SEMARANG : Tangisan tanpa henti bayi berusia sebulan membongkar kematian seorang ibu muda di Jawa Tengah, Indonesia.
Lebih menyayat hati, wanita tersebut dipercayai sudah meninggal dunia selama dua hari di sebuah rumah sewa di Desa Kutoharjo di daerah Pati.
Semasa ditemui, bayi tersebut dalam dakapan ibunya, manakala dua lagi anak yang berusia dua dan empat tahun memeluk tubuh kaku wanita itu dalam keadaan lesu serta tidak bermaya akibat kelaparan.
Mangsa dikenali sebagai Budiati, 31, dan pemeriksaan pada tubuhnya terdapat banyak kesan lebam dipercayai dipukul dengan objek tumpul.
“Kita percaya mangsa yang masih berpantang dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.
“Anak-anaknya hanya makan seadanya, bayi pula dalam keadaan dehidrasi yang kronik,” kata Ketua Siasatan Jenayah Polis Pati, Onkoseno G Sukahar.
Tambah Onkoseno, polis menahan suami mangsa, Mahsuri yang berusia 45 tahun dan lelaki itu mengaku menzalimi isterinya kerana cemburu.
“Siasatan mendapati mangsa enggan menyerahkan telefon bimbitnya kepada suspek menyebabkan lelaki itu naik berang dan mengesyaki isterinya curang.
“Berlaku pertengkaran mulut sebelum suspek bertindak luar batasan dengan membelasah mangsa,” ujar Onkoseno.
Tambah Onkoseno, suspek ditahan dan didakwa mengikut Seksyen 351 Kanun Keseksaan Jenayah Indonesia.
“Suspek berdepan hukuman sehingga 15 tahun penjara jika sabit kesalahan,” katanya. - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Mon Jun 19 2023
![Tiga anak kecil peluk jasad ibu mati dibunuh Tiga anak kecil peluk jasad ibu mati dibunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687134990_AnakKecil.jpg)
Suspek pada mulanya terkejut dengan kematian isterinya namun akhirnya mengaku kerap memukul mangsa yang masih dalam berpantang. - Foto agensi
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
![BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030 BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732100394_BankNegaraMalaysia.jpg)
BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030
BNM melalui Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) menerbitkan kertas perbincangan yang menggariskan cadangan dasar bagi Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan (NSFL) kedua (2026 - 2030).
PTPK sasar RM 450 juta kutipan pinjaman balik
Kementerian Sumber Manusia memperuntukan dana pinjaman rm 500 juta buat perbadanan tabung pembangunan kemahiran (ptpk) dijangka manfaatkan seramai 20,000 peminjam
MyGAS 2025 fokus atasi cabaran pembiayaan gas asli
Simposium Gas Malaysia (MyGAS 2025) edisi keempat membuka pentas perbincangan mengenai cabaran pembiayaan industri gas sambil memastikan usaha peralihan tenaga bersih mampu dicapai.
Ancaman gajah: Penduduk hidup dalam kebimbangan
Penduduk beberapa kampung di Hulu Terengganu hidup dalam kebimbangan susulan serangan gajah yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
![Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701417872_MONEYCHANGE.jpg)
Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual
Pada 6 petang, ringgit naik 145 mata peratusan kepada 4.4535/4600 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4725 ketika ditutup pada Rabu.
Muhyiddin saran kerajaan wujudkan kertas putih industri padi, beras
Kerajaan disaran mewujudkan kertas putih industri padi dan beras negara bagi memastikan bekalan putih tempatan mencukupi di pasaran.
![Bayi lelaki berusia seminggu ditemukan di kedai jual ayam Bayi lelaki berusia seminggu ditemukan di kedai jual ayam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716020097_bayi.jpg)
Bayi lelaki berusia seminggu ditemukan di kedai jual ayam
Seorang bayi lelaki berusia kira-kira seminggu ditemukan di sebuah kedai menjual ayam proses di Jabur Kubur, Jalan Air Putih, dekat sini awal pagi tadi.
![Tiga anak kecil peluk jasad ibu mati dibunuh Tiga anak kecil peluk jasad ibu mati dibunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687134990_AnakKecil.jpg)
Tiga anak kecil peluk jasad ibu mati dibunuh
Pemeriksaan pada tubuhnya terdapat banyak kesan lebam dipercayai dipukul dengan objek tumpul.
![Bayi lelaki baru lahir ditemui dalam kotak di Kuala Kangsar Bayi lelaki baru lahir ditemui dalam kotak di Kuala Kangsar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71603443543_GenericBaby.jpg)
Bayi lelaki baru lahir ditemui dalam kotak di Kuala Kangsar
Seorang bayi lelaki yang masih bernyawa dan bertali pusat ditemukan dalam sebuah kotak di hadapan sebuah gerai makanan berhadapan Maybank Kuala Kangsar di sini, pagi ini.
!['Bingit' dengar tangisan, bapa hentak bayi sendiri ke lantai hingga koma 'Bingit' dengar tangisan, bapa hentak bayi sendiri ke lantai hingga koma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/41520648887_campakbayi.jpg)
'Bingit' dengar tangisan, bapa hentak bayi sendiri ke lantai hingga koma
Kerana bingit mendengar tangisan bayinya, seorang bapa tergamak bertindak menghentak bayinya ke lantai sehingga bayi itu koma, dan mengalami pendarahan otak.