KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Ameer Ali Mydin menjangka sekiranya berlaku kenaikan harga barang pada Ogos in, ia hanya akan membabitkan kenaikan sekitar satu hingga dua peratus sahaja, dan bukannya sehingga 20 peratus seperti yang pernah diramalkan sebelum ini.
Beliau berkata kenaikan secara mendadak itu tidak akan berlaku berikutan kadar ringgit yang kini berada pada tahap baik dan trend itu dijangka terus mengukuh berdasarkan kepada pergerakan terkini.
"Sekarang dalam dua, tiga hari ini, US Dollar turun balik kepada RM4.53 hingga RM4.54, jadi saya boleh kata 100 peratus, harga tidak akan naik 20 peratus pada bulan Ogos ini.
"Kalau saya nak kata semua barang tidak naik, saya tidak pasti, tapi kalau naik pun, di antara satu hingga dua peratus sahaja," katanya kepada Bernama selepas menghadiri program temu bual Apa Khabar Malaysia, di Wisma Bernama hari ini.
Beliau berkata kenaikan harga barang juga bergantung kepada pelbagai faktor antaranya inflasi, permintaan dan penawaran selain kadar ringgit.
Sebelum ini beliau dan beberapa pakar ekonomi menyatakan harga barang pengguna dijangka meningkat, ada yang meramalkan sehingga 20 peratus menjelang Okober ini berikutan peningkatan kos operasi perniagaan di Malaysia selain inflasi import.
Peningkatan kos itu dikatakan ekoran kemerosotan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sehingga mendorong berlaku inflasi import pada kadar tinggi.
Sementara itu, Ameer turut mencadangkan agar kerajaan meneliti kembali mekanisme pemberian subsidi pukal ke subsidi bersasar menerusi pemberian tunai bulanan untuk golongan B40.
Katanya menerusi kaedah subsidi bersasar ia akan menjimatkan kos pembelanjaan kerajaan sekali gus membantu kerajaan dalam memudahkan perancangan pembangunan negara yang lebih mampan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 19 2023
![Tidak ada kenaikan harga barang sampai 20 peratus - Ameer Ali Mydin Tidak ada kenaikan harga barang sampai 20 peratus - Ameer Ali Mydin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-04/71587016637_DatukWira.jpg)
Beliau berkata kenaikan secara mendadak itu tidak akan berlaku berikutan kadar ringgit yang kini berada pada tahap baik dan trend itu dijangka terus mengukuh berdasarkan kepada pergerakan terkini. -Gambar fail
![Remaja maut akibat kusta, dua kampung Orang Asli di Kuala Pilah dikuarantin Remaja maut akibat kusta, dua kampung Orang Asli di Kuala Pilah dikuarantin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739960155_TBAMINUDDINHARUN.jpg)
Remaja maut akibat kusta, dua kampung Orang Asli di Kuala Pilah dikuarantin
Seorang remaja perempuan Orang Asli berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia Isnin lepas, setelah seminggu demam akibat dijangkiti kusta, manakala lapan lagi sedang menerima rawatan.
![Mara sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus Mara sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739955253_AsyrafWajdiDusuki.jpg)
Mara sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus
Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyasarkan untuk mengurangkan pinjaman tidak berbayar (NPL) yang ditanggung agensi itu di bawah paras 30 peratus tahun ini.
![KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739959779_DzulkeflyAhmad.jpg)
KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental
Kementerian Kesihatan melancarkan kempen 'Perangi Stigma'bagi membanteras stigma dan diskriminasi terhadap individu alami kesihatan mental.
Pantau Agenda Reformasi: Impak jangka panjang larangan pergerakan kenderaan berat
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang bermula pada 19 Feb ini bagi melancarkan pergerakan trafik di kawasan itu serta di bandar raya.
Prof. Madya Dr. Law Teik Hua, Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya UPM
Prof. Madya Dr. Law Teik Hua, Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya UPM
Seni bina perlu jadi penyumbang kukuh perdagangan perkhidmatan
Seni bina masih merupakan segmen eksport yang kurang dibangunkan berikutan pengangkutan, teknologi maklumat dan komunikasi serta perkhidmatan perniagaan yang mendominasi profil eksport perkhidmatan negara.
Adaptasi ESG: Perkongsian awam-swasta beri kelebihan daya saing
Kerajaan berhasrat mewujudkan ekonomi digital yang teguh, mampan dan berdaya saing di peringkat global yang memberi manfaat kepada perniagaan dan rakyat.
![Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734154906_tbHusseinOmarKhan.jpg)
Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang kerani sebuah syarikat swasta kerugian RM1 juta selepas menjadi mangsa penipuan skim pelaburan tidak wujud menerusi Facebook.
Perikanan: Pemprosesan, pengeluaran jana nilai ekonomi RM 64 juta tahun lepas - DOF
Pencapaian dicatatkan menerusi Program myAgropreneur (myAP) itu mencerminkan peranan penting industri pemprosesan perikanan dalam menyokong pembangunan ekonomi negara.
Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan
Perkara itu masih dalam perbincangan dengan syarikat Putra Aerospace Industries (PAI) dan pihaknya telah memberikan persetujuan awal untuk meneliti lanjut projek berkenaan.
Manfaatkan sokongan kerajaan, teknologi bagi perkasa sektor logistik - Loke
Loke berkata inisiatif seperti pengecualian cukai itu bertujuan memacu operasi lebih pintar serta cekap di peringkat gudang serta logistik.
![Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718461852_AmeerAliMydin.jpg)
Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin
Walaupun kadar caruman KWSP sebanyak du peratus kelihatan kecil, kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan.
![Kebakaran Mydin Manjoi: Ameer Ali reda, syukur tiada kemalangan jiwa Kebakaran Mydin Manjoi: Ameer Ali reda, syukur tiada kemalangan jiwa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710105083_kebakaransebuahpas.jpg)
Kebakaran Mydin Manjoi: Ameer Ali reda, syukur tiada kemalangan jiwa
Seluruh warga kerja Mydin Mohamed Holdings Berhad menerima ketentuan Allah SWT.
![Isu beras tempatan: 'Bekalan cukup? Menteri boleh datang ke Mydin' - Ameer Ali Isu beras tempatan: 'Bekalan cukup? Menteri boleh datang ke Mydin' - Ameer Ali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694277178_TBMYDINBERAS.jpg)
Isu beras tempatan: 'Bekalan cukup? Menteri boleh datang ke Mydin' - Ameer Ali
Isu kekurangan bekalan beras tempatan terus meruncing... kali ini di pasar raya besar Mydin turut menerima kesan yang sama.
![Langkah MYDIN sahut pendigitalan ekonomi, usaha terpuji, wajar dicontohi - Fahmi Langkah MYDIN sahut pendigitalan ekonomi, usaha terpuji, wajar dicontohi - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692289203_TBfahmi.jpg)
Langkah MYDIN sahut pendigitalan ekonomi, usaha terpuji, wajar dicontohi - Fahmi
Katanya, MYDIN melakukan anjakan paradigma yang harus diikuti syarikat-syarikat lain supaya kekal kompetitif dalam industri.
![Tidak ada kenaikan harga barang sampai 20 peratus - Ameer Ali Mydin Tidak ada kenaikan harga barang sampai 20 peratus - Ameer Ali Mydin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-04/71587016637_DatukWira.jpg)
Tidak ada kenaikan harga barang sampai 20 peratus - Ameer Ali Mydin
Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Dr Ameer Ali Mydin menjangka sekiranya berlaku kenaikan harga barang pada Ogos in, ia hanya akan membabitkan kenaikan sekitar satu hingga d
![Mydin beli produk PMKS bernilai RM230 juta setahun Mydin beli produk PMKS bernilai RM230 juta setahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41684420476_JelajahHalalMalays.jpg)
Mydin beli produk PMKS bernilai RM230 juta setahun
Sebanyak 90 peratus pembelian adalah produk makanan dan minuman kerana ia adalah keperluan harian.
![Peniaga perlu henti harapkan subsidi tambahan - Ameer Ali Peniaga perlu henti harapkan subsidi tambahan - Ameer Ali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-01/41546931710_MYDIN.jpg)
Peniaga perlu henti harapkan subsidi tambahan - Ameer Ali
Peniaga Menu Rahmah jangan harap subsidi tambahan untuk kekal menjual hidangan tersebut, pesan bos besar Mydin.
![Cadangan penambahbaikan Payung Rahmah, biarlah kementerian buat kajian menyeluruh - Salahuddin Cadangan penambahbaikan Payung Rahmah, biarlah kementerian buat kajian menyeluruh - Salahuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51675249963_MenuRahmah.jpg)
Cadangan penambahbaikan Payung Rahmah, biarlah kementerian buat kajian menyeluruh - Salahuddin
KPDN perlu diberi ruang untuk membuat kajian menyeluruh mengenai inisiatif Payung Rahmah sebelum mengambil kira cadangan-cadangan yang dibuat pihak tertentu.
![Kenaikan gaji tak wajar disekat, naikkan secara sistematik - Ameer Ali Mydin Kenaikan gaji tak wajar disekat, naikkan secara sistematik - Ameer Ali Mydin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51676682826_TBAmeerAliMydin.jpg)
Kenaikan gaji tak wajar disekat, naikkan secara sistematik - Ameer Ali Mydin
Ia adalah kesilapan kerajaan selama ini yang menyebabkan kuasa membeli rakyat tidak seiring dengan kenaikan kos sara hidup.
![Mydin perluas Menu Rahmah ke seluruh negara Mydin perluas Menu Rahmah ke seluruh negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41675400746_MenuRahmah.jpg)
Mydin perluas Menu Rahmah ke seluruh negara
Meskipun kos bahan mentah di Sabah dan Sarawak lebih tinggi, pihaknya tetap bertekad menawarkan menu makanan bawah RM5 di seluruh negara.