KUALA LUMPUR: Desakan bekas pemimpin DAP Pulau Pinang P. Ramasamy supaya Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh meletak jawatan berhubung isu pemberian kontrak kerajaan negeri Selangor kepada suaminya adalah bersifat tidak adil.
Ketua Wanita DAP Teo Nie Ching berkata tindakan bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang selama 15 tahun di bawah kerajaan negeri DAP itu jelas menunjukkan sikap berpura-puranya selepas keluar daripada parti itu.
Beliau mempersoalkan tindakan Ramasamy yang tidak melakukan gesaan sama apabila bekas Setiausaha Agung yang kini Pengerusi DAP, Lim Guan Eng didakwa di mahkamah.
Teo yang juga Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan berkata demikian bagi menjawab gesaan Ramasamy supaya Hannah meletak jawatan atas dakwaan kontrak projek rintis Demand Responsive Transit (DRT) oleh kerajaan negeri Selangor diberikan kepada syarikat suaminya secara rundingan terus.
"Sekiranya siasatan yang dijalankan membuktikan bahawa ada salah guna kuasa, saya percaya bahawa beliau (Hannah) akan tertakluk kepada tahap penyiasatan yang sama.
"... saya rasa beliau akan berkerjasama dengan sebarang bentuk siasatan tetapi soalan sama ada beliau wajar untuk letak jawatan, saya fikir ia terlalu awal,"katanya pada sidang media di sini hari ini.
"Adakah Ramasamy ketika itu meminta Lim Guan Eng (LGE) meletak jawatan dan kenapa dia tukar pendirian sekarang?.
"Adakah kerana LGE ketika Setiausaha Agung dan Ramasamy tidak mahu serang dia atau pun masa itu (Ramasamy) dalam DAP tidak boleh serang dan kini apabila sudah keluar DAP, dia hendak jadi malaikat?," katanya.
Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan ia sudah melakukan siasatan interim berhubung isu pemberian kontrak tersebut namun tidak menemukan sebarang kesalahan dan tiada kes dalam isu tersebut.
Asia Mobility Technologies Sdn Bhd, yang merupakan syarikat milik suami Hannah, ialah satu daripada dua syarikat yang dipilih untuk projek perintis DRT bagi meningkatkan keberkesanan perkhidmatan pengangkutan awam dan mobiliti di Selangor.
Sementara itu dalam sidang media sama, Teo melancarkan program HERLEAD oleh Wanita DAP iaitu program pendidikan politik yang direka bagi memperkasa dan melengkapkan wanita parti itu dengan kemahiran serta pengetahuan diperlukan untuk menjadi pemimpin politik berpengaruh.
"(Kebanyakan) parti politik memberikan alasan adalah tidak mempunyai calon (wanita) yang mencukupi, program HERLEAD ini adalah direka untuk mengatasi masalah ini.
Program pertama HERLEAD bakal berlangsung pada 22 dan 23 Jun di Kuala Lumpur dan mereka yang berminat boleh mendaftar bermula hari ini di pautan https://forms.gle/xqFxKyCW5ZbMdER77.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 29 2024

Ketua Wanita DAP Teo Nie Ching berkata tindakan bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang selama 15 tahun di bawah kerajaan negeri DAP itu jelas menunjukkan sikap berpura-puranya selepas keluar daripada parti itu. - Foto BERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Hal Ehwal Agama: Cadangan MP DAP tidak jadi agenda utama di Mesyuarat Kabinet - Fahmi
Isu mengenai cadangan seorang Ahli Parlimen DAP untuk memecahkan portfolio hal ehwal agama dipecahkan kepada Islam dan bukan Islam tidak menjadi agenda perbincangan utama dalam Mesyuarat Kabinet.

Pemimpin UMNO perlu perjelas isu kerjasama dengan DAP sebelum PRU16
Isu itu perlu diperjelaskan sehingga orang Melayu benar-benar faham, sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Larangan penjualan arak: Pas Selangor sokong cadangan MBI
Langkah itu menghormati sensitiviti masyarakat Islam dan membantu menangani gejala sosial yang sering dikaitkan dengan penyalahgunaannya.

Siti Mastura bayar saman RM830,000 kepada tiga pemimpin DAP
Siti Mastura telah menyelesaikan pembayaran sebanyak RM830,034.75 dalam bentuk ganti rugi dan kos guaman kepada tiga pemimpin DAP.

Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,

Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS - Hajiji
Pemilihan Ewon Benedick sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu diharap mampu memperkukuh kerjasama antara gabungan parti itu dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.

ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua DAPSY 2024-2027
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) bagi tempoh 2024-2027.

Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata dalam mana-mana gabungan dan kerjasama politik, pasti wujud perselisihan antara individu.