KUCHING: Setiap individu yang masuk ke Brunei Darussalam dan pernah dijangkiti COVID-19 serta mempunyai bukti jangkitan akan dikecualikan daripada menjalani ujian saringan RT-PCR berkuat kuasa 1 April ini.
Menerusi prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan (MOH) Brunei turut memaklumkan, tempoh sah bukti jangkitan yang dinyatakan melalui sijil kesembuhan itu juga mesti tidak lebih daripada 90 hari .
Melalui satu pemakluman kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada Isnin, pengunjung luar hanya perlu menjalani ujian pantas antigen (RTK Antigen) semasa tiba di pintu masuk Brunei yang mana kos pembayaran RTK ditanggung oleh pengunjung dengan jumlah B$20 (RM62) seorang.
“Mereka juga dikecualikan daripada menjalani pengasingan diri mandatori semasa tiba di Brunei,” katanya dalam kenyataan berkenaan.
Terdahulu Jabatan Perdana Menteri Negara Brunei Darussalam mengeluarkan notis lanjutan penangguhan sementara kebenaran aktiviti rentas sempadan sehingga 31 Mac 2022.
Penangguhan ini berkuat kuasa untuk kemasukan warganegara asing melalui pos-pos kawalan darat dan laut termasuk perjalanan transit.
“Kemasukan dan perjalanan transit melalui Brunei hanya boleh dipertimbangkan bagi kenderaan yang mempunyai Permit Lintas Batas (PLB) dan Penyata Kebenaran Transit yang dikeluarkan oleh Kerajaan Brunei bagi tujuan antaranya urusan rasmi kerajaan, persekolahan, dan perkhidmatan kecemasan.
“Keluar dan masuk negeri secara ulang alik melalui pos kawalan darat mahupun laut bagi tujuan pekerjaan juga ditangguhkan kecuali operator pengangkutan yang sudah divaksin dan berdafter dengan PLB Brunei bagi penghantaran bekalan import penting,” katanya.
Pada 28 Mac lalu, Brunei mencatatkan 791 kes baharu COVID-19 dengan sembilan kes kategori 4, satu kes kategori 5 menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu kepada 132,194 kes.
Sehingga 27 Mac 2022, pencapaian Program Vaksinasi Kebangsaan bagi penduduk Brunei yang menerima tiga dos vaksin ialah seramai 60.9 peratus daripada keseluruhan lebih 400,000 penduduk.
Nuzuluddin Abdul Razak
Tue Mar 29 2022

Setiap individu yang masuk ke Brunei Darussalam dan pernah dijangkiti COVID-19 serta mempunyai bukti jangkitan tidak perlu melakukan RT-PCR bermula 1 April ini.
#AWANIRingkas 24 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Februari 2025
1️⃣ Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
2️⃣ Kadar kelahiran di Malaysia
3️⃣ Konflik Rusia-Ukraine tamat minggu ini?
#awaniringkas
1️⃣ Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
2️⃣ Kadar kelahiran di Malaysia
3️⃣ Konflik Rusia-Ukraine tamat minggu ini?
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mohd Nakhaie tekad perkasa dakwah Islam di Malaysia, peringkat global
Beliau berkata tanggungjawab yang diberikan adalah satu amanah besar, sejajar dengan resolusi yang dipersetujui dalam Persidangan Dialog Intra-Islam.

Sanusi lepas bebas kes hasutan kait Agong ke-16
Hakim memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan memberitahu mereka tidak bercadang untuk meneruskan satu kes dihadapi Sanusi itu.

Ringgit terus catat kenaikan pada sesi pembukaan selepas cecah paras tertinggi hampir tiga minggu
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4140/4225 daripada 4.4165/4200 pada Jumaat lepas.

TIC sasar 50,000 pelancong Indonesia ke Kelantan tahun ini
Menerusi promosi dibuat MyBHA, ia telah menjadikan Kelantan sebagai antara tempat pelancongan baharu kepada rakyat Indonesia.
AWANI Pagi: Revolusi pengurusan aset strategik - Pendekatan berasaskan data dan AI
Diskusi pagi Isnin bersama Profesor Dr. Adi Irfan Che Ani, Pro-Naib Canselor ,(Penjanaan dan Prasarana) & Pengarah Eksekutif Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM) membincangkan mengenai apa itu pengurusan aset strategik dalam kontek penggunaan data dan kecerdasan buatan (AI).

Seorang remaja maut, dua selamat dalam kemalangan di Machang
JBPM Kelantan menerima panggilan kecemasan pada 3.34 pagi dan enam anggota daripada BBP Ketereh telah bergegas ke lokasi kejadian.

Skuad takraw Bihar 2025 buat simulasi awal Ramadan
Bekas tekong negara itu mahu pemain menggandakan usaha dalam membentuk kekuatan mental dan fizikal dalam baki sesi latihan.
FBMKLCI: Merosot 3.12 peratus, aliran keluar pelabur asing berterusan
FBMKLCI mencatat pulangan 13.02 peratus pada 2024, tetapi setakat 21 Februari 2025, indeks ini turun sebanyak negatif -3.12 peratus Kita juga melihat aliran keluar pelabur asing yang berterusan, dengan jumlah mencecah MYR10.9 bilion sejak Oktober 2024. Walaupun Ringgit semakin kukuh kepada 4.41 per USD dan ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.1 peratus pada 2024 dengan inflasi kekal rendah, pasaran saham masih menunjukkan kelemahan.

Tidak perlu ujian RT-PCR kepada individu pernah dijangkiti COVID-19 untuk masuk Brunei
Setiap individu yang masuk ke Brunei Darussalam dan pernah dijangkiti COVID-19 serta mempunyai bukti jangkitan akan dikecualikan daripada menjalani ujian saringan RT-PCR berkuat kuasa 1 April ini.