Tiga anggota polis cawangan Risikan Jenayah (D4) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan berhubung kes penjualan semula kenderaan klon.
SPRM dalam kenyataannya berkata ketiga-tiga mereka masing-masing berumur 36, 54 dan 27, bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontingen (IPK) Negeri Sembilan ditahan pada pukul 2.30 petang tadi di sebuah restoran dekat sini.
"Mereka ditahan bersama barang kes RM1,500. Kes melibatkan penjualan kereta yang dirampas tanpa membuat laporan polis dan ia dijual semula kepada seorang lelaki Cina," kata kenyataan itu.
Menurut SPRM, ada kenderaan klon yang telah pun dijual manakala suspek telah dibawa untuk membolehkan pihaknya merampas kereta klon yang masih dalam simpanan.
Ketiga-tiga suspek itu kini ditahan bagi membantu siasatan dan dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban di sini esok untuk tujuan reman.
Ketua Polis Negeri Datuk Jaafar Mohd Yusof ketika dihubungi Bernama bagaimana pun tidak dapat mengesahkan tangkapan itu.
Bernama
Tue Feb 16 2016

Ketiga-tiga suspek itu kini ditahan bagi membantu siasatan dan dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban di sini esok untuk tujuan reman. -Gambar hiasan

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.

Peras ugut: Reman dua anggota polis BSI disambung hingga esok
Tempoh reman dua anggota polis dipercayai melakukan pemerasan terhadap seorang lelaki di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) disambung sehari lagi.

Anggota polis didakwa minta, terima rasuah direman empat hari
Tiga anggota polis direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM7,800.

Tiga polis direman tujuh hari bantu siasatan dakwaan terima rasuah
Tiga anggota polis direman bagi membantu siasatan SPRM berhubung dakwaan menerima rasuah daripada seorang individu.

Pegawai, anggota polis Labuan direman lima hari kes rasuah
Seorang pegawai dan anggota polis ditahan reman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah.

Kes bunuh di Tawau: Reman lapan anggota polis dilanjut seminggu
Tempoh reman lapan anggota polis termasuk empat pegawai kanan bagi membantu siasatan kes bunuh pemandu e-hailing di sebuah ladang sawit di sini pada 13 Jan lepas, dilanjutkan tujuh hari lagi bermula h

Tiga anggota polis ditahan SPRM Negeri Sembilan
Ketiga-tiga suspek itu kini ditahan bagi membantu siasatan dan dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban di sini esok untuk tujuan reman.