ALOR SETAR: Tiga lelaki yang dikhuatiri sesat selepas gagal menemui laluan keluar ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Keriang dekat sini hari ini ditemukan dalam keadaan selamat.
Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin berkata kesemua mangsa berjaya ditemukan pada 11.33 malam.
"Pihak bomba menjumpai kesemua mangsa di dalam gua di kawasan puncak gunung berkenaan dan mereka berada dalam keadaan lemah.
"Mereka telah diberikan rawatan awal dan anggota bomba sedang dalam proses membawa kesemua mangsa turun ke kaki gunung untuk tindakan seterusnya," menurut beliau dalam kenyataan malam ini.
BACA: Tiga lelaki dikhuatiri sesat di Gunung Keriang
Terdahulu, Bernama melaporkan ketiga-tiga lelaki mendaki gunung itu pada 6 pagi bersama dengan rakan mereka yang lain.
Bagaimanapun, mereka dikhuatiri sesat selepas tidak turun ke kaki gunung bersama dengan rakan lain.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 04 2022

Tiga lelaki yang dikhuatiri sesat selepas gagal menemui laluan keluar ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Keriang ditemukan dalam keadaan selamat. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

MKI putuskan ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem sesat, menyeleweng
Ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem diputuskan sebagai sesat dan menyeleweng daripada akidah Islamiah, syariah dan akhlak serta bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

Bomba selamatkan dua warga Singapura sesat di Gunung Machinchang
Mereka mula mendaki gunung itu pada pukul 12.02 tengah hari dan dipercayai tersesat akibat keadaan yang sudah semakin gelap.

Pulau Pinang putuskan GISB menyeleweng, sesat
Majlis Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang memutuskan ajaran, amalan, pegangan dan fahaman pemimpin serta ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dan rangkaian syarikatnya adalah sesat dan menyeleweng.

Melaka fatwa GISB sesat, serpihan al-Arqam
Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa yang berlangsung pada 3 Oktober lalu selepas mendapati beberapa elemen kumpulan itu bertentangan dengan hukum syarak.

Pahang fatwa pengikut GISB menyeleweng dan sesat
Jabatan Mufti Pahang menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang bersetuju memutuskan pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) sebagai menyeleweng dan sesat.

Sultan Pahang perkenan fatwa pengikut GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang memperkenankan fatwa pengikut GISB adalah menyeleweng dan sesat.

Kelantan isytihar GISB sesat jika ajaran menyamai al-Arqam - Mufti
Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata perkara itu memerlukan siasatan lanjut dan bukti sahih sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

Empat warga Singapura sesat di Air Terjun Bukit Apek ditemukan selamat
Pihak JBPM Selangor menerima panggilan berhubung insiden itu pada jam 7.19 malam.

Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.

Perhilitan tangkap gajah sesat di Jertih
Seekor gajah jantan yang berkeliaran di beberapa kampung di sekitar Jabi dan Kota Putera sejak empat hari lepas berjaya ditangkap oleh kakitangan Perhilitan Terengganu petang semalam.