Polis Kelantan berjaya menumpaksan tiga lagi sindiket pengedaran pil kuda di Kota Bharu dan Pasir Mas dengan nilai rampasan keseluruhan lebih RM300,000.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim memaklumkan, serbuan pertama dan kedua dilakukan pada 28 Februari lalu, menyaksikan lima individu ditahan termasuk sepasang suami isteri.
Dalam serbuan di Kampung Kibang Badak, Pasir Mas, tiga lelaki Melayu berusia dalam lingkuangan 28 hingga 31 tahun yang dikenali sebagai Geng Fuad berjaya ditahan.
Polis turut merampas 1,800 biji pil kuda bernilai lebih RM36,000 serta dua pucuk pistol semi automatik, kelopak peluru dan 17 butir peluru.
Jelas Mazlan, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 8 dan Seksyen 8(A) Akta Senjata Api 1960 penalti lebih berat.
Sementara, dalam serbuan kedua, polis menyerbu sebuah rumah di Taman Rantau Panjang dan merampas 2,062 pil kuda bernilai lebih RM41,000.
Dalam serbuan itu, sepasang suami isteri warga Thailand berusia 33 dan 29 tahun turut ditahan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mebawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
Kes ketiga pula membabitkan seorang lelaki dari Geng Baung dan polis turut merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM207,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Pengkalan Chepa semalam.
"Daripada tiga kes ini, kita telah buat rampasan iaitu keseluruhannya RM284,000 manakala sitaan RM89,000 dan semuanya lebih RM300,000.
"Kita mempergiatkan operasi kita di sempadan dan kita dapati mereka ini menyeludup dadah dari pangkalan haram dan saya telah tubuhkan task force di peringkat daerah untuk awasi empat daerah termasuk Tanah Merah, Pasir Mas dan Jeli,'' katanya dalam sidang media yang diadakan disini, hari ini.
Astro Awani
Wed Mar 02 2016
![Tiga lagi sindiket edar pil kuda tumpas Tiga lagi sindiket edar pil kuda tumpas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/51456914139_pilKuda.jpg)
Sebahagian daripada rampasan polis berupa pelbagai jenis dadah larangan dan wang tunai selain senjata api. - Foto Astro AWANI
The Economy with Ibrahim Sani: Consumer sentiment during politics and business uncertainties
Join Global CEO of Ipsos, Ben Page, as he delves into the intricacies of consumer sentiment amidst political and business uncertainties. Discover how global events shape consumer behavior and the implications for businesses worldwide.
![Malaysia di trajektori tepat jadi pusat teknologi serantau - MCCA Malaysia di trajektori tepat jadi pusat teknologi serantau - MCCA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740016028_tbAzrulZafriAzmi.jpg)
Malaysia di trajektori tepat jadi pusat teknologi serantau - MCCA
Sektor teknologi digital menerima pelaburan RM163.6 bilion, mengatasi nilai pelaburan digital diluluskan pada 2023 sebanyak 250 peratus.
![Stadium Sultan Ibrahim venue pilihan aksi Malaysia menentang Nepal Stadium Sultan Ibrahim venue pilihan aksi Malaysia menentang Nepal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740014932_tbStadiumSultanIbr.jpg)
Stadium Sultan Ibrahim venue pilihan aksi Malaysia menentang Nepal
AFC tiada halangan memandangkan Stadium Sultan Ibrahim sudah mendapat kelulusan sebagai venue rasmi bagi saingan Liga Juara-Juara AFC Elite (ACL Elite) musim ini.
Akaun Fleksibel KWSP: Kemudahan atau perangkap kewangan?
Lebih 4 juta ahli KWSP di bawah 55 tahun mengeluarkan simpanan mereka. Adakah ini tanda keperluan mendesak atau kegagalan pengurusan kewangan? Dekan Fakulti Ekologi Manusia, UPM, Prof Dr Mohamad Fazli Sabri bincangkan punca, kesan jangka panjang, dan peranan KWSP dalam meningkatkan kesedaran rakyat mengenai simpanan hari tua.
AWANI Pagi: garisan baharu kaunseling depani cabaran semasa
Diskusi 8.30 pagi Khamis bersama tiga pakar, Prof Dr. Othman Mohamed, Presiden Lembaga Kaunselor Malaysia & Pengerusi WCC 2025; Prof. Datuk Dr. Mohd Tajudin Md Ninggal, Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Penyelidikan) Open University Malaysia dan Prof Madya Dr. Wan Marzuki Wan Jaafar, Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan UPM & Ahli Lembaga Kaunselor Malaysia membincangkan mengenai cabaran-cabaran serta permasalahan yang didepani kaunselor dan kaunseling dalam era semasa sempena Persidangan Kaunseling Sedunia (WCC 2025).
Fuel Efficiency: Maximizing savings amid subsidy rationalization
Join Seow Lee Ming, General Manager Mobility at Shell Malaysia, discussing the launch of the new and improved Shell fuelsave Diesel. As Malaysia navigates the rationalization of fuel subsidies, discover how Shell's extensive research and innovative solutions are driving fuel efficiency and contributing to the journey towards Net Zero Carbon Emissions by 2050. Learn about Shell's strategies for balancing investment in EV infrastructure, leveraging digital technologies, and adapting to evolving consumer needs in one of ASEAN's highest car ownership markets.
![Ramai berpisah bila pasangan pulang ke negara asal - Peguam Ramai berpisah bila pasangan pulang ke negara asal - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740014244_tbberpisahwargaas.jpg)
Ramai berpisah bila pasangan pulang ke negara asal - Peguam
Suriani Awaludin berkata, perkahwinan dengan warga asing agak berisiko memandangkan banyak prosedur yang perlu dipatuhi.
![Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740015346_tbRINGGITMALAYSIA.jpg)
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4400/4500 daripada 4.4410/4450 semalam.
Pengeluaran akaun fleksibel cecah RM12.07 bilion
Jumlah pengeluaran Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencecah RM12.07 bilion setakat 31 Disember 2024, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Katanya, pengeluaran itu melibatkan sebanyak 4.11 juta ahli yang berumur bawah 55 tahun.
Pertumbuhan KDNK di rantau Asia-Pasifik diunjur perlahan kepada 3.7 peratus tahun ini
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seluruh rantau Asia-Pasifik (APAC) diunjurkan perlahan kepada 3.7 peratus pada 2025 daripada jangkaan 3.9 peratus pada 2024 disebabkan ketegangan perdagangan, perubahan dasar, dan pemulihan tidak seimbang.
![Malaysia kurang beri perhatian isu pedofilia, pemerdagangan manusia Malaysia kurang beri perhatian isu pedofilia, pemerdagangan manusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/81549023102_kidsabuse.jpg)
Malaysia kurang beri perhatian isu pedofilia, pemerdagangan manusia
Penguatkuasaan undang-undang terhadap pelaku pedofilia dan pemerdagangan manusia di negara ini perlu diperketatkan bagi membendung jenayah tersebut.
![Polis cari lelaki rosakkan bendera BN Polis cari lelaki rosakkan bendera BN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/71523253166_RosakBendera.jpg)
Polis cari lelaki rosakkan bendera BN
Pihak polis sedang menyiasat video memaparkan seorang yang disyaki melakukan khianat dengan merosakkan bendera sebuah parti politik dalam kejadian di TTDI semalam.
![Tiga lagi sindiket edar pil kuda tumpas Tiga lagi sindiket edar pil kuda tumpas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/51456914139_pilKuda.jpg)
Tiga lagi sindiket edar pil kuda tumpas
Polis Kelantan berjaya menumpaksan tiga lagi sindiket pengedaran pil kuda di Kota Bharu dan Pasir Mas dengan nilai rampasan keseluruhan lebih RM300,000.
![Bapa saudara kanak-kanak mangsa dera turut ditahan - Polis Bapa saudara kanak-kanak mangsa dera turut ditahan - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/61435017728_Gari.jpg)
Bapa saudara kanak-kanak mangsa dera turut ditahan - Polis
Dua orang bapa saudara kepada kanak-kanak perempuan yang dipercayai didera oleh bapa kandung dan ibu tirinya di Rantau Panjang pada 24 Jun lalu turut ditahan.
![PRK Pengkalan Kubor: Perayu undi cetus provokasi berdepan tindakan tegas PRK Pengkalan Kubor: Perayu undi cetus provokasi berdepan tindakan tegas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-09/41411294692_295x200.jpg)
PRK Pengkalan Kubor: Perayu undi cetus provokasi berdepan tindakan tegas
Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana perayu undi yang mencetuskan provokasi.