KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor hari ini mengemukakan rayuan terhadap sabitan dan hukuman ke atasnya bagi tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Rosmah ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
Menurut notis rayuan, Rosmah tidak berpuas hati dengan keseluruhan keputusan Hakim Mohamed Zaini Mazlan semalam dan ingin merayu terhadap keputusan yang mensabitkannya mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM) 2009 serta hukuman penjara dan denda di bawah Seksyen 24 (1) Akta SPRM 2009.
Isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu turut memfailkan rayuan terhadap keputusan Hakim Mohamed Zaini yang menolak permohonannya supaya hakim itu menarik diri daripada mendengar dan membuat keputusan kes tersebut.
Semalam, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara berjumlah 30 tahun dan denda RM970 juta ke atas Rosmah selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah.
Rosmah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan.
Bagaimanapun, beliau hanya akan menjalani hukuman penjara 10 tahun kerana Hakim Mohamed Zaini memerintahkan kesemua hukuman penjara berjalan serentak.
Mahkamah juga memerintahkannya dipenjara 30 tahun jika gagal membayar denda itu.
Rosmah berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin.
Hakim Mohamed Zaini dalam penghakimannya antara lain memutuskan bahawa pembelaan Rosmah hanya penafian semata-mata dan wang RM6.5 juta memang untuknya dan beliau menerima wang itu di kediamannya di Jalan Langgak Duta serta Seri Perdana.
Dalam penghakiman setebal 116 halaman, hakim itu juga memutuskan bahawa Rosmah telah menguasai suaminya, Najib dan mempunyai kawalan ke atas bekas perdana menteri itu dan jelas daripada rakaman klip audio "Can I advise you something" antara Najib dan Rosmah yang tular sebelum ini bahawa tertuduh memberi arahan kepada Najib berhubung urusan kerajaan. - BERNAMA
Bernama
Fri Sep 02 2022

Datin Seri Rosmah Mansor hari ini mengemukakan rayuan terhadap sabitan dan hukuman ke atasnya bagi tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak. - Gambar fail Astro AWANI
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.
Konflik Gaza: Netanyahu ikrar balas dendam lepas Hamas pulang mayat tebusan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Khamis berikrar kononnya untuk membalas dendam terhadap Hamas selepas kumpulan itu menyerahkan mayat empat tebusan Israel.
Polis bongkar makmal proses dadah, tahan lima individu
Polis membongkar makmal haram pemprosesan dadah selepas menyerbu sebuah rumah di Nilai, Isnin lalu dengan membabitkan keseluruhan rampasan dadah dan sitaan dianggar bernilai RM3.2 juta.
Dalam kenyataan pada Khamis, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata pasukan serbuan turut menahan dua lelaki tempatan serta dua lelaki dan seorang wanita warga asing, kesemuanya berusia antara 27 hingga 38 tahun.
Dalam kenyataan pada Khamis, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata pasukan serbuan turut menahan dua lelaki tempatan serta dua lelaki dan seorang wanita warga asing, kesemuanya berusia antara 27 hingga 38 tahun.
A.S - Mexico: Mexico ikrar lindungan kedaulatan, A.S label kartel pengganas
Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum, mengumumkan pada Khamis bahawa beliau akan mencadangkan pindaan perlembagaan bagi memperkukuh perlindungan terhadap kedaulatan negara.
Angka korban di Gaza melebihi 48,300, lebih banyak mayat ditemukan
Pasukan perubatan dan penyelamat Palestin menemukan 22 lagi mayat daripada runtuhan di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat serangan genosid Israel sejak Oktober 2023 meningkat kepada 48,319 orang.
Situasi di Gaza: Kehancuran Gaza dasyat, bantuan perlu ditingkat segera
Pengarah Jeneral Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM), Amy Pope bersama Penyelarasan Kemanusiaan bagi Wilayah Palestin yang Diduduki (OPT), Muhannad Hadi, telah melawat selatan Gaza, pada Khamis.

Penghantaran pertama rumah mudah alih ke Gaza bertolak dari Mesir
Trak yang membawa rumah mudah alih dan sebuah jentolak melintasi bahagian Mesir di Pintu Sempadan Rafah menuju ke terminal Kerem Shalom.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Prosiding rayuan Rosmah kes rasuah solar hibrid Jun depan
Pendengaran rayuan Rosmah terhadap sabitan, hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta bagi kes rasuah ditetapkan pada 22 dan 23 Jun 2023.

Rasuah projek solar: Pengurusan kes rayuan Rosmah pada 19 Dis
Rosmah memfailkan petisyen rayuan dengan kemuka 127 alasan, antaranya mendakwa keseluruhan keputusan Hakim Mohamed Zaini berat sebelah.

Tidak puas hati keputusan Mahkamah Tinggi, Rosmah kemuka rayuan
Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Rosmah mengesahkan perkara itu.

'Teruskan projek solar hibrid, tidak wajar hak masyarakat luar bandar Sarawak dinafikan'
Tidak wajar hak yang sewajarnya dinikmati masyarakat luar bandar Sarawak tergadai oleh kerana isu seperti ini.

Rosmah telah mendominasi Najib: Hakim
Hakim Mohamed Zaini Mazlan berkata, Rosmah mempunyai kawalan ke atas Najib.

Mahkamah tetap 30 Ogos putuskan permohonan baharu Rosmah untuk gugurkan Sri Ram
Jabatan Peguam Negara membantah permohonan semakan kehakiman itu atas alasan ia adalah penyalahgunaan proses mahkamah.