REMBAU: Polis menahan tiga lelaki tempatan selepas disyaki terlibat berhubung kes kecurian 37 ekor lembu membabitkan empat penternak di Ladang Sungai Baru di sini, Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, kesemua lelaki berusia 29 hingga 38 tahun itu berjaya ditangkap oleh polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Rembau di beberapa lokasi di Melaka.
"Dalam serbuan pada Sabtu, polis turut merampas 14 ekor lembu, dua telefon bimbit dan seunit picagari.
"Permohonan reman untuk siasatan lanjut ke atas suspek telah diperoleh dari Mahkamah Seremban sehingga 13 Disember ini," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Jelasnya, kes itu seterusnya disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Dalam pada itu, beliau berkata, pihak polis sedang mengesan dua individu yang dipercayai dapat membantu siasatan dalam kes ini.
"Sehubungan itu orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu untuk menyalurkan maklumat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Adi Irwan And Malek di talian 018-2253484 atau Pusat Kawalan IPD Rembau di talian 06-6851999," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Dec 11 2022
Polis menahan tiga lelaki tempatan selepas disyaki terlibat berhubung kes kecurian 37 ekor lembu membabitkan empat penternak di Ladang Sungai Baru, Khamis lepas. -Gambar hiasan
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Annuar boleh hidup dengan angan-angan - Fahmi
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Fahmi ingatkan rakyat di kawasan berisiko supaya waspada
Rakyat di kawasan berisiko di selatan Semenanjung, Sabah dan Sarawak diingatkan untuk berwaspada dan bersedia bagi menghadapi kemungkinan banjir akibat luruan monsun.
Malaysia terus perkukuh kedudukan sebagai destinasi utama - Fahmi
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi utama pelaburan asing apabila Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menyatakan komitmen untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia.
Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
Proses penyelesaian projek Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) masih di peringkat ujian pelbagai fasa.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Bahan mentah ada sijil halal JAKIM - Syarikat pembekal
Syarikat pembekal sandwich kontroversi, Shake And Bake Cafe Sdn Bhd mendedahkan bahan mentah digunakan dalam pembuatan makanan itu memiliki pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Polis tahan empat lelaki cuba curi lembu dengan menyumbatnya dalam kereta
Polis berkata lembu itu dipercayai dicuri dari sebuah ladang sawit di Krau 4, Raub, berdasarkan tanda di telinga haiwan itu.
Penjawat awam mengaku salah curi lembu
Seorang penjawat awam mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri dan mengingkari perintah anggota penguat kuasa di Mahkamah Majistret pada Khamis.
Lelaki ditembak sempat larikan kereta polis sebelum maut
Seorang lelaki maut ditembak selepas menyerang pihak polis dengan senjata tajam dalam kejadian jam 4.30 pagi di Tok Bok, di sini pada Isnin.
Curi lembu guna ubat pelali, dua lagi suspek diburu
Semasa cubaan melarikan diri, kereta yang dinaiki oleh mereka telah terbabas dan kesemua suspek berjaya melarikan diri.
Tiga lelaki ditahan terlibat kes curi lembu
Dalam serbuan pada Sabtu, polis turut merampas 14 ekor lembu, dua telefon bimbit dan seunit picagari.
Penjawat awam dan rakan ditahan curi lembu di Jasin
Tangkapan itu dibuat susulan aduan diterima daripada dua lelaki yang menyedari kehilangan sekor lembu ternakan masing-masing pada 16 April dan 28 Mei lepas di Kesang.
Pencuri lembu diberkas, sembunyi belakang mesin basuh
Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Supt Azhar Hashim, kegiatan berlaku pada 6 Julai lalu kira-kira jam 6 pagi di Masjid Al-Syakirin, Gunung Bungsu.
Gempar lembu 'ditelan' Kancil, cubaan mencuri tak menjadi
Pemilik haiwan ternakan berkenaan menyedari kehilangan lembunya itu yang ditambat di tepi tali air.
Disyaki mencuri lembu sebelum kemalangan
Seorang pemuda nyaris maut apabila kereta yang dipandu dengan muatan seekor lembu dipercayai dicuri, terbabit dalam kemalangan.
Mengaku bersalah curi lembu, lelaki dipenjara tujuh hari
Tertuduh, Azizi Naziri, 32 tahun, mengaku bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nazratul Natrah Mohd Yusuf di sini, hari ini.