KUALA LUMPUR: Cadangan mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai tapak warisan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco), tidak wajar untuk dijadikan sebagai isu perkauman, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau berkata perkara itu yang masih berada di peringkat cadangan adalah tidak 'sihat' untuk dimainkan sebagai isu, kerana dilihat sebagai satu perkara yang tidak memberikan sebarang manfaat kepada keharmonian masyarakat dalam negara yang berbilang kaum.
"... kita tengok (cadangan pewartaan) tidaklah semua, tetapi kalau ada kampung yang sudah berusia ratusan tahun sudah pasti kita akan mewartakan, seperti mana kita wartakan Geopark Hulu Langat dan sebahagian daripada kawasan Gombak-Hulu Langat Geopark itu, termasuk juga kawasan kampung-kampung Melayu.
"... kalau kita tengok Geopark, termasuk di dalam jajarannya ialah Kampung Kuang, Kampung Kundang, termasuk di kawasan Selayang, Batu Caves dan beberapa kawasan lagi, termasuk juga Kampung Kemensah itu semua digazet di bawah Geopark kebangsaan dan langkah seterusnya ialah menjadi warisan UNESCO.
"... itu semua telah dilakukan lama sebelum ini, tetapi ia tidak dilihat sebagai satu benda yang bermanfaat, sebab dalam fikiran mereka apa isu yang boleh gunakan untuk kepentingan politik jangka pendek, yang tidak membawa manfaat kepada keharmonian dan kestabilan kaum dalam negara," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media bagi mengulas kenyataan Ahli Parlimen Perikatan Nasional Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal yang mempersoalkan cadangan berkenaan.
Sebelum ini media melaporkan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming sedang merangka rancangan untuk mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco, bagi mengiktiraf kepentingan budaya dan sejarah penempatan itu.
Sementara itu, mengulas mengenai titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah agar 50 peratus ahli Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) dianggotai golongan profesional Amirudin berkata pihaknya akan bekerja keras bagi memastikan perkara itu dapat dicapai.
"Kita akan kerja keras untuk memenuhi harapan dizahirkan oleh Tuanku, pada masa yang sama, kita juga menetapkan sekarang ini supaya sebahagian besar pada peringkat awal cuba mencapai 50 peratus perwakilan merupakan graduan diploma dan lebih tinggi," katanya.
Pada majlis hari ini beliau menyaksikan majlis menandatangai Memorandum Persefahaman (MoU) antara Celcom-Digi Bhd dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), selain turut melancarkan Pusat Konvensyen MPAJ dan Pelancaran Warden lalu lintas MPAJ.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 06 2024
![Tidak wajar jadikan cadangan Kampung Baru Cina tapak Unesco isu perkauman - MB Selangor Tidak wajar jadikan cadangan Kampung Baru Cina tapak Unesco isu perkauman - MB Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707135870_AmirudinShari.jpg)
Amirudin berkata perkara itu masih berada di peringkat cadangan dan adalah tidak 'sihat' untuk dimainkan sebagai isu. - Gambar fail
![Suami Norshamira pernah jumpa suspek, tak sangka ada niat buruk Suami Norshamira pernah jumpa suspek, tak sangka ada niat buruk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739603671_Norshamiramaut.jpg)
Suami Norshamira pernah jumpa suspek, tak sangka ada niat buruk
Suami mangsa, Mohammad Afiq Akhmal Nudin berkata, berita penahanan suspek itu agak melegakan keluarga dalam mencari keadilan buat mangsa.
![Peserta Program Jejak Harmoni lawat rumah ibadat agama lain belajar nilai positif - Ago Dagang Peserta Program Jejak Harmoni lawat rumah ibadat agama lain belajar nilai positif - Ago Dagang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739607995_TBJejakHarmoni.jpg)
Peserta Program Jejak Harmoni lawat rumah ibadat agama lain belajar nilai positif - Ago Dagang
Program Jejak Harmoni yang diadakan di ibu negara pada Sabtu menjadi platform menyemai nilai keharmonian apabila lebih 200 peserta pelbagai agama dibawa mengunjungi beberapa rumah ibadat.
![Ribut petir, hujan lebat landa sembilan negeri petang ini Ribut petir, hujan lebat landa sembilan negeri petang ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739609008_TBhujan.jpg)
Ribut petir, hujan lebat landa sembilan negeri petang ini
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri hingga 6 petang, hari ini.
![Sumbangan asas Rahmah bantu rancak ekonomi setempat - Amir Hamzah Sumbangan asas Rahmah bantu rancak ekonomi setempat - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739602867_AmirHamzah.jpg)
Sumbangan asas Rahmah bantu rancak ekonomi setempat - Amir Hamzah
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bukan hanya membantu penerima yang layak menangani kos sara hidup tetapi juga turut merancakkan ekonomi setempat.
OpenAI tolak bidaan USD97.4 bilion daripada konsortium diterajui Musk
Pengendali ChatGPT, OpenAI, menolak bidaan bernilai AS$97.4 bilion (RM431.8 bilion) daripada konsortium diterajui oleh bilionair Elon Musk, dengan alasan bahawa syarikat pemula itu bukan untuk dijual.
Joehari Ayub sah presiden baharu FAM
Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub secara rasmi diumum sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu.
Beliau menang tanpa bertanding selepas menjadi calon tunggal untuk jawatan itu pada kongres pemilihan FAM penggal 2025-2029 yang berlangsung pada Sabtu.
Beliau menang tanpa bertanding selepas menjadi calon tunggal untuk jawatan itu pada kongres pemilihan FAM penggal 2025-2029 yang berlangsung pada Sabtu.
Ada banyak jawatankuasa boleh bincang isu hal ehwal bukan Islam
Tiada keperluan untuk mewujudkan portfolio menteri yang menjaga hal ehwal agama bukan Islam.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, jika timbul sebarang isu sensitif, ia boleh dibawa ke Bahagian Keharmonian Antara Penganut Agama.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, jika timbul sebarang isu sensitif, ia boleh dibawa ke Bahagian Keharmonian Antara Penganut Agama.
Kerajaan MADANI tidak pinggir mana-mana kaum
Kerajaan MADANI tidak akan meminggirkan mana-mana kaum dalam soal kesejahteraan hidup, terutamanya golongan miskin dan kurang berkemampuan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun wujud dakwaan beliau hanya mementingkan kaum tertentu, khususnya Melayu, beliau memberi jaminan bahawa kerajaan bersifat adil kepada semua.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun wujud dakwaan beliau hanya mementingkan kaum tertentu, khususnya Melayu, beliau memberi jaminan bahawa kerajaan bersifat adil kepada semua.
![Polis, Maritim Malaysia siasat pematuhan SOP insiden tembakan warga Indonesia - Saifuddin Polis, Maritim Malaysia siasat pematuhan SOP insiden tembakan warga Indonesia - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739606304_SaifuddinNasutionI.jpg)
Polis, Maritim Malaysia siasat pematuhan SOP insiden tembakan warga Indonesia - Saifuddin
Maritim Malaysia sedang menjalankan siasatan dalaman dari pelbagai sudut termasuk aspek SOP berhubung insiden di perairan Tanjung Rhu, Selangor.
Kes tembak Tg Rhu: Siasatan libat SOP penggunaan senjata api
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjalankan siasatan secara terperinci termasuk aspek prosedur operasi standard (SOP) penggunaan senjata api berhubung insiden tembakan membabitkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dengan warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, dekat Banting, Selangor pada 24 Januari lalu.
![Perak nafi lulus RM30 juta untuk pembangunan Kampung Baru Cina - Saarani Perak nafi lulus RM30 juta untuk pembangunan Kampung Baru Cina - Saarani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71726053068_TBSaaraniMohamad.jpg)
Perak nafi lulus RM30 juta untuk pembangunan Kampung Baru Cina - Saarani
Kerajaan negeri Perak menafikan dakwaan meluluskan peruntukan RM30 juta bagi tujuan pembangunan Kampung Baru Cina di negeri ini.
![Kampung Baru Cina: Cerita sudah tutup, Kor Ming enggan panjangkan isu Kampung Baru Cina: Cerita sudah tutup, Kor Ming enggan panjangkan isu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707839251_NgaKorMing.jpg)
Kampung Baru Cina: Cerita sudah tutup, Kor Ming enggan panjangkan isu
Kor Ming berkata, perkara itu dikhuatiri akan menimbulkan lebih banyak polemik dan salah tafsir oleh pelbagai pihak.
![Kampung Baru Cina: Kor Ming ajak UMNO bincang Kampung Baru Cina: Kor Ming ajak UMNO bincang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707632143_NgaKorMing.jpg)
Kampung Baru Cina: Kor Ming ajak UMNO bincang
Menurut beliau, pertemuan itu bagi menjelaskan fakta sebenar berhubung cadangannya itu.
!['DAP jangan guris hati orang Melayu' - Ahmad Maslan 'DAP jangan guris hati orang Melayu' - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707552275_DatukSeriAhmadMas.jpg)
'DAP jangan guris hati orang Melayu' - Ahmad Maslan
Pimpinan utama parti dalam Kerajaan Perpaduan diminta lebih berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan kerana dikhuatiri boleh menyinggung perasaan orang Melayu dan Bumiputera.
![Juara Piala Asia: Jika diberi pilihan, anda pilih Qatar atau Jordan? Juara Piala Asia: Jika diberi pilihan, anda pilih Qatar atau Jordan?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707539687_bolasepak.jpg)
Juara Piala Asia: Jika diberi pilihan, anda pilih Qatar atau Jordan?
Sekiranya diberikan pilihan, pasukan manakah pilihan anda untuk menjulang Piala Asia 2023, Jordan atau Qatar?
![Tiada keperluan wujudkan Kampung Baru Cina sebagai tapak UNESCO - Mohamad Hasan Tiada keperluan wujudkan Kampung Baru Cina sebagai tapak UNESCO - Mohamad Hasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71633692575_tokmat.jpg)
Tiada keperluan wujudkan Kampung Baru Cina sebagai tapak UNESCO - Mohamad Hasan
Perkara itu bukan mudah untuk dilaksanakan dan ia perlu dibawa ke Jemaah Kabinet.
![Kampung Baru Cina: UMNO tolak cadangan Nga Kor Ming Kampung Baru Cina: UMNO tolak cadangan Nga Kor Ming](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691913458_TBAsyrafWajdi.jpg)
Kampung Baru Cina: UMNO tolak cadangan Nga Kor Ming
Tegas Asyraf Wajdi, ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf hanya bumiputera sebagai penduduk asal dengan hak keistimewaan tertentu.
![Calon Kampung Baru Cina tapak Unesco bukan 'zero-sum game' - Kor Ming Calon Kampung Baru Cina tapak Unesco bukan 'zero-sum game' - Kor Ming](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702040621_TBNGAKORMING.jpg)
Calon Kampung Baru Cina tapak Unesco bukan 'zero-sum game' - Kor Ming
Nga Kor Ming berkata, ia bukanlah bermaksud pihaknya mengamalkan 'zero-sum game' atau memberi semua kelebihan kepada satu pihak sahaja.
![Tidak wajar jadikan cadangan Kampung Baru Cina tapak Unesco isu perkauman - MB Selangor Tidak wajar jadikan cadangan Kampung Baru Cina tapak Unesco isu perkauman - MB Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707135870_AmirudinShari.jpg)
Tidak wajar jadikan cadangan Kampung Baru Cina tapak Unesco isu perkauman - MB Selangor
Cadangan mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai tapak warisan Unesco tidak wajar untuk dijadikan sebagai isu perkauman.
![13 rumah di Kampung Baru Cina Benta musnah dalam kebakaran 13 rumah di Kampung Baru Cina Benta musnah dalam kebakaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/81572401982_TBRUMAH.jpg)
13 rumah di Kampung Baru Cina Benta musnah dalam kebakaran
Kebakaran dipercayai berlaku sekitar 1.05 pagi dan bomba berjaya mengawal api kira-kira sejam 30 minit kemudian.