Tiga lelaki berusia 21 hingga 31 tahun ditahan polis di dua lokasi berasingan sekitar daerah ini kerana ingkar arahan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selain terlibat dengan kesalahan penyalahgunaan dadah.
Ketua Polis Daerah Baling, Supt Syed Basri Syed Ali berkata, tangkapan pertama yang dibuat sekitar jam 10.45 malam pada Khamis melibatkan suspek yang berusia 21 dan 22 tahun di Jalan Kampung Batu 3, Kuala Ketil.
Kedua-dua mereka yang menaiki kenderaan jenis Perodua Myvi gagal memberi alasan munasabah selepas disoal siasat pihak polis.
Pemeriksaan lanjut yang dilakukan pihak polis ke atas salah seorang suspek turut menjumpai satu paket plastik disyaki dadah jenis syabu seberat 2.3 gram.
Sementara itu, tangkapan kedua pula melibatkan seorang lelaki berusia 31 tahun di Simpang Tiga Kampung Hangus, Kupang, kira kira jam 11 malam, kerana berada di tepi jalan tanpa alasan yang kukuh dan munasabah.
Syed Basri berkata, pemeriksaan ke atas suspek menjumpai dua paket plastik lutsinar berisi dadah jenis syabu seberat 1.22 gram.
Lelaki terbabit turut didapati positif dadah jenis Methamphetamine selepas ujian saringan air kencing dilakukan ke atasnya.
Ketiga tiga suspek kini ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling bagi mendapatkan perintah tahanan reman.
Kes akan disiasat di bawah Seksyen 270 Kanun Keseksaan, Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.
Dua daripada tiga suspek yang positif dadah juga turut akan disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1983.
Abd Hadi Che Awang
Fri Apr 03 2020
![Tiga lelaki ditahan, ingkar PKP, positif dadah Tiga lelaki ditahan, ingkar PKP, positif dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/71585891472_DadahPKP.jpg)
Pemeriksaan lanjut yang dilakukan ke atas salah seorang suspek turut menjumpai satu paket plastik disyaki dadah jenis syabu seberat 2.3 gram. - Astro AWANI
![Kes tembak di Simpang Renggam, empat lagi suspek ditahan Kes tembak di Simpang Renggam, empat lagi suspek ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738906916_DatukMKumar.jpg)
Kes tembak di Simpang Renggam, empat lagi suspek ditahan
Kesemua individu berusia 34 hingga 41 tahun ditahan di kawasan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, pada kira-kira 12.30 tengah hari Isnin.
![Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740102617_KedaiKarpetNilai.jpg)
Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.
![Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735562009_ringgitduit.jpg)
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.
![OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81740101605_KebakaranOKU.jpg)
OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
![Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731065312_gaveltukulmahkam.jpg)
Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.
![Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740098659_TourismMalaysia.jpg)
Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.
![Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740098732_Pemandumautnahas.jpg)
Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.
![PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740098223_Bromeliad.jpg)
PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.
![Kontroversi selebriti menari: 'Apa salah kami?' - Peniaga menangis ekspo diarah tutup Kontroversi selebriti menari: 'Apa salah kami?' - Peniaga menangis ekspo diarah tutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711881303_dangdut.jpg)
Kontroversi selebriti menari: 'Apa salah kami?' - Peniaga menangis ekspo diarah tutup
Gara-gara seorang selebriti terkenal tanah air menari ala dangdut di atas pentas mencetuskan kontroversi sehingga menyebabkan Karnival Fiesta Raya Baling 2024 diarah tutup serta-merta.
![Remaja hilang ketika mandi di Sungai Ketil ditemukan lemas Remaja hilang ketika mandi di Sungai Ketil ditemukan lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61709095207_Mayatlemasditemuka.jpg)
Remaja hilang ketika mandi di Sungai Ketil ditemukan lemas
Remaja yang hilang ketika mandi bersama lapan rakannya di Sungai Ketil, Kampung Kuala Merah, Kuala Ketil, Baling, ditemukan lemas.
![Pekerja ladang warga Myanmar maut dalam pergaduhan Pekerja ladang warga Myanmar maut dalam pergaduhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707801874_CrimesceneBunuh.jpg)
Pekerja ladang warga Myanmar maut dalam pergaduhan
Seorang pekerja ladang warga Myanmar maut selepas terlibat dalam pergaduhan dengan rakannya di sebuah ladang tembikai di Kuala Ketil.
![Kilang bihun jenama terkenal musnah dalam kebakaran Kilang bihun jenama terkenal musnah dalam kebakaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703818591_TBkilangmusnahj.jpg)
Kilang bihun jenama terkenal musnah dalam kebakaran
Lima pasukan masing-masing dari BBP Baling, Aman Jaya, Sungai Petani, Kulim Hi-Tech dan Yan tiba di lokasi untuk memberi bantuan.
![Empangan Sabo, RTB tangani banjir di Baling - MB Kedah Empangan Sabo, RTB tangani banjir di Baling - MB Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695806889_MuhammadSanusiMdN.jpg)
Empangan Sabo, RTB tangani banjir di Baling - MB Kedah
Pembinaan dua empangan Sabo di Kampung Iboi, Baling, bagi memperlahankan aliran air Sungai Kupang dari Gunung Inas, kini dalam proses penilaian tender.
![Banjir Kedah: Tiga jambatan di Sungai Kupang runtuh Banjir Kedah: Tiga jambatan di Sungai Kupang runtuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81695879957_jambatanruntuh.jpg)
Banjir Kedah: Tiga jambatan di Sungai Kupang runtuh
Banjir kilat yang berlaku di Kampung Iboi pada Rabu menyebabkan tiga jambatan yang menghubungkan penduduk di Kampung Iboi dan Kampung Padang Empang di jajaran Sungai Kupang runtuh.
![Banjir Kedah: Jumlah mangsa meningkat kepada 1,220 Banjir Kedah: Jumlah mangsa meningkat kepada 1,220](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81695868266_mangsabanjirbalin.jpg)
Banjir Kedah: Jumlah mangsa meningkat kepada 1,220
Menurut APM Kedah, empat PPS baharu dibuka malam tadi iaitu di Pokok Sena, Baling dan Kepala Batas.
![Bayi ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus Sungai Ketil Bayi ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus Sungai Ketil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51688797954_tbbayilemas.jpg)
Bayi ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus Sungai Ketil
Seorang bayi lelaki berusia setahun tujuh bulan ditemukan lemas dihanyut ke dalam Sungai Ketil, Lubok Pedati, di Baling hari ini.
![Penunggang motosikal maut dirempuh kereta sedang memotong Penunggang motosikal maut dirempuh kereta sedang memotong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51682730374_Maut.jpg)
Penunggang motosikal maut dirempuh kereta sedang memotong
Ahmad Halime, dari Kampung Bechah Sawa Mukim Siong, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.
![Tragedi balik kampung beraya: Kanak-kanak lemas ketika mandi sungai Tragedi balik kampung beraya: Kanak-kanak lemas ketika mandi sungai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41682591983_TBKANAKEMAS.jpg)
Tragedi balik kampung beraya: Kanak-kanak lemas ketika mandi sungai
Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang pulang menyambut Aidilfitri di kampung datuknya di Kampung Sungai Limau, di sini, lemas ketika mandi di sungai berdekatan Pam Loji Sungai Limau pada Khamis.