PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, Kerajaan MADANI tidak akan sesekali berundur meskipun berhadapan kritikan terhadap tindakan tidak popular, antaranya berkaitan penyasaran subsidi diesel dan pembanterasan rasuah secara tegas.
Beliau berkata langkah itu penting bagi mengukuhkan asas ekonomi negara memandangkan hasil negara 'disakau' dan subsidi pula tidak disalurkan kepada golongan sasar.
Perdana Menteri berkata, penyasaran subsidi diesel perlu memandangkan aktiviti penyeludupan bahan api itu berleluasa sejak puluhan tahun dan hasil subsidi dibeli untuk kegunaan negara lain.
"(Kita) tak boleh mengenepikan keresahan rakyat kalau terbeban masalah rakyat. Maka hasil yang diperoleh itu harus dipulangkan kepada rakyat.
"Sebab itu kita harus istiqamah untuk memberi penjelasan walaupun kadang-kadang menghadapi sedikit kesukaran," katanya pada perhimpunan bersama warga Kementerian Kewangan, di sini hari ini.
Anwar berkata kerajaan dilontarkan dengan pelbagai dakwaan antaranya menjual negara, ejen Israel dan Yahudi.
"Saya sering kali jawab sikit.. tapi saya tak peduli kerana saya fikir kita punyai tugas. Tidak mudah dalam negara ini kerana politik kebencian terlalu menebal," katanya.
Perdana Menteri turut menyuarakan kekecewaan kerana fakta tidak dipedulikan sama sekali dalam kritikan.
"Tak ambil gaji dihina, banteras rasuah dengan tegas pun dihina, baik dengan Hamas pun dihina, dengan Blackrock pun dia kata ejen Yahudi. Fakta, tidak dipedulikan sama sekali.
"Jadi yang diutarakan ialah kebencian. Apakah ini harus mengganggu kita? Tidak," kata Perdana Menteri.
- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 02 2024
Menurut Perdana Menteri Anwar, Kerajaan MADANI tidak akan sesekali berundur meskipun berhadapan kritikan terhadap tindakan tidak popular, antaranya berkaitan penyasaran subsidi diesel dan pembanterasan rasuah secara tegas. - Gambar Bernama
Labuan lancar Pelan Tindakan Pelancongan Komprehensif bagi 2025-2030
Pelan tindakan ini menjadi panduan strategik, menggariskan pelbagai inisiatif yang akan diambil untuk meningkatkan sektor pelancongan Labuan dari 2025 hingga 2030.
Penerima SARA rancang perbelanjaan, utamakan keperluan asas
Kebanyakan penerima dan bakal penerima (SARA) di Lahad Datu sudah mula merancang perbelanjaan, termasuk membeli pelbagai barangan keperluan asas.
Bantuan: SARA melalui MyKad disalurkan bermula hari ini
Usaha penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui penggunaan MyKad akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada tahun ini berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada 2024.
88 penghuni rumah panjang tinggal sehelai sepinggang
Kira-kira 88 penghuni tinggal sehelai sepinggang apabila rumah panjang rumah mereka musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran di Rumah Paulus Yan, Sungai Bawan di Jalan Nibong Tada pada rabu.
ASEAN 2025 | 15 Jan
ASEAN 2025 hari ini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Pantau Agenda Reformasi: Misi PM ke UK: Apa bakal kita dapat?
Selepas lawatan kerja rasmi ke UAE, PM meneruskan misi ke beberapa buah negara di Eropah seperti UK, Jerman dan Switzerland. Apa manfaat daripada hasil lawatan ini?
TRAVEX 2025 menghimpunkan peserta dari lebih 40 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan bersempena dengan Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara, mencerminkan jangkauan luasnya.
Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal
Syarikat itu memberitahu, penghasilan sandwic itu menggunakan roti, keju, dan kepingan daging ayam yang diperakukan halal oleh Jakim.
Malaysia perkukuh perdagangan minyak sawit, kerjasama serantau - MPOB
Malaysia komited memanfaatkan rangka kerja serantau seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN dengan negara seperti Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
PM Anwar bertemu rakan sejawatan di London
Perdana Menteri Anwar memulakan lawatan kerja lima harinya ke United Kingdom dengan bertemu rakan sejawatan Keir Starmer pada Rabu.
PM Anwar tiba di London untuk lawatan kerja lima hari
Ini merupakan lawatan rasmi pertama Anwar ke UK sejak menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri pada 24 November 2022.
PM Anwar bakal rasmi majlis pecah tanah pembinaan LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang
Majlis perasmian itu akan berlangsung di Tapak Projek Bandar Sri Pinang, George Town, pada 11 pagi ini.
Perdana Menteri Jepun diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Perdana Menteri Jepun yang sedang dalam lawatan rasmi dua hari ke Malaysia, diberikan sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya, hari ini.
Presiden Turkmenistan adakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia
Presiden Serdar Berdimuhamedow akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia dari 18 dan 19 Disember ini.
Malaysia berupaya menjadi peneraju keselamatan siber - Anwar
JKSN sokong usaha NACSA untuk terus meneraju inisiatif pengukuhan keselamatan siber negara terutamanya dalam melindungi Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (NCII).
Anwar berhasrat wajibkan menteri alumni UM sumbang RM10,000 untuk pembangunan universiti
Langkah tersebut dapat membantu mahasiswa yang memerlukan bantuan dan meringankan beban kewangan yang perlu ditanggung oleh kerajaan kepada universiti berkenaan.
Lawatan ke Malaysia buka jalan pelaksanaan projek bersama, keterjaminan makanan - Paetongtarn
Pertemuan Paetongtarn dengan Perdana Menteri Anwar mengukuhkan hubungan dua hala dan membuka jalan untuk mempercepat pelaksanaan projek bersama.
PM Thailand diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Paetongtarn Shinawatra disambut oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebaik tiba pada pukul 9 pagi, sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.
Malaysia menyerlah sebagai sinar harapan dalam kestabilan dan kemajuan di sebalik ketidaktentuan global
Keupayaan Malaysia untuk menghadapi keadaan mencabar adalah disebabkan asas ekonominya yang kukuh.