Tiga lelaki maut dan tiga lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kereta di Jalan Machap-Durian Tunggal, Alor Gajah dekat sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt A. Asmadi Abdul Aziz berkata mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu adalah pemandu kereta Proton Waja P. Raman, 51; pemandu kereta Toyota Vios, Sin Jia Chung, 22, dan penumpangnya Yong Heh Ah, 22.
Beliau berkata tiga lagi penumpang lelaki kereta Toyota Vios itu, Yau Chin Soon, 22, dan Lee Sue Xuan, 23, cedera parah manakala Lee Lian Kuang, 22, cedera ringan dan dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.
Katanya kesemua mangsa dalam kereta Toyota Vios itu berasal dari Gemencheh, Negeri Sembilan manakala pemandu Proton Waja berasal dari Kampung Bertam Hulu di sini.
"Kereta Proton Waja yang dipandu Raman dari arah Machap ke Durian Tunggal manakala kereta Toyota Vios yang dipandu Jia Chung bersama empat rakannya dari arah bertentangan.
"Dipercayai Jia Chung hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sehingga menyebabkan perlanggaran sebelum kereta tersebut tercampak ke bahu jalan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
A. Asmadi berkata kawasan kejadian adalah gelap kerana tiada lampu jalan selain basah kerana hujan renyai ketika itu.
Katanya ketiga-tiga mayat mangsa dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA
Bernama
Mon Sep 12 2016
![Tiga maut kemalangan dua kereta di Jalan Machap - Durian Tunggal Tiga maut kemalangan dua kereta di Jalan Machap - Durian Tunggal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/61473673796_KemalanganMaut.jpg)
Kesemua mangsa dalam kereta Toyota Vios itu berasal dari Gemencheh, Negeri Sembilan manakala pemandu Proton Waja berasal dari Kampung Bertam Hulu di sini. - Gambar Astro AWANI
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
![Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738772325_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
AS hantar pesalah migran ke Guantanamo Bay, Trump perluas kem tahanan
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat membawa migran yang ditahan telah mendarat di Guantanamo Bay, Cuba pada Selasa.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
![Lihat percikan api sebelum bas terbakar - Saksi Lihat percikan api sebelum bas terbakar - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705125037_basterbakar.jpg)
Lihat percikan api sebelum bas terbakar - Saksi
Sebuah keluarga berdepan detik cemas apabila hanya berada 500 meter di belakang sebuah bas yang terbakar dalam insiden kemalangan.
![Pengantin baharu maut nahas motosikal dirempuh kereta Pengantin baharu maut nahas motosikal dirempuh kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61642568080_Remukmotosikalmili.jpg)
Pengantin baharu maut nahas motosikal dirempuh kereta
Akibat rempuhan itu mangsa tercampak dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
![COVID-19: 58 kes positif libatkan kakitangan, pesakit, ahli keluarga di Hospital Alor Gajah COVID-19: 58 kes positif libatkan kakitangan, pesakit, ahli keluarga di Hospital Alor Gajah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81623415248_swab.jpg)
COVID-19: 58 kes positif libatkan kakitangan, pesakit, ahli keluarga di Hospital Alor Gajah
Sebanyak 58 kes positif COVID-19 dikesan melibatkan Kluster Paya Datuk yang terdiri daripada petugas dan pesakit Hospital Alor Gajah serta ahli keluarga mereka dalam tempoh seminggu ini.
![Warga emas gelang merah jambu habis minyak ketika ke hospital - Polis Warga emas gelang merah jambu habis minyak ketika ke hospital - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/51611498518_pinkwristband.jpg)
Warga emas gelang merah jambu habis minyak ketika ke hospital - Polis
Warga emas terbabit terpaksa berhenti untuk mengisi minyak di Masjid Tanah, sebelum dirakam seorang individu dan ditularkan.
![Anggota polis maut motosikal bertembung lori sawit Anggota polis maut motosikal bertembung lori sawit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/41578669619_anggotapolismaut.jpg)
Anggota polis maut motosikal bertembung lori sawit
Seorang anggota polis maut selepas motosikal ditungganginya merempuh sebuah lori membawa muatan kelapa sawit di Jalan Machap, di sini petang Jumaat.
!['Keadaan kesihatan makin baik, cuma ...' - Wan Maimunah 'Keadaan kesihatan makin baik, cuma ...' - Wan Maimunah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/71534838421_wm2.jpg)
'Keadaan kesihatan makin baik, cuma ...' - Wan Maimunah
Pelakon Wan Maimunah telah keluar dari wad Hospital Alor Gajah pada petang semalam selepas seminggu ditahan akibat jangkitan kuman di paru-paru.
![Ada jangkitan paru-paru, Wan Maimunah dimasukkan ke Hospital Alor Gajah Ada jangkitan paru-paru, Wan Maimunah dimasukkan ke Hospital Alor Gajah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/51534140023_wan.jpg)
Ada jangkitan paru-paru, Wan Maimunah dimasukkan ke Hospital Alor Gajah
Pelakon veteran Wan Maimunah dimasukkan ke Hospital Alor Gajah sejak Sabtu lalu selepas mengalami sesak nafas.