KOTA BHARU: Pelantikan 636 Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) atau penghulu di Kelantan tidak akan menimbulkan sebarang konflik dengan penghulu lantikan kerajaan negeri.
Pengarah Pembangunan Negeri Kelantan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri ( ICU JPM) Jasri Kasim berkata pelantikan JPKKP mewakili kerajaan Persekutuan itu sebaliknya boleh menyelesaikan beberapa perkara termasuk melibatkan soal penyelarasan sumbangan atau bantuan kepada bakal penerima.
"Tak ada isu (berbangkit) kalau ada dua pihak (lantikan Persekutuan dan lantikan negeri) di satu-satu tempat.
"Malah, contohnya kalau kita ada sumbangan atau bantuan (untuk disalurkan) kita akan dapat nama daripada kedua-dua pihak jadi semua akan dapat, jadi tidak menimbulkan masalah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Keselamatan dan Solidariti Palestin Bersama Penjawat Awam di Wisma Persekutuan di sini hari ini.
Jasri berkata ICU JPM masih menunggu senarai nama calon JPKKP yang dicadangkan oleh masyarakat di peringkat akar umbi.
Menurutnya senarai itu dijangka diperoleh sebelum akhir bulan ini.
"ICU JPM akan meneliti senarai nama itu dan buat tapisan keselamatan bagi melihat sama ada calon benar-benar mewakili penduduk. Kita tidak mahu orang luar yang tidak tinggal di kampung tetapi dicalon untuk mewakili penduduk.
"Selepas semakan kita akan angkat syor pelantikan itu kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 05 2023

Pengarah Jabatan Pembangunan Negeri Kelantan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Jasri Kasim (lima kanan) bersama sebahagian daripada hampir 1,000 penjawat awam di Wisma Persekutuan, di Kota Bharu hari ini. - Foto Bernam

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Tidak timbul konflik antara JPKKP dengan penghulu negeri
Pelantikan 636 Pengerusi JPKKP atau penghulu di Kelantan tidak akan menimbulkan sebarang konflik dengan penghulu lantikan kerajaan negeri.