Lima individu berdepan detik cemas apabila terperangkap selepas lif yang dinaiki di sebuah flat di Taman Batu Permai, Jinjang, di sini, mengalami kerosakan pada petang Jumaat.
Dalam kejadian pada 2 petang itu, terdapat tiga lelaki dewasa dan dua kanak-kanak menaiki lif berkenaan dari tingkat lima apabila tiba-tiba ia menggelungsur secara perlahan.
Ketua Polis Daerah Sentul, ACP S. Shanmugamoorthy Chinniah berkata pengadu dimaklumkan oleh orang awam bahawa terdapat tiga mangsa lelaki dan dua kanak-kanak terperangkap dalam lif itu.
"Namun dengan bantuan penduduk, lif terlibat dapat dibuka dan kesemua mangsa dibawa keluar dengan selamat.
"Bagaimanapun tiga mangsa telah mengalami bengkak kaki dan terseliuh serta dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan manakala dua kanak-kanak berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya kepada Bernama.
Shanmugamoorthy berkata pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan turut tampil untuk siasatan sebelum syarikat penyelenggaraan lif terbabit mencari punca kejadian dan membaikinya.
"Kejadian seumpama seperti ini adalah pertama kali berlaku dan sebelum ini lif berkenaan diselenggara dengan baik serta mengikut jadual," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 18 2020

Shanmugamoorthy berkata pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan turut tampil untuk siasatan sebelum syarikat penyelenggaraan lif terbabit mencari punca kejadian dan membaikinya. - Gambar fail

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

Tiga cedera lif rosak di Jinjang
Terdapat tiga lelaki dewasa dan dua kanak-kanak menaiki lif berkenaan dari tingkat lima apabila tiba-tiba ia menggelungsur secara perlahan.