Kementerian Pendidikan menamatkan kontrak 24 buah syarikat keselamatan di sekolah seluruh negara bagi sesi 2015/2016 kerana tidak memberi prestasi perkhidmatan yang memuaskan.
Menurut Timbalan Menterinya, Datuk P. Kamalanathan, 30 peratus daripadanya gagal mematuhi garis panduan yang ditetapkan kementerian.
Ia merupakan tindakan yang diambil daripada 30 laporan yang diterima pihaknya oleh pihak sekolah sepanjang sesi tersebut setakat ini.
"Dakwaan mengatakan kementerian tidak mengendahkan laporan dan tidak mengambil tindakan adalah tidak benar.
"Bila ada kebenaran kepada laporan, maka kita ambik tindakan sewajarnya, termasuk memberhentikan kontrak syarikat tersebut," katanya dalam sidang Dewan Rakyat di Parlimen hari ini.
Ia sebagai menjawab soalan Ahli Parlimen PKR, Datuk Kamarul Baharin Abbas yang minta Kementerian Pendidikan menyatakan sejauh mana pihak sekolah melaporkan ketidakpatuhan syarikat keselamatan pada mana-mana kontrak JPN atau PPD.
Ia memandangkan dana sejumlah RM800 juta setahun diperuntukkan bagi tujuan tersebut melibatkan 10,800 buah sekolah seluruh negara.
Tambah Kamalanathan, kementerian telah mengeluarkan surat arahan pentadbiran pada Mei 2015, buku panduan pengurusan kontrak pada Julai 2015 sebagai rujukan kepada sekolah dalam menguatkuasakan kontrak syarikat keselamatan.
Selain itu, garis panduan pemantauan juga telah dikeluarkan pada April 2016 untuk memantau prestasi kontraktor.
Pada masa sama, Kamalanathan yang juga Ahli Parlimen Hulu Selangor menegaskan bahawa kementerian sama sekali tidak membenarkan warga asing diambil syarikat untuk menjadi anggota pengawal keselamatan di sekolah.
Ia bagi menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen BN Sekijang, Anuar Abd Manap yang bertanya sama ada kementerian akan memperketat syarat pengambilan kakitangan anggota keselamatan bagi syarikat-syarikat yang diberikan kontrak.
Justeru Kamalanathan berharap pihak pengurusan sekolah bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dapat melaporkan dengan segera dan telus sekiranya syarikat keselamatan sekolah tidak memberi perkhidmatan memuaskan.
Pada masa sama, kementerian juga akan memastikan setiap kontrak diberikan kepada syarikat yang benar-benar menepati kriteria dan akan terus memantau pergerakan mereka.
Laporan perlu dibuat kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Malaysia (JPN).
Israr Khalid
Wed Nov 09 2016

Menurut Kamalanathan, 30 peratus daripada syarikat keselamatan sekolah yang ditamatkan kontrak gagal mematuhi garis panduan yang ditetapkan kementerian. - Sekadar gambar hiasan
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
Lebih 10,000 meriahkan majlis berbuka puasa bersama PM
Lebih 10,000 hadirin termasuk golongan agamawan dan asnaf berkesempatan berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, pada Isnin.
Inisiatif SMJ: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.
Sultan Nazrin rasmi Masjid Tuminah Hamidi
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan merasmikan Masjid Tuminah Hamidi dan majlis berbuka puasa sempena bulan Ramadan di Bagan Datuk.
26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
Kumpulan kedua 26 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar dijangka dihantar pulang esok, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Thailand.
Mangsa banjir di sabah meningkat kepada 4,555 orang malam ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat kepada 4,555 orang daripada 1,493 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 4,159 orang daripada 1,362 keluarga pada 4 petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Dua tertuduh dakwa dipaksa buat pengakuan
Dua tertuduh dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan atau dikenali sebagai Ijat, memberitahu Mahkamah Tinggi Tawau bahawa mereka telah dipaksa membuat pengakuan berhubung kematian mangsa.
Leraikan pergaduhan, pengawal keselamatan dilanggar kereta
Seorang pengawal keselamatan sebuah pusat hiburan mengalami patah di bahagian pinggul akibat dilanggar kereta ketika cuba meleraikan pergaduhan, di Bandar Botanik, Klang awal pagi semalam.
[TERKINI] Laman X berdepan gangguan, gagal diakses
Platform media sosial milik jutawan teknologi Elon Musk, X berdepan gangguan di beberapa bahagian dunia, termasuk malaysia, pada Isnin.
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.
Kenderaan barangan dilarang guna jalan raya
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan Larangan Pemanduan ke atas Kenderaan Barangan sempena sambutan Aidilfitri selama empat hari.

E-sukan sebagai subjek sekolah di Malaysia?
Adakah Malaysia bakal mencontohi negara jiran dengan memperkenalkan subjek e-sukan dalam sukatan pelajaran di sekolah?

Tindakan tegas terhadap syarikat kawalan keselamatan sekolah - Kamalanathan
Antara tindakan itu termasuk tidak melanjutkan kontrak syarikat berkenaan kerana tindakan mogok di dua sekolah baru-baru ini boleh membahayakan keselamatan pelajar.

Kementerian Pendidikan gantung syarikat pembekal mi goreng 'kaca'
Kementerian Pendidikan telah menggantung perkhidmatan syarikat yang membekal mi goreng di pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Nigel Gardner, Hulu Selangor

'Guru holistik platform lahir murid cemerlang' - Kamalanathan
Kewujudan guru holistik menjamin pembentukan murid cemerlang yang mampu mentaksir kebijaksanaan merangkumi akal dan kecerdasan emosi.

Jerebu: Sekolah di KL, Selangor, Putrajaya, N.Sembilan, Melaka diarah tutup Selasa
Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid mengarahkan sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka ditutup.

'Menteri Pendidikan jangan malas tinjau sekolah pedalaman' - Dr Mohd Puad
Sikap malas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan punca sekolah di Keningau, Sabah serta beberapa lagi sekolah pedalaman masih berada dalam keadaan daif.

Mahasiswa perlu berani, fikir lebih luas terokai bidang pekerjaan - Kamalanathan
Golongan mahasiswa perlu berani dan berfikiran lebih luas untuk meneroka bidang pekerjaan, kata Timbalan Menteri Pendidikan II P.Kamalanathan.

Tiada pemotongan bajet sekolah untuk peruntukan banjir - Kamalanathan
Tiada pemotongan bajet sedia ada untuk sekolah di negara ini yang diambil bagi disalurkan kepada mangsa banjir di Pantai Timur.

Kerajaan kaji larangan bawa telefon bimbit ke sekolah - Kamalanathan
Kementerian Pendidikan sedang mengkaji cadangan untuk menimbang semula keputusannya untuk tidak membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah.

Pentadbiran sekolah jangan keterlaluan, baju kurung milik orang Malaysia - Nik Safiah
Pentadbiran sekolah dinasihatkan supaya menghormati tata pakaian seragam pelajar yang sudah ditetapkan dan tidak sekali-kali membezakannya mengikut agama atau bangsa tertentu.