Pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) dinasihatkan supaya tidak cepat melatah dan mengambil keputusan terburu-buru berhubung pembentangan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.
Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan berkata, tiada keperluan untuk mereka berbuat demikian sehingga sanggup mengugut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
''Ini (Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016) bukan hukum hudud. Biar Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) berikan penjelasan dahulu.
''Jika selepas penjelasan dan didapati pindaan tersebut bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan kepentingan masyarakat bukan Islam, mereka boleh menolak pindaan rang undang-undang itu,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sebelum ini, beberapa pemimpin parti komponen BN, antaranya Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam menyuarakan hasrat meletakkan jawatan dalam Kabinet jika rang undang-undang tersebut diluluskan.
Bagaimanapun pada Jumaat lalu, Perdana Menteri telah menjelaskan, pembentangan usul rang undang-undang persendirian itu di Dewan Rakyat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bukanlah hukum hudud.
Menurut Cheng Guan, sebagai ahli Parlimen, ketua-ketua parti komponen BN terbabit harus faham tentang prosiding di Parlimen sebelum membuat sebarang keputusan ataupun andaian yang akan memberi kesan kepada semua pihak.
''Jika mereka bersuara tentang demokrasi selama ini, sekurang-kurangnya biarlah penjelasan daripada Abdul Hadi didengar dahulu, kemudian baharulah berfikir untuk membuat apa-apa keputusan.
''Perkara ini tidak akan ada penyudahnya jika sering dipersoalkan kerana pihak pembangkang mempunyai hak untuk membentangkan rang undang-undang persendirian dalam setiap persidangan Dewan Rakyat," jelasnya.
Dalam masa sama, beliau menegaskan sekali lagi supaya semua pihak bertenang dan dengar dahulu penjelasan oleh Abdul Hadi berhubung pindaan rang undang-undang tersebut.
Astro Awani
Mon May 30 2016
![Tidak perlu ugut PM sebelum dapat penjelasan - PCM Tidak perlu ugut PM sebelum dapat penjelasan - PCM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/61448377914_HuanChengGuan.jpg)
HUAN: Jika selepas penjelasan dan didapati pindaan tersebut bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan kepentingan masyarakat bukan Islam, mereka boleh menolak pindaan rang undang-undang itu. - Filepic
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![Terowong: Bicara saman syarikat terhadap Huan, Utusan bermula 29 Okt Terowong: Bicara saman syarikat terhadap Huan, Utusan bermula 29 Okt](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/51498126457_FadillahYusof.jpg)
Terowong: Bicara saman syarikat terhadap Huan, Utusan bermula 29 Okt
Consortium Zenith, syarikat yang diberi kepercayaan membina terowong bernilai RM6.34 bilion itu, memfailkan saman terhadap Huan dan syarikat penerbitan media Utusan Melayu (M) Bhd pada 11 Ogos 2016.
![PCM pertikai tiada tindakan ke atas kilang haram PCM pertikai tiada tindakan ke atas kilang haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/61448377914_HuanChengGuan.jpg)
PCM pertikai tiada tindakan ke atas kilang haram
Orang ramai digesa untuk terus membuat laporan kepada SPRM jika mempunyai maklumat berhubung aktiviti kilang yang beroperasi secara haram.
![Tidak perlu ugut PM sebelum dapat penjelasan - PCM Tidak perlu ugut PM sebelum dapat penjelasan - PCM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/61448377914_HuanChengGuan.jpg)
Tidak perlu ugut PM sebelum dapat penjelasan - PCM
Datuk Huan Cheng Guan berkata, tiada keperluan berbuat demikian sebaliknya biarkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang beri penjelasan dahulu.
![Guan Eng dicabar tanding pemilihan DAP Pulau Pinang Guan Eng dicabar tanding pemilihan DAP Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/61448377914_HuanChengGuan.jpg)
Guan Eng dicabar tanding pemilihan DAP Pulau Pinang
Naib Presiden PCM Datuk Huan Cheng Guan mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang itu untuk bertanding dalam pemilihan parti DAP negeri, Ahad ini.
![Siasat dakwaan konspirasi tokoh politik tempatan, termasuk Tun Mahathir - PCM Siasat dakwaan konspirasi tokoh politik tempatan, termasuk Tun Mahathir - PCM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/61440076686_HUANCHENGGUAN.jpg)
Siasat dakwaan konspirasi tokoh politik tempatan, termasuk Tun Mahathir - PCM
Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan membuat satu laporan polis terhadap sebuah laman web setelah mendakwa terdapat konspirasi membabitkan beberapa tokoh politik tempatan.
![Proses mengundi di Bukit Gelugor bermula Proses mengundi di Bukit Gelugor bermula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-05/71400978825_295x200.jpg)
Proses mengundi di Bukit Gelugor bermula
Proses pembuangan undi bagi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor telah bermula pukul 8 pagi ini di 17 pusat pembuangan undi.
![Ahli DAP digesa sertai PCM jika tidak puas hati dengan parti itu Ahli DAP digesa sertai PCM jika tidak puas hati dengan parti itu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-05/81399869998_295x200.jpg)
Ahli DAP digesa sertai PCM jika tidak puas hati dengan parti itu
Datuk Huan Cheng Guan menggesa mana-mana anggota DAP yang tidak berpuas hati dengan parti itu supaya menyertai beliau.
![Ahli politik diberi amaran tidak pertikai tugas polis Ahli politik diberi amaran tidak pertikai tugas polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-08/41376994573_295x200.jpg)
Ahli politik diberi amaran tidak pertikai tugas polis
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata beliau kesal apabila mengetahui terdapat segelintir ahli politik memburukkan polis dalam ceramah kempen mereka.
![Calon PRK Bukit Gelugor, PCM nafi proksi BN Calon PRK Bukit Gelugor, PCM nafi proksi BN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-05/81399869998_295x200.jpg)
Calon PRK Bukit Gelugor, PCM nafi proksi BN
Datuk Huan Cheng Guan, 53, menafikan bahawa parti itu adalah proksi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor.
![Ahli PAS umum bertanding PRK Bukit Gelugor, mahu perjuang hudud Ahli PAS umum bertanding PRK Bukit Gelugor, mahu perjuang hudud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-05/71399639774_295x200.jpg)
Ahli PAS umum bertanding PRK Bukit Gelugor, mahu perjuang hudud
Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan mengumumkan akan bertanding pada PRK Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei ini.