Tiga kanak-kanak termasuk dua beradik di daerah Serian, Sarawak telah dijangkiti Rabies atau penyakit anjing gila.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini berkata Kementerian Kesihatan (KKM) telah menerima laporan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mengenai kejadian kluster jangkitan rabies yang telah dinotifikasi dari Hospital Umum Sarawak, Kuching pada 22 Jun lepas.
Menurutnya,kesemua kes yang melibatkan mangsa berumur empat, enam dan tujuh tahun pada awalnya disyaki menghidap penyakit viral encephalitis dan menunjukkan tanda dan gejala seperti demam, kadang-kala bersikap pelik, agresif dan rasa takut terhadap air.
"Dalam kes pertama, mangsa mengalami tanda dan gejala seperti di atas pada awal bulan Jun dan dirujuk ke hospital daerah berdekatan untuk mendapatkan rawatan dan seterusnya dirujuk ke Hospital Umum Sarawak.
Dalam kes kedua, mangsa juga menunjukkan tanda dan gejala yang serupa, lebih kurang seminggu lepas dan mangsa juga dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak memandangkan keadaan bertambah teruk," katanya.
Kes ketiga turut dilaporkan mengalami tanda serupa dan dirujuk ke hospital yang sama.
Dr Noor Hisham berkata kesemua mangsa telah dimasukkan ke wad rawatan intensif kanak-kanak, yang dua daripadanya terpaksa diberikan alat bantuan pernafasan.
Katanya, siasatan lanjut turut mendapati dua daripada mangsa mempunyai sejarah gigitan anjing lebih kurang sebulan atau dua bulan sebelum mula menunjukkan tanda dan gejala, manakala seorang lagi mangsa tidak dapat dipastikan sama ada terdapat sejarah gigitan anjing atau tidak.
"Beberapa sampel ujian air kencing, air liur dan biopsi kulit dari kesemua kes telah diambil dan dihantar ke makmal Institut Penyelidikan Perubatan di Kuala Lumpur dan menunjukkan keputusan positif kehadiran virus rabies," katanya.
Berikutan kejadian ini, KKM mengambil beberapa langkah kawalan dan pencegahan termasuk menjalankan siasatan menyeluruh dan menjalankan pengesanan kes secara aktif dan pasif serta mengeluarkan 'alert' kepada semua fasiliti kesihatan awam dan swasta di daerah berdekatan lokaliti kejadian.
Penyakit Rabies adalah sejenis penyakit zoonosis yang disebabkan Lyssavirus dan boleh menjangkiti manusia melalui luka gigitan anjing yang dijangkiti Rabies dan juga melalui luka di kulit manusia yang terdedah kepada air liur, cairan atau tisu tubuh dari haiwan yang dijangkiti Rabies.
Dr Noor Hisham berkata individu atau manusia yang dijangkiti Rabies akan mengalami tanda klinikal seperti demam, sakit badan dan kepala, hidrofobia (takut pada air), lumpuh dan koma.
Penyakit Rabies boleh menyebabkan kematian seratus peratus pada manusia sekiranya tidak dirawat dengan segera, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 01 2017

Penyakit Rabies adalah sejenis penyakit zoonosis yang disebabkan Lyssavirus dan boleh menjangkiti manusia melalui luka gigitan anjing yang dijangkiti Rabies. - Gambar hiasan

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.

Kuching, Bintulu diisytihar kawasan jangkitan rabies
Daripada 16 sampel yang dikumpuL, 12 ekor anjing telah diuji positif membabitkan lapan di Kuching, Padawan (1), Bau (1) dan Bintulu (2).

Jabatan Perkhidmatan Veterinar laksana pelbagai tindakan cegah, kawal rabies
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menjalankan pelbagai tindakan dalam mencegah, mengawal dan membasmi penyakit rabies.

Lawas Bazaar, Limbang diisytihar kawasan baharu rabies
Pengisytiharan itu susulan dua kes anjing positif rabies di kawasan berkenaan baru-baru ini.

Wabak rabies jangkau 69 kawasan di Sarawak
JPVS menasihatkan pemilik anjing atau kucing untuk memastikan haiwan peliharaan mereka divaksinasi setiap tahun.

NTD, apa yang anda perlu tahu
NTD yang tidak dirawat akan mengakibatkan kemorosotan kognitif dan ketidakupayaan, malah dalam keadaan yang lebih parah boleh menyebabkan malnutrisi serta kematian.

NTD tidak harus dipandang sepi
Jika penyakit seperti itu terus berjangkit tatkala hospital masih penuh dengan pesakit COVID-19, ia pasti akan menambah beban kepada sistem kesihatan negara.

Anjing gigit tangan bayi sampai putus tiada lesen, kini ditahan - MBMB
Anjing jenis Plott Hound itu telah ditahan dan diserahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri untuk tindakan kuarantin selama dua minggu.

Rabies: Sarawak guna kaedah umpan dalam makanan ganti suntikan - Uggah
Semenjak pengisytiharan wabak rabies pada 1 Julai 2017 sehingga 6 Nov tahun lepas, sebanyak 22 kes telah dilaporkan, yang melibatkan 21 kematian.

SSPCA cadang buka klinik pemandulan kucing, anjing atasi rabies
Bantu orang ramai yang kurang berkemampuan membawa haiwan peliharaan mereka ke klinik haiwan swasta bagi dimandulkan.