KUALA LUMPUR : Tiada keperluan untuk melakukan sebarang perbandingan antara vaksin yang telah diluluskan oleh badan profesional antarabangsa bagi kegunaan penerima vaksin negara ini.
Menurut Penyelidik Utama Pembangunan Vaksin Universiti Oxford United Kingdom, Profesor Teresa Lambe, rakyat Malaysia tidak sewajarnya menimbukan sebarang keraguan terhadap hasil penyelidikan yang telah diluluskan oleh badan dunia.
Ini kerana, kata beliau, vaksin yang diterima Malaysia tentunya telah dinilai oleh kerajaan dan badan berkaitan yang mempunyai kepakaran sebelum memutuskan penggunannya paling sesuai bagi penduduk negara ini.
“Tidak ada keperluan membuat perbandingan antara vaksin kerana perbandingan yang cuba dilakukan itu sama sekali tiada kewajaran.
"Anda perlu percaya kepada apa yang telah dicadangkan dan percaya kepada badan yang telah menilai apa yang terbaik bagi negara anda dan rakyatnya. Apa yang boleh anda lakukan untuk menilai kebenaran adalah dengan melihat data yang telah dikeluarkan menerusi hasil kajian yang telah dijalankan terhadap vaksin tersebut.
“Anda perlu percaya kepada badan yang telah dipertanggungjawabkan untuk melakukan segala penilaian dan penelitian terhadap setiap vaksin untuk meluluskanya sebelum ia digunakan,” kata Lambe ketika menjadi panel dalam 3rd International Conference secara maya bertajuk The Oxford Vaccine: From the Lab to the Global Community pada Isnin.
Beliau ditanya oleh Felo Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford, Datuk Dr Afifi Al- Akiti mengenai kewajaran untuk membuat perbandingan dan pemilihan terhadap vaksin yang diterima ketika ini yang biasa berlaku dikalangan bakal penerima vaksin.
Tambah Lambe, apa yang penting ketika ini ialah dunia sedang berhadapan dengan virus yang sangat berbahaya dan pengambilan vaksin adalah satu-satunya cara berkesan untuk mempertahankan diri daripada wabak COVID-19.
“Mesej yang boleh saya sampaikan di sini ialah ambil vaksin yang telah ditawarkan kepada anda. Selamatkan diri anda dan selamatkanlah dunia ini,” tegas Lambe.
Malaysia memutuskan untuk menggunakan vaksin Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca yang telah diluluskan oleh agensi dan badan dunia termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Ketika ini lebih jumlah keseluruhan pemberian dos vaksin COVID-19 di seluruh negara adalah 21,200,473 dengan peratusan penerima vaksin lengkap kini mencapai 29.7 peratus, sehingga Ahad.
Dalam perkembangan sama, sebanyak 60.9 peratus populasi dewasa di Malaysia telah mendapat sekurang-kurangnya dos pertama vaksin COVID-19 menurut data yang dikeluarkan Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).
BACA: 60 peratus populasi dewasa selesai dos pertama vaksin COVID-19
Raja Hisyam Raja Zaid
Mon Aug 02 2021

Penyelidik Utama Pembangunan Vaksin Universiti Oxford United Kingdom, Profesor Teresa Lambe, rakyat Malaysia tidak sewajarnya menimbukan sebarang keraguan terhadap hasil penyelidikan yang telah diluluskan oleh badan dunia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

Menelusuri landskap penyakit jarang jumpa di Asia
Malaysia, berpotensi mendukung pemajuan penjagaan dan rawatan bagi rantau ASEAN dengan membangunkan ekosistem yang menggalakkan kesedaran, kesediaan, mempercepat peraturan dan kepimpinan dasar.

‘Kes darah beku, serangan jantung tiada kaitan dengan vaksin AstraZeneca’
Golongan berisiko tinggi adalah individu yang mempunyai sejarah pembekuan darah dan mereka tidak dibenarkan menerima vaksin jenis AZ.

KKM keluar kenyataan berkaitan vaksin AstraZeneca dalam masa terdekat
KKM akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu penarikan balik vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca dalam masa terdekat.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

AstraZeneca tarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, berbulan selepas sedar ada kesan sampingan
Vaksin itu tidak lagi boleh digunakan di EU selepas syarikat itu secara sukarela menarik balik "kebenaran pemasarannya."

KKM beri jaminan dedah data AEFI vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly
KKM memberi jaminan akan mendedahkan semua data berhubung kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI) yang berpunca daripada vaksin COVID-19 pada satu waktu yang akan ditetapkan.

Tiada kesan sampingan daripada vaksin COVID-19 AstraZeneca di Indonesia - Suruhanjaya
Suruhanjaya Nasional untuk Kajian dan Pencegahan Peristiwa Mudarat Berikutan Imunisasi dan BPOM melakukan pemantauan bagi membuat rumusan.

Kesan sampingan vaksin: KKM akan dapatkan penjelasan AstraZeneca
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mendapatkan penjelasan daripada firma farmaseutikal AstraZeneca berhubung kesan sampingan vaksin COVID-19 seperti yang dilaporkan media antarabangsa baru-baru ini.

AstraZeneca berjaya batalkan saman 12 individu berhubung isu suntikan vaksin COVID-19
Hakim Mahkamah Tinggi Dr Suzana Muhamad Said membenarkan permohonan Astrazeneca untuk membatalkan saman itu selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak.

AstraZeneca rintis inisiatif kesaksamaan akses dalam perkhidmatan kesihatan
Portal mySihatPal menutup jurang akses kepada penyelesaian penjagaan kesihatan.