Polis menumpaskan kegiatan pecah rumah dengan meninggalkan najis apabila menahan tiga individu termasuk seorang wanita warga Indonesia yang terlibat dengan beberapa kejadian jenayah itu di Bandar Tasik Puteri Kundang, Rawang.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Samsor Maarof berkata kesemua suspek berusia 34 hingga 37 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di Rawang dan Selayang dekat sini kira-kira 1 pagi Khamis.
"Modus operandi kumpulan ini adalah menggunakan pemutar skru mengumpil tingkap rumah atau tingkap tandas sebelum masuk ke dalam rumah mangsa.
"Setelah mengambil barang-barang berharga, suspek akan membuang air besar di tempat kejadian bagi tujuan menakut-nakutkan mangsa seolah-olah disihir," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Kumpulan yang diketuai seorang lelaki dikenali sebagai 'Cicak' itu akan menjual barang-barang hasil pecah rumah kepada kenalan mereka dengan harga sekitar RM50 hingga RM100, katanya.
Samsor berkata suspek menyewa teksi untuk bergerak mencari sasaran rumah-rumah untuk melakukan jenayah tersebut dengan tujuan mengaburi polis daripada mengesan kegiatan mereka.
BACA: Hasrat 'cinta' ditolak: Lelaki dipenjara seminggu sebab lumur najis sendiri ke muka wanita
Beliau berkata kumpulan berkenaan mula aktif sejak awal tahun ini, dengan kegiatan berkenaan akan dilakukan pada tengah malam sehingga awal pagi di kawasan sekitar Bandar Tasik Puteri Kundang.
"Dengan tangkapan berkenaan, polis berjaya menyelesaikan tiga kes pecah rumah di kawasan itu. Ketiga-tiga suspek tidak bekerja dan mereka direman sehingga 16 Jan ini bagi membantu siasatan," katanya.
Beliau berkata seorang suspek lelaki mempunyai 12 rekod kesalahan lampau bersabit kes dadah, kes jenayah dan dikehendaki polis.
Salah seorang lelaki tersebut juga didapati positif dadah jenis syabu, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 10 2019
Dengan tangkapan berkenaan, polis berjaya menyelesaikan tiga kes pecah rumah di kawasan itu. - Gambar hiasan
Lebih 19,000 pencarum dapat manfaat kemudahan dialisis Perkeso - Sim
Peruntukan lebih RM400 juta disediakan bagi rawatan dialisis di pusat dialisis yang disediakan Perkeso sepanjang tahun lepas.
Rancangan peluasan Israel jejas kestabilan Asia Barat, kata Pakistan
Pakistan menggesa pelaksanaan "gencatan senjata segera dan penuh."
SEZ Johor-Singapura, eratkan lagi integrasi dalam ASEAN - PM Anwar
JS-SEZ adalah inisiatif unik apabila kedua-dua negara bekerjasama membantu mempromosikan kedua-dua negara dan menarik pelaburan.
Pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka kekal 4.5 peratus pada 2025 - OCBC
Walaupun wujud turun naik bulanan, pertumbuhan eksport kekal berdaya tahan, disokong oleh tahap terendah dalam kitaran menurun eksport elektronik global.
Gencatan senjata: Malaysia bincang dengan Jepun, segerakan pembangunan semula Gaza
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata akan menghubungi rakan sejawatannya Shigeru Ishiba hari ini untuk membincangkan perkembangan mutakhir itu.
#AWANIRingkas 16 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 16 Januari 2025
1️⃣ Tiga pekerja restoran pengsan
2️⃣ Empat individu dituduh edar, miliki dadah lebih 100kg dadah
3️⃣ MINDEF akan pastikan tiada ketegangan elak konflik serantau
#awaniringkas
1️⃣ Tiga pekerja restoran pengsan
2️⃣ Empat individu dituduh edar, miliki dadah lebih 100kg dadah
3️⃣ MINDEF akan pastikan tiada ketegangan elak konflik serantau
#awaniringkas
AWANI Sabah+ | Setiap Khamis & Jumaat 8:25 Malam
Merentasi Laut China Selatan, hingga ke puncak Kinabalu. Kami bawakan lapopran ringkas, padat dan komprehensif. 5 minit AWANI Sabah+, setiap Khamis dan Jumaat 8:25 malam hanya di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Tiga pekerja restoran pengsan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[INFOGRAFIK] Fasa Gencatan Senjata
Berikut adalah info berkenaan dengan fasa perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza.
Pengarah syarikat direman, disyaki minta, terima rasuah RM1 juta
SPRM menahan reman seorang pengarah syarikat disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1 juta sebagai balasan memberikan kerja sebagai subkontraktor berhubung tender perkhidmatan membekal makanan dan minuman kepada pekerja.
Tiga individu terlibat kes pecah rumah dengan tinggalkan najis ditahan
Kesemua suspek berusia 34 hingga 37 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota polis di Rawang dan Selayang dekat sini kira-kira 1 pagi Khamis.