Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menegaskan bahawa tidak ada bukti atau kajian menunjukkan bahawa penggunaan vape dan rokok elektronik (e-cigarette) adalah selamat digunakan bagi merawat ketagihan merokok.
Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata pihaknya juga tidak menerima sebarang maklumat bahawa cecair rokok elektronik itu selamat dan tidak memberi kesan jangka masa panjang kepada paru-paru.
"Kita faham industri vape ini penting kerana ia beri peluang pekerjaan kepada remaja. Tetapi kita mesti seimbangkan dari segi ekonomi dan impak kepada kesihatan.
"Kalau dilihat pada data sedia ada, kemungkinan vape ini tidak selamat seperti mana didakwa boleh digunakan sebagai ganti kepada rokok. Tetapi setakat ini, tidak ada bukti bahawa vape adalah berkesan untuk ganti rokok," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) yang ingin tahu langkah kerajaan dalam mengawal penjualan vape dan rokok elektronik terutama kepada generasi muda.
BACA: Kerajaan kaji kemungkinan larangan penuh vape, rokok elektronik
BACA: Akta Tembakau kawal rokok eletronik, vape, shisha
Dr Lee berkata pihaknya telah menubuhkan satu jawatankuasa khas dalam usaha mengawal selia isu penggunaan vape dan rokok elektronik pada Jun lepas bertujuan mengawal penggunaan alat tersebut.
Kepada soalan asal Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PH-Masjid Tanah) yang meminta penjelasan KKM mengenai langkah membendung penjualan dalam talian vape dan rokok elektronik, Dr Lee berkata pihaknya bekerjasama dengan pentadbir media sosial bagi menyekat mana-mana laman media sosial yang mempromosikan rokok elektronik.
"Pelbagai agensi serta pihak berkaitan termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) digerakkan di bawah Jawatankuasa Kerja Pakar Bagi Memperkukuhkan Kawalan Rokok Elektronik.
"MCMC boleh melakukan sekatan ke atas laman web yang menjual cecair rokok elektronik yang mengandungi nikotin apabila terdapat permohonan oleh pegawai KKM yang diberi kuasa di bawah Akta Racun 1952," katanya.
BACA: Pelajar sanggup kerja hujung minggu sebab nak beli vape - CAP
BACA: KPM, KPDNHEP bekerjasama tangani isu jualan vape kepada murid sekolah
Dr Lee turut mendedahkan seramai 300,000 pelajar berusia antara 10 hingga 19 tahun merupakan pengguna vape semasa di negara ini dan data itu diperoleh menerusi 'Kaji selidik terhadap tembakau dan e-rokok di kalangan orang dewasa di Malaysia' yang dijalankan ke atas pelajar di sekolah awam dan swasta baru-baru ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 23 2019
![Tidak ada bukti vape selamat untuk rawat ketagihan merokok - KKM Tidak ada bukti vape selamat untuk rawat ketagihan merokok - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/51554811254_Vape.jpg)
Menurut Dr Lee, seramai 300,000 pelajar berusia antara 10 hingga 19 tahun merupakan pengguna vape semasa di negara ini. - Gambar hiasan
![Google akan guna pembelajaran mesin untuk anggar usia pengguna Google akan guna pembelajaran mesin untuk anggar usia pengguna](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739443078_GooglePembelajaranM.jpg)
Google akan guna pembelajaran mesin untuk anggar usia pengguna
Ciri School Time kini boleh digunakan pada peranti pintar dan tablet untuk mengurangkan gangguan daripada aplikasi hiburan.
![Anggota polis didenda RM5,000 kerana terima rasuah Anggota polis didenda RM5,000 kerana terima rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739443925_tbrasuahAnggotapo.jpg)
Anggota polis didenda RM5,000 kerana terima rasuah
Seorang anggota polis didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan menerima rasuah RM1,000.
ASEAN 2025 | 13 Februari
ASEAN 2025 harini bersama Nickyson Nyambar membawa tumpuan berikut:
1. Malaysia terus tekad tarik minat pelabur - PM Anwar
2. Puteri Thailand anugerahkan kain diraja rekaan sendiri
3. Malaysia-Indonesia perkukuh kerjasama pertanian, keterjaminan makanan
1. Malaysia terus tekad tarik minat pelabur - PM Anwar
2. Puteri Thailand anugerahkan kain diraja rekaan sendiri
3. Malaysia-Indonesia perkukuh kerjasama pertanian, keterjaminan makanan
![Anwar bantu empat keluarga di Parlimen Tambun keluar dari kemiskinan tegar Anwar bantu empat keluarga di Parlimen Tambun keluar dari kemiskinan tegar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739439696_TambunAhmadFarhan.jpg)
Anwar bantu empat keluarga di Parlimen Tambun keluar dari kemiskinan tegar
Perdana Menteri menyampaikan sumbangan kepada empat keluarga daripada kategori miskin tegar di Parlimen Tambun hari ini.
![Eksekutif akaun didakwa tunjuk isyarat lucah, halang tugas polis iring kenderaan TPM Eksekutif akaun didakwa tunjuk isyarat lucah, halang tugas polis iring kenderaan TPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690187975_CourtGavel.jpg)
Eksekutif akaun didakwa tunjuk isyarat lucah, halang tugas polis iring kenderaan TPM
Seorang eksekutif akaun didakwa atas dua pertuduhan menunjukkan isyarat lucah dan menghalang tugas anggota polis dengan memintas kenderaan polis pengiring kenderaan TPM.
![Permohonan PKR rayu kes bayaran bon Zuraida didengar 17 April Permohonan PKR rayu kes bayaran bon Zuraida didengar 17 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699939560_ZuraidaKamaruddin.jpg)
Permohonan PKR rayu kes bayaran bon Zuraida didengar 17 April
Semua pihak terlibat diarah kemuka hujahan bertulis selewat-lewatnya 2 April dan satu lagi sesi pengurusan kes akan diadakan pada 7 April untuk kemas kini pematuhan kepada arahan mahkamah.
53 wilayah Thailand dilanda pencemaran debu halus
53 wilayah di Thailand dilanda pencemaran debu halus tahap berbahaya kepada kesihatan pada pagi Khamis menurut Agensi Pembangunan Teknologi Geo-informatik dan Angkasa (Gistda).
Puteri Thailand anugerahkan kain diraja rekaan sendiri
Puteri Sirivannavari Nariratana Rajakanya berkenan menganugerahkan kain diraja "Siriraj Phasthra Phorn" yang direka oleh baginda sendiri kepada penenun dan artisan tempatan.
Galakkan digitalisasi usahawan wanita asia tenggara - Setiausaha Agung ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr. Kao Kim Hourn menggalakkan digitalisasi usahawan wanita di asia tenggara yang sering beri tumpuan kepada isu sosial yang diabaikan usahawan lelaki.
![BAMTC: Malaysia tersingkir awal, gagal lepasi peringkat kumpulan BAMTC: Malaysia tersingkir awal, gagal lepasi peringkat kumpulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739439422_LeongJunHaoYMar.jpg)
BAMTC: Malaysia tersingkir awal, gagal lepasi peringkat kumpulan
Buat pertama kali sejak Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) diperkenalkan Malaysia gagal melepasi peringkat kumpulan dan layak ke suku akhir.
![Kes Audrey Fang: Penyiasat temukan bukti dalam bilik hotel suspek Kes Audrey Fang: Penyiasat temukan bukti dalam bilik hotel suspek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713568410_tbAudreyFangcase.jpg)
Kes Audrey Fang: Penyiasat temukan bukti dalam bilik hotel suspek
Peguam keluarga mangsa meminta warga Singapura itu yang tidak dinamakan di hantar ke penjara dahulu sebelum perbicaraan.
![JAKIM tidak terima sebarang bukti babit nasab 'Mawla Amin' JAKIM tidak terima sebarang bukti babit nasab 'Mawla Amin'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708568535_TBMawlaAmin.jpg)
JAKIM tidak terima sebarang bukti babit nasab 'Mawla Amin'
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak menerima sebarang bukti dokumen berhubung nasab 'Mawla Amin' seperti didakwa pihak tertentu.
![Nik Nazmi tunjuk bukti tanah rizab Melayu di Kedah menurun Nik Nazmi tunjuk bukti tanah rizab Melayu di Kedah menurun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61678349022_NikNazmi.jpg)
Nik Nazmi tunjuk bukti tanah rizab Melayu di Kedah menurun
Jumlah tanah rizab Melayu di Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menurun antara tahun 2021 dan 2022.
![AS belum temui bukti China hantar senjata kepada Rusia AS belum temui bukti China hantar senjata kepada Rusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51647828977_UKRAINE.jpg)
AS belum temui bukti China hantar senjata kepada Rusia
Washington telah menimbulkan kebimbangan bahawa Beijing kemungkinan membantu Moscow di tengah-tengah pencerobohannya ke atas Kiev.
![Dron berkesan bantu PDRM jaga keselamatan, kawal sempadan - Bukit Aman Dron berkesan bantu PDRM jaga keselamatan, kawal sempadan - Bukit Aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71629340228_ZainalAbidinKasim.jpg)
Dron berkesan bantu PDRM jaga keselamatan, kawal sempadan - Bukit Aman
PDRM memerlukan lebih banyak dron berteknologi canggih bagi membantu menggalas tanggungjawab yang dilihat semakin mencabar.
![Terowong dasar laut: Mahkamah tolak saman Abdul Azeez terhadap Lim, diperintah bayar kos RM50,000 Terowong dasar laut: Mahkamah tolak saman Abdul Azeez terhadap Lim, diperintah bayar kos RM50,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/41607661968_AbdulAzeezAbdulRa.jpg)
Terowong dasar laut: Mahkamah tolak saman Abdul Azeez terhadap Lim, diperintah bayar kos RM50,000
Mureli berkata mahkamah mendapati plaintif telah gagal membuktikan tuntutannya terhadap defendan.
![Adakah Bekerja Dari Rumah benar-benar berfungsi? Adakah Bekerja Dari Rumah benar-benar berfungsi?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/81604335745_KerjaDiRumah.jpg)
Adakah Bekerja Dari Rumah benar-benar berfungsi?
Bekerja Dari Rumah bukanlah fenomena baharu pada abad ke-21 kerana ia telah pun diamalkan secara meluas di negara-negara maju.
![Insiden Dayang Topaz: Jabatan Laut tubuh pasukan penyiasat Insiden Dayang Topaz: Jabatan Laut tubuh pasukan penyiasat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/51605173758_TBDayangTopaz.jpg)
Insiden Dayang Topaz: Jabatan Laut tubuh pasukan penyiasat
Jabatan Laut Malaysia (JLM) menubuhkan satu pasukan penyiasat bagi mengumpul bukti dan dokumen sokongan mengenai siasatan berkaitan insiden kapal MV Dayang Topaz di Perairan Miri pada 27 Okt lepas.
![AS Memilih: Dakwaan Trump berlaku penipuan di Philadelphia tidak berasas - Datuk Bandar AS Memilih: Dakwaan Trump berlaku penipuan di Philadelphia tidak berasas - Datuk Bandar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/51604712953_Philadelphiamayor.jpg)
AS Memilih: Dakwaan Trump berlaku penipuan di Philadelphia tidak berasas - Datuk Bandar
Beberapa pihak termasuk presiden terus buat dakwaan mengenai penipuan, tetapi pasukannya tidak kemukakan sebarang bukti, kata Kenney.
![Tiada bukti jangkitan COVID-19 menerusi makanan - Dr Noor Hisham Tiada bukti jangkitan COVID-19 menerusi makanan - Dr Noor Hisham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41603110567_Hamburgers.jpg)
Tiada bukti jangkitan COVID-19 menerusi makanan - Dr Noor Hisham
Tidak ada sebarang bukti yang mengesahkan jangkitan COVID-19 boleh tersebar daripada makanan, seperti yang dilaporkan media China, baru-baru ini.