Mahkamah Koroner Khamis diberitahu terdapat tiga kemungkinan punca kematian William Yau Zhen Zhong, kanak-kanak yang ditemui tersangkut pada sebuah jeti di Pelabuhan Klang, Januari lepas.
Pakar Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang Dr Nur Ayutimasery Abdullah, 38, berkata punca kematian kanak-kanak itu kemungkinan disebabkan terkena hentakan kuat di kepala yang boleh menyebabkan kematiannya.
"Keduanya, dia (William) terjatuh dalam longkang yang berair, lemas dan mati dan ketiganya, mangsa terjatuh ke dalam longkang, terhentak kepala dan mati," katanya semasa pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Lee Keng Fatt pada prosiding inkues kematian William di Petaling Jaya.
Mayat William, 6, ditemui pada 24 Jan lepas di Jeti Kampung Sungai Sireh selepas dilaporkan hilang pada 16 Jan di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights, Subang Jaya yang dipercayai keluar daripada kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik.
Bagaimanapun, ketika ditanya selanjutnya oleh Lee sama ada William mungkin mati lemas, saksi inkues ke-12 itu berkata perkara itu tidak boleh berlaku kerana bagi mengesahkan seseorang itu mati lemas, akan terdapat perubahan pada paru-paru seperti berair dan kembung.
"Selain itu terdapat buih-buih halus yang banyak pada saluran pernafasan sehingga keluar melalui hidung dan mulut tetapi dalam kes ini semuanya tidak terdapat kerana mayat telah mereput," katanya.
Dr Nur Ayutimasery berkata terdapat tiga kecederaan serius yang dialami William iaitu keretakan pada tengkorak, tulang rusuk kanan dan pada tulang keting kanan.
"Kerentakan pada tengkorak mangsa mungkin berlaku disebabkan hentakan yang kuat oleh objek tumpul dan keras," katanya.
Selain itu, Dr Nur Ayutimasery berkata semasa menjalankan pemeriksaan luar ke atas mayat William, beliau mendapati kulitnya sudah tertanggal terutama pada bahagian tangan dan kaki manakala warna jasad juga berubah kehitaman di bahagian atas badan.
"Berdasarkan pada perubahan badan mangsa itu, dapat disimpulkan bahawa William meninggal dunia lebih kurang seminggu sebelum tarikh dan waktu bedah siasat dijalankan," katanya.
Inkues yang didengar di hadapan Koroner Mohd Hezri Shaharil bersambung Isnin depan.
Bernama
Thu May 09 2013


THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Dua beradik hilang di Seri Kembangan
Kedua-dua mereka kali terakhir dilihat di alamat terakhir mereka di No. 2-03, Blok Mawar, Taman Harmoni 5, Seri Kembangan.

Polis minta bantuan kesan Poovenessvari
Menurut polis, remaja tersebut beralamat di No 26, Laluan Pari Baru 2, Taman Semarak, Ipoh.

Abang lemas cuba selamatkan adik jatuh tali air di Bachok
Seorang remaja lelaki maut manakala adiknya masih hilang dalam kejadian lemas di tali air Kampung Kubang Telaga, Bachok, petang tadi.

Polis minta bantuan kesan remaja perempuan hilang di Karak
Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang di Karak, Bentong pagi tadi.

Polis mohon bantuan kesan Hussin Othman
Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki warga emas berusia 65 tahun yang dilaporkan hilang di Hospital Kuala Lumpur.

Guru wanita dilaporkan hilang ditemukan di Teluk Intan
Polis berjaya menemukan wanita yang dikenali sebagai Nur Nazalishah Ahmad itu pada 2 petang di Teluk Intan hasil maklumat orang awam.

Polis Kuantan minta bantuan orang ramai kesan Safri
Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang lelaki berusia 55 tahun yang dilaporkan hilang sejak 13 Dis lepas.

Polis minta bantuan orang ramai kesan remaja perempuan hilang
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang, dengan kali terakhir dilihat di rumahnya di Taman Sri Inderapura, semalam.

S. Thilagawathy selamat, keluar rumah dengan rela hati - Polis
S. Thilagawathy, 41, yang dilaporkan hilang di Karak, Bentong pada 30 Nov lepas, kini berada dalam keadaan selamat.