Rakyat Malaysia perlu lebih berhati-hati dalam memilih jenama produk sardin dalam tin susulan penemuan cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp dalam sardin tin yang diimport dari China baru-baru ini.
Bagaimanapun, rakyat Malaysia dinasihatkan agar tidak terlalu panik dengan isu itu kerana ia tidak memudaratkan jika telah termakan memandangkan cacing berkenaan telah mati semasa proses pembuatan sardin dalam tin yang menggunakan haba yang tinggi.
Pensyarah Institut Akuakultur Tropika Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Madya Dr Marina Hassan berkata parasit memang wujud dalam rantaian makanan atau kehidupan harian manusia tanpa disedari secara langsung.
Makanan yang tercemar oleh parasit adalah sukar untuk dielakkan kerana kadang-kadang ianya tidak dapat dikesan tetapi parasit yang biasanya dikesan di dalam makanan laut adalah nematod (cacing gelang), cestod (cacing pita) and flukes (cacing pipih)," katanya kepada Bernama hari ini.
"Namun, terdapat juga parasit yang sukar dikesan seperti protozoa. Terdapat beberapa simptom yang disebabkan oleh jangkitan parasit iaitu sakit perut, cirit birit, muntah, pucat, hilang berat badan dan hilang selera makan.
"Jika berlaku sebarang simptom yang ketara ini, maka ianya boleh dikesan dan dapat dirawat. Parasit mungkin menjangkiti kita tetapi ianya tidak memberi kesan berpanjangan atau signifikan dan berkemungkinan ianya mati disebabkan sistem pertahanan badan kita yang kuat," katanya.
BACA: Lapor kepada KPDNKK, KKM jika 8 jenama sardin tin ini masih terjual
BACA: Enam lagi jenama sardin ditarik balik daripada pasaran
BACA: Ramai pengguna tidak tahu, kurang yakin berita cacing dalam tin sardin
BACA: Cacing dalam tin sardin: Tiada sesiapa jadi mangsa
BACA: Cacing sebabkan penyakit dijumpai dalam sampel tin sardin dari China
Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia mengarahkan syarikat pengeluar bagi enam produk ikan sardin dalam tin jenama Cinta, Sea Fresh, HS Brand, King Cup, Bintang dan TC Boy ditarik daripada pasaran kerana dipercayai mengandungi bendasing cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp.
Mengulas lanjut, beliau berkata parasit dalam produk makanan berasaskan makanan laut akan mati jika proses menyediakannya adalah menggunakan suhu yang tinggi, suhu sejuk beku atau pengawetan yang sesuai.
"Kehadiran parasit dalam produk-produk makanan ini akan merendahkan kualiti produk tersebut. Pada pandangan umum, ianya adalah menjijikan untuk dimakan. Tetapi, jika kita termakan, ianya tidak memberi kemudaratan jika pemprosesan makanan tersebut membolehkan parasit dan kitaran hidupnya mati seperti telur dan juga larva.
Tetapi, jikalau makanan berasakan organisma laut seperti ikan, tiram dan sebagainya ini dimakan mentah atau separuh masak maka risiko jangkitan adalah tinggi. Tidak semua parasit daripada hidupan laut yang kita makan ini memberi kemudaratan kepada kita kerana kebanyakkannya mempunyai perumah sebenarnya yang spesifik iaitu di kalangan hidupan akuatik sahaja dan bukan haiwan di darat atau manusia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 01 2018

Rakyat Malaysia dinasihatkan agar tidak terlalu panik dengan isu itu kerana ia tidak memudaratkan jika telah termakan memandangkan cacing berkenaan telah mati semasa proses pembuatan sardin dalam tin yang menggunakan haba yang tinggi. -Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Tidak perlu panik cacing dalam sardin tin - Pakar Akuakultur
Rakyat Malaysia perlu lebih berhati-hati dalam memilih jenama produk sardin dalam tin susulan penemuan cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp dalam sardin tin yang diimport dari China.