KUANTAN: Tiga lelaki Orang Asli mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini, atas pertuduhan merogol seorang gadis bawah umur pada 20 Ogos lalu.
Mengikut kertas pertuduhan, Rosli Bakar, 29, Helmat, 22, dan Murad Ahmad, 26, secara bersama dituduh melakukan rogol berkumpulan ke atas mangsa yang berusia 14 tahun 4 bulan.
Ketiga-tiga mereka memohon untuk dibicarakan selepas pertuduhan dibaca di hadapan hakim Shahrul Rizal Majid.
Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di hutan berhampiran simpang kawasan perkuburan lama, dekat Bukit Ibam, Muadzam Shah, antara 20 Ogos hingga 21 Ogos lalu kira-kira pukul 11.15 malam hingga 7 pagi.
Ketiga-tiga mereka dituduh melakukan kesalahan yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum di bawah Seksyen 375 B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Nurul Syuhada Tuan Mamat manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Saifuddin Abdul Rahman.
Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan kerana ketiga-tiganya telah didakwa di Mahkamah Majistret Pekan, semalam di bawah Sesyen 302 Kanun Keseksaan atas tuduhan membunuh mangsa yang sama.
Mahkamah menetapkan 29 September depan untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam.
Pada 23 Ogos lalu, media melaporkan tiga lelaki Orang Asli, telah ditahan dipercayai terlibat dalam kes membabitkan kematian seorang remaja perempuan telah ditangkap di Bukit Ibam.
Berdasarkan laporan awal polis berkaitan kes tersebut, penemuan mayat mangsa dipercayai seorang gadis juga dari masyarakat Orang Asli Jakun, berusia 14 tahun dan tidak bersekolah.
Mayat tersebut dijumpai dalam keadaan berdarah di tangan dah kepala di kawasan lereng bukit yang bersemak berdekatan dengan laluan rumahnya.
Mohd Zalani Md Atan
Tue Aug 30 2022
![Tiga lelaki Orang Asli didakwa rogol berkumpulan gadis bawah umur Tiga lelaki Orang Asli didakwa rogol berkumpulan gadis bawah umur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61661841670_RemajaOrangAsli.jpg)
Ketiga-tiga tertuduh telah didakwa di Mahkamah Majistret Pekan, semalam di bawah Sesyen 302 Kanun Keseksaan bagi mangsa yang sama. - Foto Astro AWANI
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
8 individu sebar kandungan jelik, palsu diambil keterangan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan lapan individu disyaki memuat naik kandungan bersifat palsu dan jelik terhadap institusi diraja khususnya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
![Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645583501_TBSINNER.jpg)
Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping
Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner, menerima hukuman penggantungan serta-merta selama tiga bulan daripada menyertai kejohanan tenis.
Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak berkali-kali
Disebabkan pertengkaran akibat kelewatan pembayaran gaji, seorang penyelia kedai runcit ditetak berkali-kali menggunakan pisau pemotong daging oleh pekerjanya di hadapan deretan kedai di Seksyen 7, Shah Alam pada Jumaat.
Dua beradik berusia 10, 15 tahun hilang dari rumah
Dua beradik berusia 10 dan 15 tahun hilang selepas keluar dari sebuah pangsapuri dekat Taman Harmoni, Seri Kembangan, Selangor sejak Khamis lalu.
![Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738745035_TBAnwarIbrahim.jpg)
Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar
Pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencatatkan 5.1 peratus pada 2024 membuktikan keberkesanan dasar Ekonomi MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Presiden Mahmoud Abbas tolak seruan pemindahan penduduk Palestin dari tanah air Presiden Mahmoud Abbas tolak seruan pemindahan penduduk Palestin dari tanah air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714357801_PalestinesPresiden.jpg)
Presiden Mahmoud Abbas tolak seruan pemindahan penduduk Palestin dari tanah air
Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Sabtu menegaskan penolakannya terhadap sebarang usaha untuk memindahkan rakyat Palestin dari tanah air mereka.
![Rogol remaja perempuan: Reman tujuh lelaki disambung Rogol remaja perempuan: Reman tujuh lelaki disambung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699954357_TBROGOLREMAJA.jpg)
Rogol remaja perempuan: Reman tujuh lelaki disambung
Perintah reman ke atas tujuh lelaki termasuk lima remaja yang sebelum ini ditahan atas kesalahan merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun disambung tiga hari bermula Selasa hingga Khamis.
![6 remaja lelaki ditahan rogol berkumpulan pelajar Tingkatan 2 6 remaja lelaki ditahan rogol berkumpulan pelajar Tingkatan 2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691589645_HandcuffGari.jpg)
6 remaja lelaki ditahan rogol berkumpulan pelajar Tingkatan 2
Lima daripada remaja tersebut merupakan pelajar dari sekolah sama dengan mangsa, manakala seorang lagi sudah berhenti sekolah.
![Lima lelaki termasuk abang ipar ditahan, polis berjaya selesaikan kes rogol bergilir Lima lelaki termasuk abang ipar ditahan, polis berjaya selesaikan kes rogol bergilir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71689928944_WomenSilhoutte.jpg)
Lima lelaki termasuk abang ipar ditahan, polis berjaya selesaikan kes rogol bergilir
Kesemua empat suspek yang diberkas antara Khamis hingga Sabtu itu ditahan reman sehingga 13 September ini.
![Polis buru lima lelaki rogol berkumpulan Polis buru lima lelaki rogol berkumpulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71689928944_WomenSilhoutte.jpg)
Polis buru lima lelaki rogol berkumpulan
Supt Ashari berkata, pihaknya menerima laporan daripada wanita berusia lingkungan 20an itu, pada 4.52 pagi.
![Tiga ditahan, rogol berkumpulan kanak-kanak bawah umur Tiga ditahan, rogol berkumpulan kanak-kanak bawah umur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71684490629_HANDCUFF.jpg)
Tiga ditahan, rogol berkumpulan kanak-kanak bawah umur
Polis menahan tiga lelaki warga tempatan disyaki terlibat dalam kes rogol berkumpulan seorang kanak-kanak perempuan bawah umur, pada dua minggu lalu.
![Empat lelaki diarah bela diri tuduhan rogol berkumpulan budak 12 tahun Empat lelaki diarah bela diri tuduhan rogol berkumpulan budak 12 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41675608709_TBROGOLBERKUMPULANTG.jpg)
Empat lelaki diarah bela diri tuduhan rogol berkumpulan budak 12 tahun
Empat lelaki diarah membela diri atas pertuduhan rogol berkumpulan terhadap seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, tiga tahun lepas.
![Rogol berkumpulan remaja 14 tahun, 8 direman tujuh hari Rogol berkumpulan remaja 14 tahun, 8 direman tujuh hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81666081188_TBBACHOKjpg.jpg)
Rogol berkumpulan remaja 14 tahun, 8 direman tujuh hari
Lapan remaja lelaki yang ditahan semalam kerana dipercayai merogol seorang remaja perempuan bawah umur direman selama 7 hari.
![Tiga lelaki Orang Asli didakwa rogol berkumpulan gadis bawah umur Tiga lelaki Orang Asli didakwa rogol berkumpulan gadis bawah umur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61661841670_RemajaOrangAsli.jpg)
Tiga lelaki Orang Asli didakwa rogol berkumpulan gadis bawah umur
Tiga lelaki Orang Asli mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan, atas pertuduhan merogol seorang gadis bawah umur pada 20 Ogos lalu.
![Rogol berkumpulan: Tiga lelaki mengaku tidak bersalah rogol remaja bawah umur Rogol berkumpulan: Tiga lelaki mengaku tidak bersalah rogol remaja bawah umur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51659088392_TBROGOLKUMPULAN.jpg)
Rogol berkumpulan: Tiga lelaki mengaku tidak bersalah rogol remaja bawah umur
Mereka didakwa secara bersama melakukan rogol berkumpulan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun 11 bulan.
![Rogol berkumpulan gadis di lapangan terbang, empat rakan didakwa Rogol berkumpulan gadis di lapangan terbang, empat rakan didakwa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71658476214_TBROGOL.jpg)
Rogol berkumpulan gadis di lapangan terbang, empat rakan didakwa
Keghairahan empat rakan melakukan jenayah rogol secara berkumpulan di Lapangan Terbang Kecil di Jasin, Ahad lalu membawa padah.