ISTERI pelawak Atu Zero, Shafeeqa Johari berkongsi sikap suaminya yang juga bintang Maharaja Lawak Mega (MLM2021).
Mungkin ramai yang melihat Atu sebagai penghibur, sentiasa tersenyum dan membuat orang ketawa, namun, disebaliknya pelawak itu juga pernah berdepan dengan dugaan hidup.
“Saya suka dengar apa yang suami saya cerita. Setiap apa yang dia ceritakan itu adalah cita-cita dia. Tak pernah dia cakap teringin nak pakai kereta mewah itu, baju branded (berjenama), kasut mahal itu ini.
“Kadang-kadang apa yang dia pakai mahal itu saya yang belikan dia untuk dia kerja. Tak adalah mahal sampai tak masuk akal… tapi reward (ganjaran) untuk dia yang penat bekerja.
“Cita-cita anak nelayan, arwah bapa dia gaji awal bulan RM150, akhir bulan RM150… kadang-kadang minta advance (pendahuluan) daripada bos, beras untuk tujuh orang anak… ikan kadang-kadang Atu jual dari rumah ke rumah,” kongsinya menerusi hantaran terbaharu di Instagram.
Tambah Shafeeqa lagi, sebelum mengenali Atu kehidupan mereka berdua sangat berbeza.
“Berbeza sangat hidup dia dan life (kehidupan) saya. Bukan mereka tidak pandai, tapi peluang tidak ada. Nak sambung belajar banyak pakai duit.
“Dia lepas SPM terus bekerja. Berbeza dengan saya, habis SPM ayah suruh ambil kursus perakaunan. Lesen kereta motor saya ada sejak umur saya 17 lagi. Atu tidak… semua dia usaha sendiri. Kadang-kadang kagum dengan dia.
“Dia nak capai tahap tidak terkesan dengan makluk itu susah sangat. Tapi macam mana dia boleh sabar, apa orang nak cakap, cakap lah. Dia akan usaha untuk cita-cita dia,” tulisnya lagi.
Jelas Shafeeqa lagi, Atu sebenarnya tidak pernah menyangka rezekinya berada di pentas seni kerana sebelum ini suaminya itu tidak terfikir untuk menjadi selebriti.
“Jadi artis bukan cita-cita Atu. Dia pun tidak terjangka yang rezekinya di pentas seni, tapi cita-cita dia untuk mendalami ilmu Islam itu memang dari saya bercinta lagi dengan dia. Jadi saya tunjuk apa yang saya tahu.
“Ya! Sayalah yang ajar dia Alif, Ba, Ta sampai satu tahap saya minta dia berguru dengan ustaz yang betul-betul.
“Sebab saya isteri, nak betulkan suami tentang sebutan itu saya sendiri segan. Baik berguru.
“Insya-Allah, saya happy (gembira) jika suami saya happy… dia bukan orang senang. Tapi dia berusaha untuk kehidupan. Banyak yang saya belajar dari Atu walaupun dia lima tahun lebih muda dari saya,” coretnya.
Shafeeqa mendirikan rumah tangga dengan Atu atau nama sebenarnya Sharif Kuna Doli Sharif pada 8 Februari 2016. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata.
Jangan lupa saksikan MLM2021 setiap Jumaat, 9 malam secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, MLM2021 juga boleh distrim melalui platform Astro Go dan On Demand.
Mengangkat tema ‘Aura Baharu, Bakat Terpadu’, MLM2021 ini bersiaran secara langsung dari Putrajaya International Convention Centre (PICC).
Artikel asal di Gempak boleh dibaca di sini.
Gempak
Thu Oct 21 2021
Shafeeqa Johari (kiri) mendedahkan suaminya, Atu Zero seorang yang sangat kuat bekerja, sentiasa tersenyum dan gemar membahagiakan orang lain selain sangat bertanggungjawab. - Gambar Gempak
Presiden Uzbekistan adakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula Selasa
Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia selama dua hari bermula Selasa.
Jalaluddin Hassan sedia beri kerjasama, Ziana Zain kunci mulut
Datuk Jalaluddin Hassan bersedia untuk memberi kerjasama penuh kepada SPRM sekiranya dipanggil bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan sebuah syarikat perunding kewangan.
Bomba terus pantau banjir di Sabah, Sarawak melalui PGOK
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan terus memantau keadaan banjir di Sabah dan Sarawak menerusi Pusat Gerakan Operasi Kebombaan Kebangsaan.
AWANI Ringkas: Kadar caruman rendah pekerja asing
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KKM kesan lebih 800 kes kesihatan dalam kalangan mangsa banjir di Sabah, Sarawak
22 daripada 30 fasiliti kesihatan di Sarawak dan 27 fasiliti kesihatan di Sabah yang terjejas akibat banjir telah beroperasi semula.
Kenaikan gaji minimum RM1,700 rangsang ekonomi negara, tingkat kuasa beli rakyat
Peningkatan gaji minimum dijangka merangsang kuasa beli rakyat sekali gus menggerakkan ekonomi negara dan dapat memberi manfaat kepada semua pihak.
Pendaki sesat mendaki Gunung Yong Yap ditemukan selamat
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang semasa menyertai ekspedisi mendaki Gunung Yong Yap dekat Kuala Mu, Sungai Siput semalam, ditemukan selamat.
Fadhlina usaha tulis jawi, catat titah Sultan Ibrahim
Menteri Pendidikan menggunakan tulisan jawi ketika mencatat titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada istiadat pembukaan Mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen ke-15 hari ini.
Hannah Yeoh mohon batal keterangan saksi dalam kes saman fitnah Kamarul Zaman
Hannah Yeoh memohon Mahkamah Tinggi untuk membatalkan keterangan empat saksi yang dikemukakan bagi menyokong pembelaan pensyarah UUM, Kamarul Zaman Yusoff, dalam kes saman fitnah yang difailkannya.
Syarikat pelancongan keluarkan cek lebih RM600,000 atas nama Azlan Man - Saksi
Tiga cek tersebut merupakan bayaran balik bagi perjalanan Azlan dan keluarganya ke London pada 2013, 2014 dan 2015 yang dibatalkan.
"Tidak pernah teringin kereta mewah, baju berjenama" - Isteri dedah sikap rendah diri Atu
Kehidupan serba kekurangan Atu sebelum menjadi artis tidak pernah ubah gaya hidupnya walaupun kini dia memiliki kemampuan.