SHAH ALAM: Takwim persekolahan tidak boleh diubah secara drastik kerana terdapat tiga faktor yang perlu diambil kira untuk mengembalikan semula sesi pembelajaran pada Januari.
Bekas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, antara perkara tersebut ialah pertama, jumlah bilangan hari persekolahan dan cuti dalam tempoh setahun; kedua, pelajar mendapat masa belajar yang cukup sebelum menduduki peperiksaan dan ketiga, kesihatan mental guru termasuk murid.
Alimudin berkata, berdasarkan perkara tersebut, tiada tempoh masa spesifik yang boleh diberikan kepada ibu bapa dalam soal mengembalikan semula takwim persekolahan pada Januari.
“Sukar untuk kita merealisasikan kehendak ibu bapa yang menginginkan takwim 2024 bermula Januari kerana sesi persekolahan 2023 bermula pada Mac.
“Pelajar perlu melengkapkan 190 hari wajib persekolahan setahun dan dalam tempoh tersebut kita ada peperiksaan dan sebagainya,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi jaminan permulaan takwim sesi persekolahan akan kembali bermula pada Januari namun memerlukan tempoh tertentu untuk dilaksanakan.
Permulaan takwim persekolahan itu diubah dari Januari ke Mac sejak 2022 selepas KPM mengumumkan sesi persekolahan 2021 dilanjutkan hingga Februari tahun berikutnya susulan pandemik Covid-19 melanda negara.
Dalam pada itu Alimuddin menjelaskan, sekiranya pelaksanaan itu dilakukan secara tergesa-gesa ia dibimbangi akan menimbulkan isu ketidakadilan kepada sebilangan pelajar.
“Pelajar yang mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) perlu mendapat masa pembelajaran secukupnya sebelum mereka menduduki peperiksaan.
“Selain daripada peperiksaan, tarikh cuti juga perlu diambil kira. Sejak dahulu lagi kita memang ada cuti penggal dan tempoh itu tidak boleh dikurangkan kerana pelajar dan guru memerlukan masa untuk berehat,” ujarnya.
Jelas beliau, sekiranya bilangan hari cuti dikurangkan, ia mungkin memberi tekanan kepada kumpulan tersebut.
Justeru, beliau berharap agar ibu bapa dapat bersabar untuk KPM melakukan perubahan takwim persekolahan seperti sediakala. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Mar 23 2023

Alimuddin berkata, sekiranya perubahan takwim sesi persekolahan dilakukan secara tergesa-gesa ia dibimbangi akan menimbulkan isu ketidakadilan kepada sebilangan pelajar. - Gambar hiasan

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.

Sijil Alternatif Sekolah Menengah dikeluarkan 26 Feb ini
Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) tahun 2024 bagi MBPK telah selesai dilaksanakan pada 7 Jan lepas.

Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.

KPM tidak pernah benar syarikat, sindiket tawaran pinjaman masuk ke sekolah - Fadhlina
KPM tidak pernah membenarkan mana-mana syarikat swasta atau sindiket tawaran pinjaman oleh syarikat perunding kewangan masuk ke sekolah-sekolah.

Kadar keciciran pelajar sekolah rendah dan menengah menurun - KPM
2,873 pelajar merangkumi 883 murid sekolah rendah dan 1,990 murid sekolah menengah telah dikembalikan ke sekolah pada tahun lepas.

Peperiksaan STAM 2024 bermula 3 Feb - KPM
STAM akan dijalankan di 132 pusat peperiksaan di seluruh negara, dengan 926 petugas peperiksaan telah dilantik.

KPM pertimbang perluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru
Kementerian Pendidikan (KPM) mempertimbangkan untuk memperluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru pada masa akan datang.

KPM beri jaminan tiada pemotongan Bantuan Awal Persekolahan
Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan tidak akan berlaku sebarang pemotongan Bantuan Awal Persekolahan (BAP).

Pengetua, pihak sekolah diingatkan tidak sembunyi sebarang kejadian buli - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengingatkan pengurusan sekolah khususnya pengetua, guru besar dan guru pentadbir, agar tidak menyembunyikan kejadian buli dalam kalangan pelajar.

GISB: KPM selaras semula keperluan pendidikan anak-anak
KPM sedang menyelaraskan semula keperluan pendidikan anak-anak yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB).

KPM tetap teruskan peperiksaan SPM, sedia hadapi gelombang kedua banjir
KPM telah bersedia sepenuhnya untuk meneruskan peperiksaan SPM sekiranya berlaku gelombang kedua banjir, dengan persediaan itu dilakukan sejak Oktober lepas.