SIBU: Ketidaktelusan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dalam menguruskan dana yang disalurkan kerajaan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Daro dilihat menjadi punca perselisihan dalam kalangan penduduk rumah panjang di kawasan DUN tersebut.
Ahli Dewan Undangan Negeri Daro Safiee Ahmad berkata meskipun ia berlaku di satu atau dua rumah panjang dan tidak serius, ia harus dielak sebaik mungkin daripada berlaku dengan mengemukakan laporan tahunan program yang dilaksanakan oleh JKKK, termasuk dalam penyata kewangan mereka.
"Laporan itu bukan setakat mengenai bagaimana aktiviti dilaksanakan oleh JKKK tetapi termasuk bagaimana dana yang disalurkan itu dibelanjakan.
"Tujuannya adalah supaya kita dapat memastikan program atau aktiviti yang dilaksanakan oleh JKKK mengikut apa yang dirancang dan dapat menangkis sebarang tohmahan, persepsi atau tuduhan berkaitan penyalahgunaan dana oleh sesetengah pihak," katanya.
Beliau ditemui pemberita bagi mengulas isu perselisihan dalam kalangan penduduk di beberapa rumah panjang di kawasannya selepas merasmikan Kursus Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat (KMKK) dan JKKK Daerah Sibu (DUN Daro) di sini semalam.
Safiee berkata Kerajaan Sarawak telah menetapkan untuk sebuah rumah panjang itu boleh dikira sebagai rumah panjang yang rasmi, perlantikan ketua kaumnya dilantik secara rasmi dan dibayar elaun, dengan bilangan bilik (unit) keluarga yang ada tidak boleh kurang daripada 20 pintu.
Sekiranya berlaku perpecahan, katanya kerajaan negeri hanya akan mengiktiraf tuai rumah atau ketua rumah panjang yang sedia ada dan ini akan menyulitkan mereka yang berpisah daripada rumah panjang berkenaan untuk terus menikmati program pembangunan yang telah dirancangkan di kawasan itu.
Ditanya mengenai tahap kepatuhan menghantar laporan tahunan kalangan 78 JKKK rumah panjang di kawasan beliau, Safiee berkata ada sebahagiannya menghantar laporan itu setiap tahun dan ada pula yang menghantarnya lewat atau hanya melakukannya semasa memohon dana bantuan baharu.
"Saya menasihatkan tuai-tuai rumah panjang supaya melihat perkara (ketidakpatuhan) ini agar tidak berlaku kerana jika berlaku, ia tidak akan menguntungkan kita, apatah lagi sekarang ini kesatuan, perpaduan, keharmonian, toleransi dalam masyarakat adalah amat dituntut," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 08 2022
Safiee (dua, kiri) hadir bagi merasmikan Kursus Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat dan JKKK Daerah Sibu (DUN Daro) di Sibu, 7 Julai 2022. - Foto Facebook/DUN N.43 Daro
Zelensky sedia berunding dengan Putin
Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky menyatakan kesediaan untuk mengadakan rundingan secara langsung dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, tetapi di bawah syarat tertentu.
Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa
Asmar berkata terdapat juga beberapa individu berjumpa secara terus dengan Muhyiddin berhubung permohonan projek berkenaan sebelum berjumpa dengan beliau.
Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba
Kawasan yang terjejas termasuk Kidurong Avenue, Taman Bilangan, Sungai Plan dan Jambatan Sebatang.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin, nyatakan solidariti
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terhadap rakyat Palestin.
Tumpuan Khamis – 6 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled
Sewaan 28 buah helikopter untuk kegunaan pelbagai agensi keselamatan negara telah dilakukan secara teratur dan bersandarkan keperluan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Turkiye siasat serangan udara Israel yang bunuh tiga rakyatnya
Pendakwa raya Turkiye melancarkan siasatan terhadap serangan udara Israel yang mengorbankan tiga rakyat Turkiye yang cuba menyeberang dari Lubnan ke Israel.
Polis Johor lumpuh 25 sindiket edar dadah skala besar tahun lepas
Polis percaya berjaya melumpuhkan 25 sindiket pengedaran dadah berskala besar dengan penahanan 99 anggota sindiket itu dan menyita pelbagai aset bernilai RM17.23 juta, tahun lepas.
Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas
Polis berkata mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemukan di timbunan rumput di tepi tebing parit oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jarak 100 meter dari kawasan kemalangan.
Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2025 dibuka hingga 28 Feb - JPA
Permohonan secara dalam talian bagi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025 dibuka bermula 3 Feb hingga akhir bulan ini.
Tidak telus urus dana punca perselisihan penduduk rumah panjang - ADUN Daro
Meskipun ia berlaku di satu atau dua rumah panjang dan tidak serius, ia harus dielak sebaik mungkin.