KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tempatan bersama dua lelaki warga Myanmar ditahan di Putra Heights, Subang Jaya, di sini, pagi semalam kerana disyaki menyeludup 52,704 tin arak dianggarkan bernilai RM1.3 juta.
Komander Briged Tengah PGA SAC Muhammad Abdul Halim berkata ketiga-tiga suspek berusia 30 hingga 55 tahun itu ditahan di sebuah rumah ibadat dalam operasi kontraban (op kontraban) oleh sepasukan polis dari Cawangan Risik Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) serta merampas arak jenama Martens, Luxus dan Leo dalam operasi itu.
Beliau berkata arak seludup itu dipercayai diimport dari luar negara untuk pasaran tempatan dan dijual dengan harga lebih murah di sekitar Lembah Klang.
“Siasatan awal mendapati pihak pengurusan rumah ibadat itu tidak terbabit dengan kegiatan berkenaan dan percaya sindiket itu menggunakan tempat tersebut hanya sementara sebagai tempat penyimpanan arak untuk mengelak kegiatan mereka dikesan,” katanya dalam sidang media di lokasi serbuan di Putra Heights, Subang Jaya, di sini semalam.
Dalam perkembangan lain, tiga lelaki warga tempatan berusia lingkungan 35 hingga 45 tahun ditahan di Bandar Jaya Putra Johor Bahru, Johor kerana disyaki terlibat sindiket penyeludupan rokok.
Muhammad berkata penahanan tiga lelaki berkenaan membawa kepada rampasan 34 kotak rokok seludup jenama Manchester berserta sebuah kereta Honda City dan enam telefon bimbit bernilai RM351,620 di sebuah premis dan kes disiasat di bawah Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967.
Sementara itu, seorang lelaki tempatan berusia 22 ditahan di dalam sebuah kereta di Jalan Benteng Parit Kedondong, Parit Bunga, Tangkak, Johor, semalam kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah jenis syabu seberat 5,190.6 gram.
Muhammad berkata dadah dianggarkan bernilai RM269,000 berkenaan dibungkus dalam plastik berwarna hitam dan cuba dicampak suspek keluar dari kereta apabila sepasukan polis dari Batalion 6 PGA, Bakri, Muar, Johor menghampiri kenderaan mereka. Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 23 2021

Arak seludup itu dipercayai diimport dari luar negara untuk pasaran tempatan dan dijual dengan harga lebih murah di sekitar Lembah Klang. - BERNAMA

Sybil Kathigasu bukan sekadar jururawat, memorial peringatan daif perlu baik pulih
Bangunan berusia kira-kira 100 tahun itu menyimpan khazanah dan maklumat tentang seorang jururawat yang juga wira Papan menentang pendudukan Jepun.

Dividen KWSP dijangka lebih 6 peratus
Penganalisis ekonomi berkata, ia berdasarkan prestasi ekonomi negara dan pelaburan KWSP sepanjang 2024 yang semakin positif.
23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam. #AWANInews
Beirut Dikejutkan dengan Kehadiran Pesawat Israel Ketika Pengebumian Dua Pemimpin Lubnan
Pesawat Israel dilihat terbang di Beirut pada Ahad ketika upacara pengebumian Hassan Nasrallah dan Hashem Safieddine yang terbunuh dalam serangan udara tentera rejim Zionis. Puluhan ribu rakyat di Lubnan dilihat berkumpul untuk memberi penghormatan terakhir kepada dua pemimpin itu. #AWANInews

Pengajaran buat semua komuniti Liga-M
Kesalahan menurunkan pemain tidak berkelayakan pada aksi final pertama 15 Feb lalu menyaksikan The Cops dihukum.

Salah, Szoboszlai hantui Manchester City di Etihad
Kemenangan luar biasa ke atas penyandang juara ini melebarkan jurang mata di puncak liga dan memberi tekanan psikologi kepada Arsenal.

Bekas bintang Arsenal, Manchester United kini bersama Feyenoord
Pemain berusia 41 tahun itu menandatangani kontrak sehingga Jun 2027 selepas dilepaskan Heerenveen.

Sukan Asia 2026 tawar 11 pingat emas e-sukan
Pengumuman dibuat susulan mesyuarat tergempar Lembaga Eksekutif OCA yang sebulat suara meluluskan penyertaan acara itu bagi Sukan Asia 2026.
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

'Saya terkejut polis jawab telefon, beritahu isteri meninggal'
Sebelum kejadian, dia bersama isteri menaiki kereta milik rakan membawa anak yang melecur terkena air panas ke hospital, bagi mendapat rawatan.

'Garis panduan untuk peringatan, bukan Islam tidak perlu campur' - Akmal Saleh
Dr Akmal Saleh berkata keperluan penyediaan garis panduan terbabit adalah sebagai sumber rujukan dan peringatan kepada umat Islam.

Rumah ibadat bukan Islam: JAKIM boleh beri nasihat, tapi tidak bersifat dasar
Setiap dasar yang dirangka berhubung cadangan pelaksanaan garis panduan bagi majlis melibatkan umat Islam di rumah ibadat bukan Islam perlu mengambil kira aspek perpaduan nasional.

Polis Singapura tingkatkan rondaan di rumah ibadat selepas insiden paderi ditikam
Polis juga sedang berhubung dengan Gereja St Joseph untuk menawarkan sokongan dan sumber, termasuk bantuan psikologi profesional.

Exco Selangor kecam, mahu individu serang dua wanita segera dikesan
Rumah ibadat dan sekolah seharusnya menjadi tempat yang selamat untuk setiap rakyat.

Dipukul, dipenjara atau ditembak jika berkeras
Hanya penduduk yang sudah berumur sahaja dibenarkan masuk ke dalam masjid berkenaan untuk beribadah.

Masih ada pihak pentadbir ambil ringan, larangan berpolitik di masjid dan surau - JAIS
Perbuatan itu melanggar ketetapan MAIS bagi mengekalkan masjid dan surau sebagai zon bebas daripada sebarang pengaruh politik.

Lima maut serangan di 'synagogue' Tunisia
Lelaki bersenjata itu telah berjaya ditembak mati oleh pengawal sebelum dia boleh memasuki bangunan di Pulau Djerba.

Tidak salah umat Islam lawat rumah ibadat lain selagi tidak sertai upacara agama - Sultan Selangor
Sultan Selangor bertitah bahawa umat Islam dibenarkan melawat rumah ibadat agama lain selagi tidak mengambil bahagian dalam upacara keagamaan mereka.

PRU15: Rumah ibadat zon aman daripada pengaruh parti politik - Mufti Kelantan
Jadikan rumah ibadat seperti masjid, surau dan musolla sebagai 'zon aman' daripada pengaruh parti politik, demikian ingatan Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad kepada calon Pilihan Raya Umum k

Sekurang-kurangnya 2 terkorban dalam letupan tempat ibadat Sikh-Hindu di Afghanistan
Sekurang-kurangnya dua orang awam terbunuh dan tiga anggota keselamatan cedera dalam tiga siri letupan di sebuah rumah ibadat Sikh-Hindu yang terletak di Kabul, Afghanistan pada Sabtu.