PADANG BESAR: Cuti penggal persekolahan ketika ini dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh tiga beradik yang menetap di Kampung Ayer Timbul, Chuping di sini bagi membantu keluarga mereka di samping mencari wang saku sendiri.
Sejak bapa mereka, Mohd Asrul Rusman, 44, menjalani pembedahan tulang belakang pada 2019, anak ketiga hingga kelima daripada enam adik beradik ini sentiasa ringan tulang membantu ibunya, Rohaida Md Jusoh, 45, untuk mengambil upah mengutip sayur dan melakukan kerja-kerja penternakan.
Rohaida berkata anaknya, Mohd Ilham Mohd Asrul, 13, Mohd Idham Anuar Mohd Asrul, 11, dan Mohd Azham Mohd Asrul, 8, akan membantunya pada setiap kali cuti persekolahan untuk mencari wang saku sendiri di samping meringankan bebanannya untuk bekerja bagi mencari rezeki.
"Setelah suami saya menjalani pembedahan, dia tidak lagi dapat bekerja kerana masalah tulang belakang dan sejak itu, saya mengambil upah mengutip sayur dengan upah sekitar RM30 sehari.
"Selain itu, saya juga melakukan kerja-kerja penternakan memandangkan kami juga ada memelihara kambing di belakang rumah," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Menurut Rohaida beliau juga hanya membenarkan anak-anaknya untuk membantu ketika cuti persekolahan bagi menggelakkan proses pembelajaran mereka terganggu.
Ibu kepada enam cahaya mata ini berkata duit upah yang diperoleh anak-anaknya itu juga disimpan sendiri oleh mereka dan turut digunakan sebagai perbelanjaan wang saku ke sekolah.
"Dengan bayaran upah itulah mereka simpan dan gunakan untuk perbelanjaan sekolah dan saya sentiasa ingatkan anak-anak bahawa bukan mudah untuk mendapatkan wang sekiranya tidak berusaha.
"Alhamdulillah mereka memahami dan tidak pernah merungut untuk membantu saya mencari pendapatan pada setiap kali cuti persekolahan," katanya.
Tambah Rohaida anaknya juga terlibat di dalam Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) berikutan masalah pembelajaran manakala suaminya turut menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Kegigihan tiga beradik itu mendapat perhatian Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis yang turun padang bagi meninjau dengan lebih dekat keadaan keluarga berkenaan.
Pengarah Pendidikan Perlis Naharudeen Othman berkata, pihaknya menyambut baik usaha yang dilakukan tiga beradik itu yang berusaha membantu ibu mereka menambah pendapatan di samping memanfaat cuti persekolahan dengan sebaiknya.
"Kita juga harap dengan apa yang dilakukan anak-anak ini dapat memberikan kemahiran kepada mereka contohnya dalam bidang pertanian yang boleh digunakan pada masa hadapan," katanya yang turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada keluarga berkenaan untuk digunakan menjelang sesi pembukaan persekolahan kelak.
Naharudeen berkata pihaknya juga akan menjalinkan kerjasama dengan beberapa agensi lain bagi melihat bentuk bantuan yang dapat disalurkan kepada keluarga berkenaan khususnya dalam bidang pertanian.
"Kita mungkin boleh mohon bantuan seperti tanaman sayur di dalam polibeg memandangkan kawasan perkarangan rumah keluarga ini juga luas dan dapat dimanfaatkan untuk pertanian.
"Melalui usaha begini, anak-anak ini juga akan mendapat latihan secara praktikal untuk menjaga tanaman sendiri dan terdedah dengan kemahiran kalis masa hadapan seperti pertanian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 14 2022
Mohd Ilham Mohd Asrul, 13, menggunakan kesempatan cuti sekolah dengan mengambil upah menjaga kambing ternakan di belakang rumahnya yang terletak di Kampung Ayer Timbul, Chuping. - Bernama
[TERKINI] Ada unsur provokasi sebelum tembakan dilepaskan - Polis
Polis Selangor mengesahkan terdapat provokasi dilakukan sekumpulan pendatang asing tanpa izin warga Indonesia hingga menyebabkan seorang maut manakala empat lagi cedera selepas ditembak pasukan penguatkuasaan negara di perairan Tanjung Rhu, Banting.
[TERKINI] Dua lelaki Indonesia bantu hantar mangsa tembakan dikesan
Polis Selangor memburu dua lelaki warga Indonesia yang dipercayai menghantar tiga daripada empat pendatang asing tanpa izin (PATI) ke hospital di Serdang selepas cedera dalam tembakan di perairan Tanjung Rhu, Banting pada 24 Januari lalu.
Protes di kedutaan Malaysia susulan pekerja Indonesia ditembak mati
Bantahan di hadapan kedutaan malaysia di indonesia itu berlaku sehari selepas pihak berkuasa Indonesia di wilayah Riau menerima mayat seorang pekerja asing berusia 50 tahun yang maut ditembak oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kerana didakwa menceroboh.
Metro Riyadh beri penyelesaian isu kesesakan trafik
Sistem Metro baharu Riyadh menyediakan alternatif yang lebih pantas dan berpatutan selain memandu melalui jalan raya yang sesak di bandar itu.
Metro Riyadh terdiri daripada enam laluan sepanjang 176 kilometer, menghubungkan semua bandar dan mengurangkan masa perjalanan.
Metro Riyadh terdiri daripada enam laluan sepanjang 176 kilometer, menghubungkan semua bandar dan mengurangkan masa perjalanan.
Operasi mencari pemandu jatuh ke dalam lubang tanah jerlus diteruskan
Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshimasa Hayashi berkata, langkah keselamatan yang ketat turut diambil kira bagi memastikan keselamatan semua pihak terjamin semasa operasi dijalankan.
Bintang Smallville ditahan memandu dalam keadaan mabuk
Tom Welling ditahan polis hujung minggu lalu kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol.
Hamas bebaskan askar wanita Israel
Agam Berger diserahkan kepada wakil Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah di kawasan Al-Razan di Kem Pelarian Jabalia di utara Gaza.
[TERKINI] Lebih 60 penumpang dikhuatiri maut nahas Black Hawk-American Airlines
Menurut Ketua Bomba Washington, John Donnelly menerusi sebuah sidang media pada Khamis, setakat ini, setakat ini hanya 28 mayat berjaya ditemui
Mangsa di Sarawak Sabah meningkat
Situasi banjir di Sabah dan Sarawak semakin buruk dengan keseluruhan mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu meningkat kepada 11,886 orang setakat Khamis malam.
Nurin Hannani ditemukan selamat
Pelajar wanita Malaysia di Hiroshima, Jepun yang dilaporkan hilang telah ditemukan selamat dan dibawa ke Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo.
Tiga beradik dituduh rompak guna kapak
Tiga beradik didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan merompak empat mangsa dengan bersenjatakan kapak di beberapa kedai telefon di sekitar Kota Bharu.
Tiga beradik tiada kad pengenalan diri dibantu
Dokumen berkaitan telah diserahkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan akan diproses dalam masa terdekat.
Tiga beradik perempuan lemas di Pantai Cahaya
Tiga beradik ditemukan lemas selepas mandi bersama keluarga di Pantai Cahaya pada petang Ahad.
Rantai kaki anak: JKM nilai laporan 3 beradik didera - Nancy
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menilai laporan siasatan polis serta hospital berhubung kes tiga beradik lelaki yang dipercayai didera di Kangar, Perlis.
Tiga beradik dirantai kaki, dua termasuk ibu mangsa ditahan
Ibu kepada ketiga-tiga mangsa berusia 46 tahun ditahan bersama seorang lelaki berusia 31 tahun bagi membantu siasatan.
Tiga beradik jadi transporter dadah, tonto ditahan bersama 150 kg syabu
Tiga beradik lelaki berusia 24 hingga 45 tahun itu ditahan pada 7.50 pagi ketika menaiki sebuah lori dan sebuah kereta.
Tiga beradik manfaat cuti persekolahan bantu keluarga
Sejak bapa mereka menjalani pembedahan tulang belakang pada 2019, anak ketiga hingga kelima daripada enam beradik ini ringan tulang membantu ibu.
Mayat terakhir tragedi bot karam di perairan Batu Payung ditemui
Mayat terakhir melibatkan mangsa tragedi perahu karam di perairan Batu Payung, Rahena Muhaimin, 20, ditemukan di selatan perairan Membalua di sini, jam 8.37 pagi tadi.
Tiga beradik reka cerita palsu untuk dapatkan wang tebusan dari bapa
Polis menahan tiga beradik perempuan yang mereka-reka cerita kononnya dikurung, dan kemudiannya meminta wang tebusan daripada bapa mereka sendiri di Pagoh, dekat sini dan Iskandar Puteri, semalam.
Vaksinasi remaja: 3 beradik teruja divaksinasi bersama-sama
Meskipun tarikh dan masa mereka sama dengan orang dewasa namun semua proses, dari pendaftaran sehinggalah pemantauan selepas divaksin, segalanya berjalan lancar.