripada lima peratus atau kurang daripada satu hari keperluan.
"Ini menyebabkan apabila LRA terpaksa dihentikan tugas, gangguan air akan mudah berlaku, Sepatutnya simpanan ini perlu dinaikkan sekurang-kurangnya ke paras 20 peratus. Lebih banyak simpanan lebih baik untuk pengguna," katanya.
Sementara itu, Pakar Kualiti Air dan Permodelan Kualiti Air Dr Zaki Zainudin berkata kekangan dari segi kos antara isu utama dalam penggunaan teknologi tinggi bagi merawat air yang boleh meningkat empat kali ganda berbanding kaedah sedia ada.
Kerajaan Negeri Selangor boleh mempertimbangkan untuk menggunakan teknologi termaju dalam merawat air secara bersasar dengan memberi fokus kepada loji-loji yang berisiko tinggi mengalami gangguan disebabkan pencemaran.
Antara loji di Sungai Selangor adalah LRA Rantau Panjang manakala di Sungai Langat pula di LRA Semenyih dan Tampoi.
Bagaimanapun, bagi beliau aspek mencegah lebih baik daripada merawat, dengan pihak berkuasa seharusnya mengambil tindakan mencegah pencemaran daripada berlaku dengan memantapkan lembangan sungai supaya tidak membenarkan industri berisiko tinggi berada di hulu muka sauk.
"Selagi ada industri di hulu muka sauk, akan tetap ada risiko pencemaran dan gangguan air akan terus berlaku," kata Zaki.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 12 2020
![Tiba masanya jadikan air bawah tanah, alternatif sumber air mentah negara Tiba masanya jadikan air bawah tanah, alternatif sumber air mentah negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/61603943991_TBPENCEMARANSUNGAI.jpg)
Ishak berkata kadar rizab air yang tinggi perlu disediakan yang meliputi rizab air mentah, rizab kemampuan rawatan loji dan rizab air bersih. - fotoBERNAMA
![Konsep MADANI menyatupadukan rakyat berbilang kaum - Chan Konsep MADANI menyatupadukan rakyat berbilang kaum - Chan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739325859_MADANI.jpg)
Konsep MADANI menyatupadukan rakyat berbilang kaum - Chan
Rakyat harus menghindari prasangka buruk antara satu sama lain dan mengamalkan nilai positif, meskipun dengan budaya yang berbeza.
Global Furniture Market: Demand, Challenges, and Opportunities
The furniture industry is rapidly evolving, driven by social media trends and growing sustainability concerns. Businesses must stay agile to meet shifting consumer demands and market challenges.
Join Howard Obbard, Owner of BSSB Group and Co-Founder of Furniture & Choice Malaysia, as he explores how technology, AI, and environmental responsibility are redefining the future of furniture.
Join Howard Obbard, Owner of BSSB Group and Co-Founder of Furniture & Choice Malaysia, as he explores how technology, AI, and environmental responsibility are redefining the future of furniture.
![[KOLUMNIS] Subsidi bersasar, pulangkan pada yang berhak [KOLUMNIS] Subsidi bersasar, pulangkan pada yang berhak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739322953_minyakmasakpaket.jpg)
[KOLUMNIS] Subsidi bersasar, pulangkan pada yang berhak
Jika T20 tidak lagi diberikan subsidi petrol, diesel dan LPG, kerajaan boleh menjimatkan sebanyak RM15 bilion hingga RM17 bilion.
![1,086 mangsa banjir di Sarawak, Sabah masih berlindung di PPS 1,086 mangsa banjir di Sarawak, Sabah masih berlindung di PPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739283754_banjir.jpg)
1,086 mangsa banjir di Sarawak, Sabah masih berlindung di PPS
Seramai 1,086 mangsa banjir di Sarawak dan Sabah masih berlindung di 11 PPS di kedua-dua negeri setakat 8 pagi ini.
StashAway brings simplified, secure crypto investing in Malaysia with ETFs
StashAway Malaysia introduces Bitcoin and Ethereum ETFs, offering a simplified and secure way to invest in crypto. This discussion explores the rationale behind the launch, market timing concerns, portfolio diversification benefits, and the growing role of crypto ETFs in mainstream investing.
AWANI Pagi: lepasan spm, ayuh sambung pengajian ke IPT
Bersama Mohd Najib Bin Mohd Sarif,Pengarah Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA) dalam AWANI Pagi.
![Lelaki gaduh guna senjata tajam ditahan Lelaki gaduh guna senjata tajam ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739325438_SenjataTajam.jpg)
Lelaki gaduh guna senjata tajam ditahan
Polis menahan seorang lelaki yang terlibat dalam insiden tular pergaduhan bersenjata di kawasan Merlin Tower, Johor Bahru, petang semalam.
![Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS apabila FED tidak tergesa-gesa turunkan kadar faedah Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS apabila FED tidak tergesa-gesa turunkan kadar faedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739325168_tbRINGGITMALAYSIA.jpg)
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS apabila FED tidak tergesa-gesa turunkan kadar faedah
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4660/4730 berbanding dolar AS, daripada 4.4680/4730 ketika ditutup pada Isnin.
![EPL: Anak perempuan Roy Keane bakal berkahwin dengan bintang England EPL: Anak perempuan Roy Keane bakal berkahwin dengan bintang England](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739319811_EPL.jpg)
EPL: Anak perempuan Roy Keane bakal berkahwin dengan bintang England
Leah Keane mengesahkan pertunangannya dengna pemain berusia 23 tahun, Harwood-Bellis, tahun lalu.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 12 Februari 2025
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.
![Polis rampas ganja bernilai hampir RM500,000 Polis rampas ganja bernilai hampir RM500,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732019867_NaazronAbdulYusof.jpg)
Polis rampas ganja bernilai hampir RM500,000
Polis melumpuhkan sindiket pengedaran ganja dengan merampas dadah bernilai RM499,974 dalam tiga serbuan berasingan di sekitar Semenyih pada Jumaat lepas.
![Polis kenal pasti identiti suspek kelima kes samun bersenjata di Semenyih Polis kenal pasti identiti suspek kelima kes samun bersenjata di Semenyih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723017582_TBPelupusan.jpg)
Polis kenal pasti identiti suspek kelima kes samun bersenjata di Semenyih
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti identiti suspek kelima kes samun bersenjata di Semenyih pada 31 Julai lepas.
![Dua cedera ambulans jatuh gaung Dua cedera ambulans jatuh gaung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714209182_tbjatuhgaung.jpg)
Dua cedera ambulans jatuh gaung
Dua individu cedera apabila sebuah ambulans terbabas dan jatuh ke dalam gaung setinggi enam meter di Simpang Tiga Sungai Lui Jalan Sungai Lalang.
![Lima penghantar makanan didakwa bunuh pemandu dipukul di Semenyih Lima penghantar makanan didakwa bunuh pemandu dipukul di Semenyih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61709006005_Limapenghantarmaka.jpg)
Lima penghantar makanan didakwa bunuh pemandu dipukul di Semenyih
Mengikut pertuduhan, lima lelaki berkenaan didakwa membunuh Shahril Samad di Jalan TPS 2/3, Taman Pelangi Semenyih 2 pada 20 Feb lalu.
![Kes pukul di Semenyih: Reman lima individu disambung Kes pukul di Semenyih: Reman lima individu disambung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708846792_zaidhassan.jpg)
Kes pukul di Semenyih: Reman lima individu disambung
Beliau berkata dua pemandu yang terlibat dalam kemalangan melibatkan lelaki terbabit juga telah membuat laporan polis.
![Kilang proses makanan punca sungai berbuih, berbau Kilang proses makanan punca sungai berbuih, berbau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51698811083_KilangKotor.jpg)
Kilang proses makanan punca sungai berbuih, berbau
Sebuah premis pemprosesan makanan disyaki melepaskan efluen berbuih sehingga menyebabkan air berwarna putih berbuih dan berbau di sekitar Sungai Kecil, Kampung Rinching Semenyih pada Selasa.
![PRN: Semenyih milik PN, Nushi tewaskan calon BN PRN: Semenyih milik PN, Nushi tewaskan calon BN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81691555673_Nushi.jpg)
PRN: Semenyih milik PN, Nushi tewaskan calon BN
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU), kerusi berkenaan dimenangi oleh Bakhtiar Mohd Nor daripada Pakatan Harapan (PH).
![Swafoto selepas samun: Suspek pukul pekerja kedai serbaneka diberkas Swafoto selepas samun: Suspek pukul pekerja kedai serbaneka diberkas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51687266250_TBDitumbukpekerja.jpg)
Swafoto selepas samun: Suspek pukul pekerja kedai serbaneka diberkas
Dua individu yang dipercayai mengakibatkan seorang lelaki cedera dipukul di sebuah kedai serbaneka di Semenyih diberkas polis pada Rabu.
![KPDN tumpas kegiatan seleweng 5,000 liter diesel di Semenyih KPDN tumpas kegiatan seleweng 5,000 liter diesel di Semenyih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61679552500_MinyakDiesel.jpg)
KPDN tumpas kegiatan seleweng 5,000 liter diesel di Semenyih
Dalam serbuan pada kira-kira 9.30 malam menerusi Ops Tiris itu, beberapa peralatan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan penyelewengan minyak diesel turut dirampas.
![Polis buru suspek kes samun kedai serbaneka Polis buru suspek kes samun kedai serbaneka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61650550491_parang.jpg)
Polis buru suspek kes samun kedai serbaneka
Suspek memakai topi dan mengikat mukanya dengan sehelai kain kuning telah memaksa mangsa membuka kaunter dan menyerahkan wang tunai.