BALIK PULAU: Polis menahan dua wanita dan seorang lelaki kerana disyaki menjadi 'keldai akaun' oleh sindiket penipuan dalam tawaran kerja sambilan dan urusan pelaburan melalui dalam talian yang tidak wujud sehingga menyebabkan mangsa kerugian.
Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya semua mereka berusia 26 hingga 48 tahun itu ditahan secara berasingan di Kedah dan Pulau Pinang, dua hari lepas.
"Berdasarkan siasatan, tiga individu yang ditahan itu dipercayai menjadi keldai akaun sindiket penipuan dan jumlah kerugian yang dialami oleh mangsa ialah daripada RM13,220 sehingga RM61,946 melibatkan kes yang dilaporkan pada tahun ini," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan tiga suspek itu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan kes tersebut disiasat Seksyen 420 Kanun keseksaan.
"Pihak polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan muslihat sindiket penipuan jual beli, pinjaman tidak wujud, pelaburan tidak wujud, tawaran pekerjaan luar negara atau sambilan, macau scam dan parcel scam yang kesemuanya dilalukan menerusi media sosial," menurut kenyataan itu.
Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Pulau Pinang menafikan video tular memaparkan sekumpulan lelaki yang menunggang kuda sambil membawa bendera parti politik dan tulisan kaligrafi berunsurkan 'kalimah syahadah' adalah berkaitan dengan gerakan ekstremis atau pengganas.
Katanya polis mengesan video berdurasi 20 saat yang dimuat naik di beberapa platform media sosial berhubung kejadian berkenaan sebelum menjalankan siasatan selanjutnya mendapati ia berlaku di Kubang Semang, Bukit Mertajam dekat sini yang video berkenaan dipercayai dirakam pada Sabtu lepas (19 Nov).
"Siasatan kami juga mendapati bendera yang dipegang adalah bendera parti politik dan bendera kalimah syahadah yang tiada kaitan dengan gerakan ekstremis atau pengganas, sehubungan itu polis meminta orang ramai menghentikan serta-merta spekulasi yang tidak memberi manfaat malah akan menimbulkan kegusaran kepada masyarakat," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook (FB) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang, hari ini.
Katanya kesalahan itu boleh disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu kesalahan kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian telekomunikasi.
Terdahulu, tular klip video berkenaan dalam aplikasi TikTok dan Twitter yang mendakwa sekumpulan lelaki menunggang kuda bersiap sedia untuk berjihad dengan membawa bendera parti politik dan bendera berwarna putih dipercayai kononnya mempunyai unsur Taliban.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 24 2022

Tiga suspek itu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan kes tersebut disiasat Seksyen 420 Kanun keseksaan. - Gambar hiasan

Penutupan separa kecemasan, Tuaran dan Kota Kinabalu alami gangguan air Selasa ini
Sebahagian pengguna di Kota Kinabalu dan Tuaran dinasihatkan bersiap sedia menghadapi kemungkinan gangguan bekalan air berikutan penutupan separa kecemasan akan dilakukan Selasa ini (25 Feb).

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Akauntan warga emas rugi RM460,888 terpedaya pelaburan bitcoin
Seorang warga emas berputih mata apabila kerugian RM460,888 selepas terpedaya pelaburan bitcoin yang menjanjikan pulangan lumayan.

Penghantar barang mengaku tidak bersalah jadi keldai akaun
Muhammad Harizi Abu Bakar, 28, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Chia Huey Ting pada Khamis.

Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.

Polis tahan dua lelaki disyaki keldai akaun, libat kerugian RM54,000
Polis menahan dua lelaki dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan sehingga menyebabkan kerugian berjumlah RM54,000.

Lima keldai akaun termasuk tiga wanita ditahan
Polis menahan tiga wanita dan dua lelaki kerana disyaki menjadi keldai akaun kepada beberapa sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM180,962 dalam kejadian berasingan semalam.

Enam keldai akaun ditahan sebabkan kerugian lebih RM300,000
Tiga lelaki dan tiga wanita ditahan oleh polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah (BSJKD) Barat Daya di sekitar Pulau Pinang.

Tipu pelaburan Bitcoin: Lelaki disyaki keldai akaun ditahan sebabkan kerugian RM129,970
Seorang lelaki yang dipercayai terlibat sebagai keldai akaun dalam sindiket penipuan pelaburan Bitcoin secara dalam talian ditahan polis semalam.

Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian.

Empat keldai akaun ditahan sebabkan kerugian lebih RM160,000
Seorang warga emas antara empat individu ditahan dipercayai keldai akaun kepada beberapa sindiket penipuan hingga menyebabkan kerugian RM161,856.76 dalam kejadian berasingan, baru-baru ini.

Polis tahan keldai akaun, mangsa rugi lebih RM50,000
Seorang lelaki berusia 30 tahun ditahan pada Rabu oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Barat Daya.