KUALA LUMPUR: Tiga kenderaan mewah dianggarkan bernilai kira-kira RM940,000 dilarikan daripada sebuah bengkel di Jalan Damansara, Kampung Bukit Lanjan, di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata kejadian itu dilaporkan oleh seorang pengadu selepas mendapati terdapat kesan pecah pada mangga kunci (ibu kunci) di pintu masuk dan beberapa kereta didapati hilang kira-kira pukul 10.39 pagi.
Beliau berkata suspek dipercayai masuk ke dalam bengkel dengan memecahkan mangga pintu utama, sebelum melarikan sebuah Nissan Skyline GTR Prestige, sebuah Mercedes Bens E200K, dan sebuah Toyota Land Cruiser.
"Semua kenderaan itu adalah milik pelanggan yang telah siap dibaiki dan belum dituntut oleh pelanggan bengkel. Siasatan sedang dijalankan bagi mengetahui berapa ramai suspek yang terlibat," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Katanya polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan/395A Kanun Keseksaan.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini diminta menghubungi Hotline Polis Brickfields dengan menelefon 03- 2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur 03-2115 9999 atau hubungi mana-mana balai polis berdekatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 30 2022

Polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan/395A Kanun Keseksaan. - Gambar hiasan

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Tiga suspek jenayah samun, curi kenderaan mati ditembak polis di Rawang
Polis menembak mati tiga penjenayah aktif dalam kegiatan mencuri kereta dan samun selepas berbalas tembakan di Persiaran Kota Emerald, Rawang.

Lelaki curi kereta, cuba bunuh rakan kongsi pemilik dipenjara 10 tahun
Seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara 10 tahun atas pertuduhan cubaan membunuh seorang lelaki dan empat tahun penjara bagi kes mencuri kereta Honda Civic.

Dua kanak-kanak perempuan dilarikan lelaki ditemui selamat
Dua kanak-kanak perempuan berusia enam dan lapan tahun yang dilaporkan hilang ditemui dalam keadaan selamat selepas dipercayai dilarikan seorang lelaki di Jeram.

Cubaan curi kereta gagal, suspek ditahan pemilik selepas kereta terjatuh sungai
Suspek yang juga penganggur itu memiliki satu rekod jenayah dan dua rekod dadah.

Penganggur dengan 15 rekod jenayah ditahan lagi pecah rumah, curi kereta
Hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine dan Amphethamine (AMP).

Curi Honda City di pusat cuci kenderaan, lelaki dipenjara setahun
Seorang lelaki yang tular mencuri sebuah kereta jenis Honda City Hatchback di premis cuci kenderaan minggu lalu, dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa.

Tiga kereta mewah dianggar bernilai RM940,000 dicuri
Tiga kenderaan mewah dianggarkan bernilai kira-kira RM940,000 dilarikan daripada sebuah bengkel di Jalan Damansara, Kampung Bukit Lanjan.

Geng Fendy curi kenderaan tumpas
Kegiatan jenayah Geng Fendy yang mencuri kereta berjaya ditumpaskan polis dalam dua serbuan berasingan pada Sabtu.

Polis tumpaskan sindiket kereta klon bernilai RM3.5 juta
Ia susulan penangkapan ke atas enam lelaki warga tempatan berusia antara 22 hingga 42 tahun dalam beberapa siri serbuan pada 2 Februari lepas.

Tiga lelaki ditahan, polis rampas kenderaan curi bernilai RM300,000
Ketiga-tiga suspek warga tempatan yang berusia 22 hingga 30 tahun itu ditahan dalam keadaan mencurigakan dalam sebuah kereta pada kira-kira 8.30 malam.