Sekurang-kurangnya dua orang tentera dan seorang penduduk awam terkorban dalam serangan ke atas ibu pejabat pasukan anti pengganas G5 Sahel, Mali, semalam, menurut sumber keselamatan dan pemimpin tempatan.
"Sejurus selepas solat Jumaat, seorang pengebom nekad dalam kenderaan yang dicat warna Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), meletupkan diri di pintu masuk pangkalan G5 di Sevare. Ia satu letupan besar," kata sumber tentera pasukan G5 Sahel.
Menurut saksi dan gambar tempat kejadian, pintu masuk bangunan musnah akibat letupan.
Laporan awal mengatakan enam terbunuh susulan serangan namun jumlah berkenaan berkurangan berikutan kekeliruan di rumah mayat.
Sementara itu, Gabenor Sidi Alassane Toure berkata, empat orang suspek telah ditahan sambil menambah operasi mencari akan diteruskan.
Kumpulan Sokongan Muslim yang disokong Al-Qaeda, perikatan jihad utama di rantau Sahel, mengaku bertanggungjawab ke atas serangan dalam panggilan telefon kepada agensi berita Mauritania Al-Akhbar.
Ia adalah serangan kali pertama terhadap ibu pejabat pasukan lima negara yang ditubuhkan pada 2017 dengan sokongan Perancis untuk mengekang pemberontak dan kumpulan jenayah di rantau Sahel yang luas dan tidak stabil.
Serangan berlaku tiga hari sebelum berlangsungnya mesyuarat di ibu negara Nouakchott antara Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan ketua negara G5 Sahel bagi membincangkan kemajuan dilakukan pasukan tentera. - Agensi
Sinar Harian
Sat Jun 30 2018
Imej dari video yang diambil pada 29 Jun, 2018, menunjukkan kerosakan yang terjadi di ibu pejabat G5 Sahel di Mali. Le Sahelien/Handout via REUTERS TV
Lebih 18,000 pelarian kembali ke Afghanistan
Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air dari negara jiran, Pakistan, bulan lepas, lapor Xinhua yang memetik media tempatan, Tolo, pada Sabtu.
Latvia henti kebergantungan grid elektrik Rusia
Latvia antara tiga negara baltik yang terbaharu mengambil keputusan dramatik memutuskan hubungan serta kebergantungan dengan grid kuasa elektrik dengan Rusia pada Sabtu. Pelan itu adalah sebagai sebahagian dari rancangan Latvia untuk memacu keselamatan dan mengintegrasikan hubungan dengan negara-negara dibawah Kesatuan Eropah (EU).
Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis
Penembak itu bertindak melarikan diri dari pusat beli-belah tersebut, dia dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.
[TERKINI] Polis sahkan kejadian tembakan di pusat membeli belah
Ratusan pengunjung yang sedang berada di dalam sebuah pusat beli-belah di Shah Alam berada dalam keadan cemas apabila dipercayai berlaku satu insiden tembak-menembak di lokasi berkenaan.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 8 Februari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera
Dalam tempoh 48 jam lepas sahaja, 26 lagi rakyat Palestin dilaporkan terbunuh, termasuk 22 mayat yang ditemukan daripada runtuhan.
Tumpuan Ahad – 9 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (8 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Parti pimpinan Modi dijangka takluk New Delhi
Parti Perdana Menteri India Narendra Modi Bharatiya Janata Party (BJP), dijangka memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya dewan perundangan tempatan di Delhi. Trend pengiraan undi pada Sabtu menunjukkan BJP memenangi lebih daripada 45 kerusi dalam dewan perundangan 70 anggota, mengatasi Aam Aadmi Party (AAP) yang dipimpin bekas Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal.
Polis rampas mercun, bunga api bernilai RM10,000
Polis merampas mercun dan bunga api pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM10,000 susulan penahanan seorang lelaki dalam serbuan yang dilakukan di Jalan Bukit Lagi di sini pada Selasa lepas.
Kilang kimia terbakar, beberapa letupan berlaku
Sebuah kilang kimia di Taman perindustrian Sungai Kapar Indah, Klang, terbakar sehingga menyebabkan berlaku beberapa letupan, pada Isnin.
Letupan besar di Gaza selepas 30 minit gencatan senjata sepatutnya dilaksana
Satu letupan besar kedengaran di Gaza pada pada Ahad selepas perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas dipersetujui dilaksanakan pada hari ini.
Letupan gas di Yaman: Jumlah korban meningkat kepada 15, cedera 67
Seramai 40 orang lagi dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
7 maut, 65 cedera letupan stesen minyak di Yaman
Tujuh orang maut manakala 65 lagi cedera dalam kejadian letupan di sebuah stesen minyak di wilayah Al Bayda'.
Letupan gegarkan depot peluru di Cuba, 13 anggota tentera hilang - Kementerian
Akibat letupan di gudang senjata dan peluru di perbandaran Rafael Freyre, 13 anggota tentera dilaporkan hilang.
ChatGPT diguna untuk rancang letupan Tesla Cybertruck di Las Vegas - Polis
Suspek menggunakan ChatGPT untuk mengetahui jumlah bahan letupan yang diperlukan untuk operasi itu serta menyelidik potensi letupan.
Seorang maut, 35 cedera dalam letupan di Pakistan
Lapan individu yang cedera berada dalam keadaan kritikal manakala yang lain dilaporkan stabil.
Polis, FBI di lokasi 'serangan pengganas' selepas Bourbon Street dibuka semula
Bourbon Street di New Orleans dibuka semula pada Khamis, sehari selepas "serangan pengganas" di New Orleans yang meragut sekurang kurangnya 14 nyawa.
Letupan di kilang bahan letupan di barat Turkiye ragut 12 nyawa
Letupan di sebuah kilang pengeluaran bahan letupan di barat Turkiye, pada Selasa mengorbankan 12 nyawa.