KUALA LUMPUR: Tiga institusi pengajian tinggi (IPT) mengadakan jalinan kerjasama strategik bersama Istana Budaya menerusi program Jangkauan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM): Sounds Of Malaysia (SOM).
Tiga IPT itu adalah Management and Science University (MSU), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Ketua Pengarah Istana Budaya Zubaidah Mukhtar berkata program Jangkauan OTM: SOM adalah permulaan kepada kempen Gerak yang bertujuan memaparkan keunikan OTM kepada warga kampus sekali gus memberi pendedahan muzik tradisional kepada generasi muda.
"OTM ditubuhkan pada 2010 berperanan menghasilkan identiti kesenian muzik Malaysia yang berbilang kaum untuk bersama-sama menyemarakkan budaya tempatan melalui gabungan pelbagai jenis muzik daripada kaum dan etnik.
"Buat julung kalinya, penglibatan bersama universiti di tanah air ini merupakan inisiatif yang patut diberi galakan bagi menyampaikan ilmu, kemahiran dan pengalaman ahli-ahli OTM dengan mengadakan bengkel muzik tradisional kepada pelajar," katanya dalam sidang media program tersebut, di sini hari ini.
Zubaidah berkata program itu dilihat sebagai didik hibur yang memberi fokus kepada pengajian muzik dan bukan untuk hiburan semata-mata sekali gus membantu menyemarakkan lagi program kampus yang memberi tumpuan dalam seni pendidikan muzik.
"Selain itu, UPSI selaku universiti pendidikan nombor satu negara, menyambut baik kolaborasi ini dengan mengadakan beberapa siri bengkel dan forum seni berkaitan muzik pelbagai budaya di Malaysia pada 24 Jun manakala USIM bakal menganjurkan konsert Alhan Madaniyah pada 11 Nov nanti," katanya.
Beliau berkata Istana Budaya turut mengalu-alukan kerjasama daripada seluruh jabatan dan agensi kerajaan dalam memperkasakan seni persembahan kerana Istana Budaya merupakan Pusat Kecemerlangan (COE) dalam Seni Persembahan.
"Bukan sahaja memartabatkan seni budaya, saya berharap program ini mampu menjadi satu jalinan kerjasama berterusan pada masa akan datang selain memberikan khidmat kepakaran muzik kepada rakan strategik malah pelajar juga dapat memanfaatkan pengalaman ini sebagai satu peluang dalam menggarap ilmu seni muzik tradisional Malaysia," katanya.
Dalam pada itu, Konduktor OTM dan selaku Pengarah Muzik Yazid Zakaria berkata pihaknya juga akan mengadakan siri bengkel melalui program Mentor-mentee dan kemuncak program ini adalah persembahan bersama antara pelajar dan pemuzik OTM.
"Tujuannya adalah untuk kita membawa muzik tradisional ini ke universiti sebagai usaha meneruskan warisan selain mencari dan mencungkil bakat baharu dalam kalangan generasi muda," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 18 2023

Ketua Pengarah Istana Budaya Zubaidah Mukhtar (tengah) berkata program Jangkauan OTM: SOM adalah permulaan kepada kempen Gerak yang bertujuan memaparkan keunikan OTM kepada warga kampus. - Facebook Istana Budaya

Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Sidang Kemuncak Pemimpin Arab bermula di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh pada Jumaat.
Perbincangan baik dengan Putin, tapi tidak Ukraine - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata beliau telah mengadakan perbincangan yang “sangat baik” dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Penunjuk perasaan lanjutkan protes lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai “Indonesia Gelap”.
Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Amerika Syarikat jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Amerika Syarikat menjangkakan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, akan menandatangani perjanjian mineral sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang Ukraine.

Badan pengawas PBB kumpul sampel air Fukushima, China sertai buat kali pertama
Jepun dan China bersetuju mengenai penglibatan Beijing dalam pensampelan dan analisis air yang dilepaskan di bawah kerangka kerja IAEA.
Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam satu kenyataan berkata, insiden kanak-kanak perempuan dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar oleh semua pihak.
PUSPAKOM gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) menggantung sementara pemeriksaan secara 'walk in' termasuk bagi individu yang ingin menjalani pemeriksaan semula (Berkala Semula) selepas gagal dalam pemeriksaan pertama.
Pejalan kaki warga Bangladesh maut, polis kesan pemandu lori
Polis sedang mengesan seorang pemandu lori bagi membantu siasatan kejadian kemalangan di Jalan Muar-Yong Peng berdekatan batu 6, Bakri.

TMM2024: Pengayuh beca diminta pasang muzik tradisional, Dondang Sayang
Penerapan elemen budaya itu penting dalam memperkenalkan Melaka sebagai negeri yang kaya dengan warisan dalam menjayakan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Tiga IPT bekerjasama dengan Istana Budaya beri pendedahan muzik tradisional
Tiga IPT itu adalah Management and Science University (MSU), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

250 pemain sape bakal cipta rekod MBR di Citrawarna Keluarga Malaysia 2022
Pelbagai latar belakang kaum dan etnik berkongsi minat terhadap sape sekali gus mahu memartabatkan muzik tradisional Sarawak.

Manfaatkan masa PKP ajar anak main gendang Melayu
Paluan Gendang Ibu, Gendang Anak, ketukan Gong dari si cilik berusia 2 tahun dan ditambah alunan tiupan Serunai daripada Mohd Khairi menjadikan masa lapang berada di rumah bersama keluarga dipenuhi.