Tidak serik itu yang dapat digambarkan apabila seorang lelaki dari Batu Jong, di sini terpaksa mendapatkan khidmat pasukan Bomba dan Penyelamat Kuala Krai buat kali ketiga untuk mengeluarkan objek yang terlekat pada kemaluannya.
Lelaki berusia 34 tahun itu hadir ke Balai Bomba Sungai Durian setelah gagal mengeluarkan gigi daun gear pada alat sulitnya, petang tadi.
Pada kes terdahulu mangsa juga pernah meletakkan objek berbentuk bulat ke kemaluannya yang sukar untuk dibuang seterusnya memaksa dia mendapatkan khidmat bomba.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Rizwan Ar-Rafee Mat Zain berkata, pihaknya menerima panggilan khidmat kemanusiaan pada jam 3.15 petang.
"Pegawai Bomba Kanan II (PBK) Mohd Razani Mamat mengetuai operasi ke lokasi kejadian mendapati objek yang melekat pada kemaluan mangsa sukar dibuang.
"Bagi memudahkan kerja mengeluarkan objek mangsa dibawa dengan jentera bomba ke Hospital Kuala Krai bagi membolehkan kita bertindak bersama dengan pihak hospital," katanya.
Beliau berkata, gigi daun gear berjaya dikeluarkan dengan menggunakan pemotong 'L' dalam masa 20 minit.
"Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Sinar Harian
Tue Jul 30 2019

Petugas Hospital Kuala Krai bersana pasukan Bomba dan Penyelamat Kuala Krai bekerjasama mengeluarkan gigi daun gear pada alat sulit seorang lelaki, hari ini. - Sinar Harian

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Tiga kali panggil bomba buang objek tersekat pada kemaluan
Seorang lelaki terpaksa mendapatkan khidmat pasukan bomba buat kali ketiga untuk mengeluarkan objek yang terlekat pada kemaluannya.